Thursday, February 20, 2014

Turkey - Istanbul #2

Sambungan drpd post Istanbul #1

HARI DUA
Hari kedua bermula seawal 9.00 pagi. Hari ni kaki rehat berikutan pihak agensi menyediakan bas untuk ke destinasi yg bakal ditujui; jauh dari stesen tram dan bakal mengambil banyak masa jika ingin menggunakan bas awam. Ayuh lah kita!

#1 Panorama Museum 1453
Tempat pertama yang ditujui ialah muzium ini. Dalam muzium ini diceritakan drpd A - Z kisah-kisah sebelum terciptanya negara Turki. Senang cerita, ini macam Muzium Negara lah. Dan pada tingkat atas sekali, terdapat sebuah bilik (atau kawasan atau ruang) di mana 360 darjah kawasan tersebut umpama suasana perang; lukisan di dinding dan siling kawasan tersebut, berserta lagu perang dimainkan. Teruja tahap mulut 360 darjah ternganga.

Tips: Tidak disarankan untuk mereka yang backpacking untuk masuk ke muzium ini berikutan segala macam tulisan dalam muzium ini kesemuanya dalam bahasa Turki. Sila bawa translator.


The entrance of the museum 
*Lagu perang dimainkan*
Amboi Kak Mimi kita
Bukan mudah nak ambik gambar ni..
Was trying to selfie alone, then someone decided to inter-frame.... 


Destinasi seterusnya ialah Miniaturk. Perjalanan dari Panorama Museum ke Miniaturk mengambil masa kurang lebih 30 minit, ditambah ditolak dgn kesesakan lalu lintas apa segala. Tiba di destinasi seawal jam 11 pagi, orang masih belum ramai dan matahari masih belum terpacak tinggi.

Kami juga singgah di kubur arwah Ammar; Pelajar Malaysia yang meninggal di Turki akibat kemalangan jalan raya (Boleh Google untuk maklumat selanjutnya) Al-fatihah.


Tengok gambar atas di muzium...
... So this is the real one.
Al-Fatihah buat arwah Ahmad Ammar

#2 Miniaturk
Miniaturk merupakan mini version of every places in Turkey. Bangunan pentadbiran, masjid-masjid terkenal, lokasi pelancongan, dan segalanya! Di setiap mini-version-of-building akan ada satu mesin di mana kita tag tiket masuk, nanti akan ada suara cerita sejarah bangunan tersebut. Open air. Panas (Nasib baik pergi musim sejuk) Terik (Dinasihatkan pakai shades) Datang lambat ramai orang nak ambik gambar susah. 


Secara jujurnya... Efnadia tak habis pusing satu Miniaturk



White House. Lol

Bhosphorus Bridge
We decided to walk pair by pair. I took her picture, she took mine. Easier that way.
So, meet my pretty partner of the day, Aten Ton Ten :)
Only this one.. Not a mini version.
Turkey <3

#3 Teleferik
Untuk tengok pemandangan Turki dari atas. Naik cable car untuk ke puncak bukit. Voila! You can see the Asian and Europe side of Turkey from here. Sejuk. Tenang. Aman. Damai. Hanya 20 minit di atas (setelah beratur untuk naik cable car hampir satu jam) dan kami mengambil keputusan untuk turun dgn menggunakan kaki sendiri; Jimat masa berikutan beratur cable car untuk turun sgt panjang dan jimat duit.


Satu kereta kabel muat 8 orang. Bas.
Istanbul <3
Selamat tiba di bawah!
(Sepanjang perjalan turun ke bawah, kami melalui kawasan kubur. Jadi.. Tiada gambar)
Singgah di masjid berdekatan untuk solat jama' qasar Zohor Asar
(Plastik untuk letak kasut disediakan)


Took a walk along the street, had our dinner and went back home. Last word from Ebu -- "Have a good rest. Tomorrow, you need to use your legs a lot"
Lol.


Good night for today :)

Tips
Tiket masuk Panorama Museum = 9 Lira per person if you come in group (RM 18)
Tiket masuk Miniaturk = 9 Lira per person if you come in group (RM 18)
Tiket naik cable car = 1.95 Lira one way (Use your Touch N Go card)



Sorry for spamming your Blogger Home timeline with my Turki trip post. Will combine third and forth day for the next post. I promise!




P/s: It has been a very hectic first week of semester. I need more time to update about my Turkey trip oh pretty please.

No comments:

Post a Comment