Sunday, April 14, 2013

ZAFF Cup

Laporan Hari Isnin di Dataran Perhimpunan.

Tanggal 4 hb April yang lalu, aku dan rakan sepasukan telah ke Zagazig bagi menyertai perlawanan futsal yang dianjurkan oleh pelajar Zagazig atau nama lainnya Zagazig Female Futsal Cup (ZAFF Cup) Kami, pasukan Titanium bersama dgn pasukan-tiada-nama (pelajar medik) mewakili Alexandria untuk ke perlawanan ini. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam. Kami ditempatkan di Markas Zagazig.

Seawal jam 7.30 pagi kami bergerak ke Universiti Zagazig. Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira 10 minit dgn menggunakan bas mini/tramco. Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Kak Bell selaku ketua kelab ZAFF. Kami ditempatkan dalam Kumpulan A bersama dua lagi team dari Mansoura dan Zagazig sendiri, manakala kumpulan pelajar medik ditempatkan dalam Kumpulan B bersama dua lagi team senior dari Mansoura dan Zagazig juga. Team Tanta dan Cairo telah menarik diri pada saat akhir atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Perlawanan bagi Kumpulan A bermula pada jam 9 pagi. Berikut merupakan keputusan perlawanan;
- Zagazig 0 vs 0 Masoura 0 ( 1-1 )
- Mansoura 0 vs 1 Alexandria ( 0-1 )
- Zagazig 1 vs 0 Alexandria ( 1-0 )
Team Zagazig merupakan juara bagi Kumpulan A, diikuti Alexandria sebagai naib juara kumpulan.

Perlawanan bagi Kumpulan B bermula pada jam 10.15 pagi. Berikut merupakan keputusan perlawanan;
Dot dot dot dot dot dot.
(Sebenarnya tak ingat tapi yang pasti, sekali lagi, Team Zagazig menjadi juara Kumpulan B setelah menang penalti dengan Team Alexandria)

Team Alexandria A (Titanium) vs Team Alexandria B untuk kedudukan ketiga dan keempat. Team Alexandria B telah memenangi tempat ketiga dengan menang penalti. Team Zagazig A vs Team Zagazig B untuk kedudukan kedua pertama. Team Zagazig B memenangi pelawanan (kalau tak silap. Kui kui kui)

Berikut merupakan gambar-gambar di hari perlawanan;
(Kih kih kih :P)


Training

Menuju ke Universiti Zagazig

Alexandria

Titanium

Gangsa - dari belakang

Sagu hati

Pergigian Iskandariah

GGMU
We did our best :)
Oh ini tiada kaitan. Cuma warna bunga ni merah, masuk tema
Hue hue hue.

Itu sahaja laporan untuk hari ini. Sekian terima kasih.







P/s: Hello readers, I'd love you thousand times greater if you can bring me to a field full of tulips. Now. Anyone? Thanks.