Wednesday, July 24, 2013

Restoran Upin Ipin

Dua puluh empat haribulan tujuh dua ribu tiga belas.

Kenal tak Ariffin & Aruffin? Mereka adalah Ipin & Upin, nama tadi tu nama asal  mereka aka kartun kegemaran anak buah aku yang kedua; Zane Dimar. Harini aku berbuka di Restoran Upin & Ipin (La Boutique Caffe) di Suarasa, BTHO. Untuk pengetahuan semua, makanan di restoran ni bukanlah ayam goreng semata-mata (makanan kegemaran Upin Ipin) tapi macam-macam lagi ada sebab restoran ni berkonsepkan style kopitiam. Dan aku boleh kata makanan di sini sedap dan harga berpatutan. Cubalah!

Beza Restoran Upin Ipin dgn kopitiam-kopitiam yang lain; restoran ni memang berkonsepkan Upin Ipin semata-mata. Kalau masuk je penuh dgn gambar poster Upin Ipin di dinding, TV bukak cerita Upin Ipin setiap masa, barang-barang jualan seperti botol air, pinggan mangkuk semua ber-sticker Upin Ipin. Upin Ipin habis! Dan pada hari/tarikh tertentu, akan ada maskot Upin Ipin datang ke setiap kedai Upin Ipin di serata Malaysia.




Bukan main gembira eh Jen!
Dia nak makan kalau kita cakap "Zane, ni ayam goreng Upin Ipin" sahaja. Pffft.
Dan aku order ini; Set Nasi Putih Ikan Keli sekali dgn air blackcurrant. Sambal hijo sedap!


Boleh pergi cuba sekarang, mesti tak menyesal :)

Aku harap nanti nanti ada Restoran Minion. Semoga. Kuikuikui.




P/s: Sebenarnya tengah stress sebabtu update blog untuk distract otak. Mana nak tengok Vampire Diaries online? Ergh.


1 comment:

  1. Beza Restoran Upin Ipin dgn kopitiam-kopitiam yang lain; restoran ni memang berkonsepkan Upin Ipin semata-mata. Kalau masuk je penuh dgn gambar poster Upin Ipin di dinding, TV bukak cerita Upin Ipin setiap masa, barang-barang jualan seperti botol air, pinggan mangkuk semua ber-sticker Upin Ipin. Upin Ipin habis! Dan pada hari/tarikh tertentu, akan ada maskot Upin Ipin datang ke setiap kedai Upin Ipin di serata Malaysia.www.cusabio.com cusabio

    ReplyDelete