Tuesday, July 23, 2013

Hong Kong Part 1 - Hong Kong City, Ocean Park & Ladies Market

Tangguh..
Tangguh..
Tangguh..
Dan akhirnya.

Percutian ke Hong Kong 5 hari 4 malam ini sebenarnya dah 2 minggu berlalu, dah selamat berpuasa 13 hari 13 malam dah pun.. Biasalah, busy-woman lah katakan (Baca; Busy-Tidur) Jadi, percutian kali ni aku boleh kata "Hmm okay lah, tapi tak seronok sangat macam pergi Korea dulu" 

Satu, sebab (mungkin) kami pergi ikut travel agent. Jadi, masa & tempat yang dituju semua terikat dgn jadual yang disediakan. Dua, sebab kami pergi pada musim panas. Jadi, terbantut sedikit perjalanan dek kepanasan yang menikam nikam kulit muka. Tiga, kami pergi pada musim cuti sekolah kaum Hong Kong. Jadi, semua taman tema (Ocean Park & Disneyland) asdfghjkl sesak!
Kesimpulannya, rancang percutian anda dgn sebaiknya. Sekian.



Memandangkan kami ikut travel agent, jadi, tak banyak sangat benda aku nak cerita seperti ke Korea dulu (naik train, bas awam, etc) Jadi jadi, aku biarkan gambar berkata-kata.


Day #1 5/7/2013 - Hong Kong International Airport & Hong Kong City
Setelah 3 jam 50 minit di awangan, kapal terbang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Dengan sistem dan kemudahan yang cepat dan tangkas, kurang dari satu jam segala hal imigresen selesai. Ambil beg, beli SIM card, tunggu travel agent. Tada! Menuju ke hotel. Dan pada malamnya, kami berjalan-jalan di Kota Hong Kong. Kami ke Nathan Road, Tsim Sha Tsui Road etc etc. Dan setelah itu, kami ke Ladies Market.



Jangan lupa ambik Hong Kong Map & segala peta tempat menarik di Hong Kong
Wifi airport ni bagus! Laju & pantas kihkihkih

Adik-beradik






Masjid di tengah Bandar HK


Day #2 6/7/2013 - Ocean Park & Ladies Market
Theme Park Day! Sebenarnya ni bukan kali pertama aku berada di Hong Kong, cuma dulu pergi masa umur-tak-ingat-berapa, tak ingat langsung Ocean Park ke apa bagai. Tiket masuk ke sini aku-tak-pasti-berapa sebab semua dah bayar dekat travel agent. Setibanya kami di sana, kami terus dapat tiket dan masuk dan bergembira dan bersuka ria.
P/s: Operating hour jam 10 pagi - 8 malam. Taman Tema ni sangat besar jadi, datang awal seawal ia dibuka.


Beratur nak naik cable car amatlah panjang. Datanglah awal.




Orang gayat tak boleh naik :p



Spotted
Spotted 2





Kesian Mama bosan lattew




Spotted 3
Sepatutnya balik boleh naik train tapi sebab kena kejar masa. Datanglah awal.
Baby Melon

Trademark of Ocean Park
:)

Keluar dari Ocean Park pada jam 6 petang, pulang ke hotel dan rehat. Pada malamnya kami ke Ladies Market pula. Shopping shopping! Round pertama :p



Ladies Market; Petaling Street

Sebenarnya penat sangat


Itulah sahaja untuk hari pertama dan hari kedua. Hari-hari seterusnya akan bersambung di post seterusnya (semoga diberi kerajinan huehuehue) 

Untuk lebih banyak Tips-Travel-To-HK terutamanya kepada backpackers, sila baca sini (Fatin Liyana). Sangat membantu! Selamat bercuti dan bergembira :)





P/s: Jumaat, cepat datang!


No comments:

Post a Comment