Monday, February 18, 2013

Gigi Besi #1

Akhiri karangan anda dengan... "Dan aku bakal bergigi besi"

Ha ada macam nak jawab kertas penulisan SPM tak?


Akhirnya Papa memberi lampu hijau untuk aku pakai besi pada 28 batang gigi (4 batang telah/akan dicabut) yg ada dalam mulut ni. Bukan senang ok nak pujuk Papa. Aku dah hampir putus asa dan tiba-tiba Papa tanya "Ya bila nak pakai braces? Nanti Papa masukkan duit"
GOOD THING HAPPENS UNEXPECTEDLY :)

Jadi bermula lah proses-proses sebelum dipasang besi pada gigi-gigi ku ini...


Langkah #1
X-ray. 
Kalau macam aku, aku kena buat Panorama X-ray dan Lat Cephalometry (LCO) tapi kawan-kawan aku hanya buat Panorama sebab kalau guna Panorama pun dah nampak keseluruhan gigi sebenarnya. Bergantung pada doktor, bergantung pada keadaan. 

Aku buat di Dr Sameh Fathy Radiology Center (Port Said Street, Camp Caesar, Iskandariah) Dikenakan caj LE 50 untuk Panorama Xray dan LE 60 untuk LCO Xray.


Upper: Panorama Xray, Lower: LCO Xray


Langkah #2
Impression & pictures.
Semua ni akan dilakukan oleh dentist anda.

Efnadia's upper jaw
Efnadia's lower jaw
Front view

Untuk yang pictures tu hanya untuk koleksi Doktor supaya nanti dah habis pakai, boleh bandingkan perbezaan. Dan tak semua Doktor ambik gambar dari setiap angle macam Doktor aku. Kroh kroh kroh...


Langkah #3
Cabut gigi.
Bergantung pada struktur jaw, susunan gigi, saiz gigi etc etc. Dan Doktor aku iaitu Doktor Moaz telah mengambil keputusan untuk mencabut kesemua gigi third molar Efnadia (Wisdom tooth/ geraham bongsu/ etc etc) 

Satu perkataan sahaja yang dapat melambangkan langkah ketiga ini; SAKIT.
Dan ketika menaip post ini, Efnadia sedang menahan kesakitan apabila dua batang gigi geraham bongsu yang baru sahaja dicabut beberapa jam lepas berserta kapas menahan darah melimpah ruah keluar (Hiperbola sikit) Minggu ni dua geraham bongsu bahagian kanan atas dan bawah telah dicabut dan minggu depan pula, dua geraham bongsu bahagian kiri atas dan bawah akan dicabut. Sekarang dah faham kenapa Efnadia kata pasang besi hanya pada 28 batang gigi? Gigi kita semua ada 32 batang. Do the math yaw Brow.

Efnadia's upper & lower third molars for the right side

And someone was being extra caring and super sweet but annoying as well. He kept laughing and grinning and kept on being annoying when looking at my condition. Thank you anyway, Skype. Zzz...


I wonder.. How it feels bersunat? Her her her.
Thank you Cing Cong Ceng :')


Ahad minggu depan cabut gigi bahagian kiri pula dan aku bakal bergigi besi.


Kill the pain.







P/s: That's what people do who love you. They put their arms around you and love you when you're not so loveable.
Thank you, Love :)


1 comment:

  1. Hye, sila la view fb Fancy Elastic Ligatures utk getah braces pelbagai warna n design, tq :)

    ReplyDelete