Sunday, February 10, 2013

The Ladies

Salam subuh dari kota Iskandariah, Mesir. Semoga wifi memberi kerjasama sepenuhnya.

Ok aku selalu bermasalah nak buat intro. Krik krok krek...


Jadi, winter break 2013 sudah tiba ke penghujungnya. Aku boleh cakap winter break kali ini digunakan dgn habis baik sebaik-baik-baiknya. Sangat berpuas hati ! Skyped more than two times in a week (some weeks) with PaMa (this is very unusual for a workaholic man like Papa), slept and woke up with the lovely face of Love almost everyday, sleepover and movie marathon with girlfriends, and so much more fun in three weeks!



Dan post kali ini ditujukan untuk The Joyahs Bedahs Kiahs, The Piranha, The Ladies (Mereka adalah orang yang sama. Harap maklong)


Movie marathon dan sleepover (Ber-joyah, stalking, makan makan makan) di rumah Didi-Syida-Ie-Syarah bertarikh 29 Januari 2013 sehingga... Selepas-dua-minggu-sebab-Efnadia-tak-reti-nak-balik-rumah. Genre movie adalah horror/thriller/crime, romance/drama, comedy. Senang cerita semua jenis genre kami terima, siapa taknak tonton boleh tidur.

11 orang makan.


Kemudian, pada 2 Februari 2012, ber-picnic di Montazah. Dress code adalah dress atau skirt. Krik krik krik.. Kau faham tak rasa macam mana bila 20 tahun 7 bulan kau hidup tak pernah langsung nak sentuh dress/skirt dan tiba-tiba kau KENA pakai pakaian tersebut? Dikecam jiwa dan raga, diseksa zahir dan batin.
Ok melampau.

Awk. Ward.
Pintu masuk.

What a sunny day, alhamdulillah :)
Sebelum makan.

Makanan utama; Nasi lemak.
Dessert.
Sesi photo shoot bermula...
Like a lady.
Semakin belakang semakin tinggi. K tipu je.
Girlfriends.
Dress tak dress, lompat tetap lompat.

Pictures credit to  Fatimah Zir :)


Seterusnya, kami ke Mansoura. Tidur di rumah sepupu ku, Haleina aka Nana Mok (Hai Nana kita tau awak baca blog kita :P) Bergerak ke sana dengan menaiki Peugeot, LE 20 sekepala dan tiba ke destinasi dalam 3 jam seterusnya. Tujuan utama ke Mansoura adalah makan makan dan makan! Tapi memandangkan kami hanya pergi 2 hari 1 malam, jadi, tidak beberapa puas hati.

Restoran Barakah.

Paling sedap adalah gambar paling atas, kiri; Nasi Goreng Gila.

Aiskrim murah.

Saya makan dua round. He he he. LE 2 je satu :P

Malam - Waiting U, Chinese Foods Restaurant yang dimasak oleh Egyptians. Not bad.

Memang WAITING.

Supper - Waffle sedap!

Decorate sendiri waffle anda! LE 17 satu (Kalau tak silap, lupa dah hikhok)

Esok - Kedai makan di Rumah Yayasan Terengganu.

Kata anak Ganu Senyum Sokmo sikit Dik.

Makanan di Restoran YT tak diambil gambarnya kerana semua kelam-kabut tiket balik Iskandariah jam 5 petang tapi aku nak bagitau yang aku, sekali lagi, order tom yam campur dan sekali lagi, aku kecewa sebab dua-dua tom yam aku makan di Mansoura tak pedas. Kecewa. Tiba di Iskandariah jam 8 malam, tidur rumah di Gamaah dua malam bla bla bla dan sekarang 10 Februari 2013, kelas pertama untuk semester 4 bermula. Gambatte! 


Ini sepupu saya nama dia Nana Mok :P








P/s: Let's plan for a great-wonderful-amazing-romantic-sweet summer break. Less than 5 months to go!

No comments:

Post a Comment