Saturday, September 7, 2013

Asli Adventure Base Camp - Sungai Lapoh

Tanggal 4 September 2013 yang lalu, pelajar pergigian Universiti Alexandria (Batch 1 & Batch 2) telah mengadakan aktiviti ber-jungle trekking/ hiking di Asli Adventure Base Camp Bt 19 Hulu Langat. Berjanji untuk berkumpul di Jusco Aeon Bdr Tasik Selatan pada jam 7.30 pagi (katanya..) dan kami semua mula bergerak jam 9+/- pagi dari Econsave. Sungguh melayu bukan? Sungguh.

Dalam perjalanan kurang dari satu jam, dengan berkonvoi 5 buah kereta, kami tiba di kawasan perkhemahan pergunungan yang ingin didaki. Nama, nombor telefon & alamat waris diminta jika berlaku kecemasan/kehilangan dan dihantar ke Balai Polis Batu 19 (Kesimpulannya, sebelum masuk ke kawasan kem, terus bagi nama, no tel & alamat waris di balai polis berdekatan) Parking kereta dikenakan caj RM5 dan seorang guider hutan RM50. Briefing diberikan oleh Pakcik Roslan, doa dibaca dan moh le kita...


Jalan hutan
Hanif, Shafwan, Ain & Maya tiada dlm gambar kerana ke balai polis...
... Dan kami semakin sakan bergambar.
Kawasan

En Roslan memberi sedikit taklimat
"Hati-hati kat atas sana. Selalu jadi naik 10 orang, turun 11 orang. Terutama perempuan"
KBYE.
Pembuka
Permulaan
The guider
Penjaga barisan

Perjalanan mendaki memakan masa lebih kurang 90 minit ke 120 minit. Cerun cerun curam, tanah yang lembab dibasahi embun, pacat lintah, tanah lumpur, semua selamat kami tempuh. Alhamdulillah, dgn cuaca yang juga memberi kerjasama, kami tiba di puncak gunung; Air terjun. Oh oh, berbaloi Iolls kata kat uolls! Berbaloi lah naik separuh nyawa rasa dah hilang phewwww.


Nampak tak? Nampak tak? Air dia sejuk. Brrrrr
Sayangi Sungai Kita
Bukan main eksaited!
AlexDent :)
Air sejukkkk brrrr
Cuba teka kenapa Firwan takde?
Sbb dia budak hyperactive dah lari naik air terjun dgn kamera phone dia selfie sorang-sorang -.-
Kak Efi & Kak Madi
Efnadia hanya mampu melihat dari luar
Waterfall sliding rock -- On the go!
Gaya tersendiri 
Bukan halangan

Usai puas bergelongsor dan mandi manda, semua solat dan makan beramai-ramai. Setelah lebih satu jam di atas sana, hari mula mendung dan kami mula bergerak untuk turun. Fuh fuh fuh! Bismillah.. Kekuatan kaki sungguh diuji. Langkah Tarzan mula dibuka. Kurang dari satu jam, syukur kepada Allah, kami semua selamat tiba dgn bilangan ahli 14 orang, tiada lebih tiada kurang.


Muka kekenyangan
Sebelum bergerak pulang
Penat nanang
Selamat tiba
Pengalaman menarik!
Sebelum, semasa dan selepas
Untung tak untung tangan panjang macam Ie?


Terima kasih banyak semua untuk pengalaman yang menarik ini. Semoga semoga semoga kita dapat berjumpa lagi untuk aktiviti begini (Sungai Chilling jom?!) Syukran awi :)



Seterusnya, Skytrex! 11hb September 2013, inshaAllah :)








P/s: Farewell Qila! 

No comments:

Post a Comment