Thursday, September 11, 2014

#1 Gold Coast - Gold Coast Airport & Harbour Town

Fuh fuh!

Alhamdulillah selamat aku tiba di Malaysia setelah 6 hari di Gold Coast. Trip keluarga kali ini sedikit berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun lepas -- Kerana..
-- Selalu pergi berlima, kali ini pergi berduabelas.
-- Selalu pergi negara ketika musim panas, kali ini pergi ketika musim sejuk.
-- Selalu pergi negara atas Malaysia (Baca; Korea, Hong Kong), kali ini kami memilih untuk turun.
-- Apa lagi apa lagi.
Yang penting dan tetap sama, kami tetap akan cari theme park! Yippie!


Mari kita mulakan.

Flight jam 9.30 malam bertarikh 5 September 2014. Gerak dari rumah seawal 5.30 petang, tiba di lapangan terbang dan terus check in! Gembira tak gembira usah cerita, ini kali pertama kami bergerak sekeluarga besar termasuk keluarga Kak Long, Kak Cik & Kak Dik, budak kecik dua orang Erin & Zane juga ada, lengkap! Perjalanan mengambil masa 8 jam, namun kami tiba di Gold Coast 35 minit awal alhamdulillah alhamdulillah terima kasih Captain Hanum! (Ha ingat nama kot)

Turun dari kapal, sejuk berangin amboi. Ada satu minah Australian ni, aku terdengar dia cakap "Wah it's so good to feel cold again" Nampak beno tak tahan Malaysia panas. Tapi untuk kita yg dah biasa dgn cuaca panas Malaysia, cuaca bersuhu 18 darjah berangin kuat tu sangatlah sejuk yg amat!

Aku nak cakap.. Urusan imigresen & kastam di Australia ni lain macam ketat dia. Ada banyak check point. Lepas cek passport, ada dua lagi check point cek borang (which is aku rasa macam alahai buat jela sekali masa cek passport tadi) lepastu check point seterusnya cek makanan. Mereka yg bawak makanan beratur di satu tempat (They will open all of your bags, alhamdulillah kami dapat officer yg baik jadi makanan semua lepas), dan mereka yg tidak membawa makanan dalam beg beratur di satu tempat lain dan ada anjing yg macam Hush Puppies tu pusing pusing bau beg anda semua. Sila jangan tipu.

Urusan seterusnya, Sim Card - GO Card (Touch&Go) - Check in hotel.


KLIA 2
Gold Coast Airport :)
Happiest kids on earth
Went to 7Eleven to buy sim card
Super friendly Australian
So we chose Optus - Daily Plan, 2 AUD for 100 MB mobile data per day.
To easily activate & recharge this number, please make sure you have a strong wifi connection.
SIM CARD 2AUD, top up 10AUD
Since we chose to use public transport instead of renting a car.. GO Card needed.
Bought this card for 50 AUD; 10 AUD for the card with 40 AUD inside
Outside of the airport
Transport to the apartment




Perjalanan dari lapangan terbang ke apartment kami mengambil masa tambah tolak 45 minit (Sebenarnya lama sebab banyak traffic light). Cuci mata melihat cantik, bersih, nyaman, aman nya Australia. Kemas dan sangat bersih. Rasa macam... Nak tinggal kat Australia oh tolonglah.

De Ville Apartment 


Practically, Zane is Kak Long's son huahuahua
"Hello Cathy!" - Erin
The view from The Kak's room -- 6th floor
The view from The Ef's room -- 13th floor


Usai proses pembersihan diri.. Perjalanan bermula! Ke Harbour Town kami tuju. Hari pertama dibaziri dgn berjalan-jalan ringan sahaja. Ibu ibu bapa bapa bershopping sakan berikutan Harbour Town ini ala ala JPO kat JB sana la. Barang berjenama murah murah belaka. (Murah duit AUD la, kalau kali tiga duit kita tetap mahal aku rasa kuikui)


Public transport kind of trip
These kids, again
Asian, truly Asian. Everywhere you go, still need to find Asian foods.
Main reason why we came to Harbour Town.
A must try kebab! Halal and super delicious!
On a plate Chicken Kebab

Awal awal...
:)
Souvenir Shop
Bapa saya 
I only entered two shops... Then......
I don't mind entertaining the kids when I'm sleepy, I can still laugh.
Happy pills :)
Happy pills :)

Sesiapa nak pergi Australia, izinkan saya kirim Barista Coffee - 3.90 AUD per bottle omg jangan convert Ep!


Pukul 5 lebih hari dah mula gelap. Kami bergerak pulang ke penginapan. Esok merupakan hari yg penat!


Alhamdulillah alhamdulillah :)



Till we meet again next post!

No comments:

Post a Comment