Wednesday, August 14, 2013

Iftar 1434

(Sebenarnya post ini nak buat satu minggu yang lalu namun atas kekangan masa, terpaksa ditangguhkan)


Ramadhan tahun ni aku boleh kata aku paling paling banyak berbuka di luar bersama kawan-kawan. Papa Mama pula on je tak kata banyak, makin mudahlah keluar masuk rumah. Mungkin PaMa faham anak dia 9 bulan terperap di kota Mesir berdebu berhabuk, balik Malaysia kasi can sikitlah jumpa sahabat handai. Jadi, mari kita mulakan satu persatu sebagai tanda penghargaan buat mereka yang rajin meluangkan masa dgn Efnadia. Hihihi. Eleh.


#SATU - 13 Julai 2013
Hanafi Iskandar.

Kami berbuka di Restoran Tupai Tupai, Jalan Reko, Kajang. RM 39 sekepala, buffet & steambot. Pendapat aku, restoran ni lebih sesuai untuk mereka yang suka makanan steambot sbb ada sangat banyak pilihan berbanding dengan nasi dan lauk. 


Abaikan wanita bertudung krim di belakang itu, sesungguhnya dia merupakan orang yang tidak dikenali.
(Gambar makanan tiada sbb waktu ni terlalu teruja makan)

#DUA - 16 Julai 2013
Revivalists.

Berbuka di Restoran Muhibbah, Sg Penchala. Makanan ala-ala Chinese Muslim foods. Butter prawn, sotong goreng tepung, kangkung belacan. K tiba-tiba saya berasa lapar. 


Afiqah, Efnadia, Mira Bahrain, Seri Ezzaty
Ini kes terlebih kenyang. Mungkin.


#TIGA - 17 Julai 2013
Hanis Nasuha.

Ini budak garang ajak jumpa pada tarikh istimewa. Jumpa di Mid Valley, makan di Kenny Rogers. Order biasa-biasa je, tapi tetap kenyang peh Tuhan je yang tahu.


BBQ sauce.

Warm Chocolate Oasis (Kot)
Budak demam :p

#EMPAT - 26 Julai 2013
Revivalists.

Berbuka di William's Corner, Petaling Jaya bersama rakan sekolah versi ramai-gila-datang-dah-macam-pre-reunion. Ha lebih kurang lah tu. Terima kasih banyak Danny Ho, the planner. Good job!


Balik kampung! K tak.
Them girls :)
Kurang kerja, terlebih uang.
All of them :)

#LIMA - 2 Ogos 2013
Mardiha & Hanis Nasuha.

Dari Cheras ke Subang Jaya, bukan main jauh tau berbuka. Tapi sangat berbaloi. Terima kasih kpd adik Hanis garang sbb cadangkan tempat; Restoran Ali Cafe Tiga Rasa dan terima kasih Diha sbb jadi driver (Dan Atoy) Hanis order set Ramadhan; Ikan Goreng Tomyam, Sawi Jepun Kicap, Ayam Goreng, Telur Dadar = RM 90+/-


A part of lauk.
Dihahehohu.

Yey :)

Thank you Hanis for the cakes!

DiHanis :)

#ENAM - 4 Ogos 2013
Seri Ezzaty, Ferlynda, Mira Bahrain, Hani.

Ini adalah berbuka yang paling banyak ketawa! Kami berbuka di Restoran Waku Waku, Mid Valley. KueyTeow Jepun sedap! Berserta ais krim cone percuma. Nyums! Kemudian, ke Restoran Garden untuk bercuci mulut dan bergambar.



Hani & Lynda
People I can be crazy with :)

Hani, Gori, Seri, Lynda

:)

#TUJUH - 5 Ogos 2013
Cina Bukit

Dia pembuka, dia juga penutup. Cewah. Kebetulan je sebenarnya huahua. Berbuka di Restoran Murni, Subang Jaya. Sedapnya Nasi Goreng Napoleooooooon, mahuuuuuuuuuu!


Napoleon & Chicken Chop

Thank you for the small-late celebration :')
Kami juga singgah di KLCC dan dapat barangan baru hihihi.
And..... Thank you for the surprise :")


Alhamdulillah for the great moments well spent with loved ones. See you again next year, Ramadhan. InshaAllah :) Mengeratkan.




The smaller (amount), the closer, the better. Applicable for all conditions :)

2 comments:

  1. Restoran Garden untuk bercuci mulut dan bergambar.
    www.cusabio.com cusabio

    ReplyDelete