Monday, February 17, 2014

Turkey - Istanbul #1

DUA BULAN SEBELUM BERMULANYA WINTER BREAK

A: Pergi mana winter break nanti?
B: Taktaula, tak ada plan ke mana-mana pun
C: Aku dgn D & E inshaAllah pergi Spain
F: Prague ke Austria eh?
G: Jalan dalam Egypt je
H: Eh, Egypt selamat ke nak pergi jalan-jalan? Jom la pergi mana-mana
I: Balik Malaysia kot
J: Balik Malaysia? Apa dia dah tahun 3 nak balik Malaysia. Jom la jalan negara jiran
K: Balik Malaysia nak kahwin eh? Perancangannya kita nak ke Jordan, ada kawan kat sana
L: Taktau lagi la, tak dapat green light parents lagi. Macam nak ikut F
M: Pergi Turki kot

Dan pelbagai lagi jawapan yang bermula dengan hanya satu soalan.

Dan pada dua bulan yang lepas, Efnadia termasuk dalam golongan B. Dua bulan yang lepas la.. Hehe.


Semuanya bermula dengan soalan drpd Amal Amran (Atau mungkin Mimi atau Tasya atau Ie)
"Ef nak join tak pergi Turki? Turkish Airline ada buat promotion LE 1650 (RM800) tiket ke Turki, bayar sebelum 30 Dec ni"

Maka dgn itu Efnadia lantas sepantas kilat terus WhatsApp Papa.
Dan tidak beberapa pantas, Papa membalas "Ok boleh"

Ewah ewah!
Panjang pulak dah intro.



Maka dengan itu, bergeraklah aku & lagi 9 orang rakan sekelas (atau serumah) ke Turki pada 6 Februari 2014. Dan pada jam 6 pagi waktu Turki (Turki sama timezone Egypt btw), aku tiba di Ataturk International Airport. Alhamdulillah. Dijemput oleh Ebu Bakar (Lelaki Turki kacak berumur 23 tahun) untuk ke rumah penginapan kami. Alhamdulillah dipermudah segala urusan :)


Amal Amran The Big Boss & Alia Amal's bodyguard
Menunggu ketibaan Ebu Bakar
Housemates jenjalan bersama untuk kali pertama :)
Area perumahan kami tinggal. Sejuk!


HARI SATU
Setelah selesai angkat-mengangkat kemas- mengemas barang, jalan-jalan pusing Turki bermula! Ebu Bakar merupakan tour guide kami sepanjang di Istanbul. Destinasi pertama adalah ke Sultanahmet di mana di sana, terdapat Hagia Sofia, Blue Mosque, Topkapi Palace.

Pazartekke merupakan kawasan penginapan rumah kami. Agak jauh untuk ke Sultanahmet.
Pengangkutan harian kami. Pantas dan efisen!
Sekali naik caj 1.95 Lira (untuk yg mempunyai kad ala ala kad Touch n Go versi Turki) tak kira jauh atau dekat destinasi yg ditujui.
Bagi yg tidak mempunyai kad, 3 Lira dikenakan. Jadi, belilah kad.
Istanbul!

Kami memilih untuk ke Topkapi Palace dahulu. Hal ini kerana Ebu kata, Topkapi Palace sangat besar dan tutup lebih awal drpd Hagia Sofia dan Blue Mosque. Here we go! 

AMARAN: KALAU TAK SUKA SUBJEK SEJARAH ATAU SIRAH, DINASIHATKAN JANGAN KE ISTANBUL ATAU MASUK KE TOPKAPI PALACE.
Serious talk. Dalam Topkapi Palace ni ada segala bagai macam kisah dari zaman Uthmaniyah (Mohon bukak buku Sejarah Tingkatan 5), zaman nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat. Baju perang, pedang-pedang, pinggan mangkuk minum raja zaman Uthmaniyah semua ada. Janggut nabi Muhammad SAW juga ada! Percaya tak percaya, masuk sendiri dalam Topkapi Palace.

In front of the entrance of Topkapi Palace
Marmar
Kalau masuk dalam setiap bangunan, jangan lupa pandang atas. Subhanallah! 
Ini Ebu


Menara tertinggi dalam Topkapi Palace. Merupakan menara untuk Perlambagaan Undang-Undang.
Nak tunjuk kat sini yang justice itu kedudukannya lebih tinggi (lebih penting) drpd raja negara itu sendiri.
Fokus kepada ukiran emas pagar-pagar istana :)

Bunga-bunga

Kalau nak masuk semua gambar, memang takkan habis. Next!

Seterusnya, kami ke Hagia Sofia. 
Berkali-kali ucap subhanallah. Terlalu kagum dengan seni ukir Islam. Kata orang "Hebat sungguh tangan yang mengukir, lebih hebat Dia yang mencipta tangan itu" Subhanallah :)

Boleh bayang tak macam mana diaorang bina, walhal zaman dulu mana ada kren, lori apa segala bagai.
Amazed.
Pada mulanya, Hagia Sofia merupakan sebuah gereja. Pada zaman Uthmaniyah, ianya telah ditukar menjadi masjid.
Dan sekarang, ianya dijadikan sebuah muzium.
ALLAH & MUHAMMAD. Dan nampak lambang Mary & Jesus di tengahnya?
Nak tunjuk Islam bertolak ansur dan menghormati agama lain. Setelah menjadi masjid, raja pada zaman itu tidak membuang ukiran Jesus, Mary dan sebagainya di dinding Hagia Sofia.
Hagia Sofia under construction.
Mimbar
Tempat raja solat.
Kebiasaannya raja akan solat bersama para jemaah. Namun, pada suatu ketika, raja diancam oleh musuh jadi disediakan tempat solat khas untuk raja pada zaman itu.

Christian's things.

Penat. Sangat.
Hagia Sofia <3

Dan akhir sekali untuk hari pertama, kami ke Blue Mosque. Tapi malangnya, tiada gambar dalam kamera handphone berikutan kepenatan yang teramat asdfghjkl ditambah dengan hari sudah gelap dan semakin sejuk, semua malas nak bukak gloves untuk mengambil gambar.


Pulang ke rumah dan berehat-rehat. Hari esok dan esok dan seterusnya masih panjang.


Info:
Tiket masuk Topkapi Palace - TL 25 (RM 50)
Tiket masuk Hagia Sofia - TL 25 (RM 50)
Tambang tram pergi balik - TL 1.95 (x2)


Memandangkan post ini terlalu panjang, hari kedua ketiga keempat ketujuh dan kelapan di Istanbul akan di-update pada post yang berasingan.

Jumpa lagi!



1 comment:

  1. Salam..maaf bertnya..bknkh ktka sultn muhammad al fateh menakluk constatinople baginda telah mnghapuskn unsur2 kristian di dalam hagia sofea..ukiran trsebut dikikis semula oleh musatafa kamal altartuk..bknla seperti artikel saudari mengatakan sebagai tanda tolak ansur islam..maafkan sya klah slh..

    ReplyDelete