Tuesday, January 29, 2013

Winter Break Part 2

Fuh fuh fuh! Paksa diri habis ni nak update pasal trip ke Hurghada pulak. Taknak tergantung lagi macam Winter Break 2012 Part 2 fuh fuh fuh 2013 umur 21 tak boleh malas malas tak boleh buat kerja separuh jalan fuh! Ok cukup.

Jadi kali ni kami bergerak dari Luxor ke Aswan yang mengambil masa selama 4 jam perjalanan. Nasiblah buntut leper kepala teleng kaki bengkok tidur dalam bas memanjang. Alhamdulillah tiba di hotel yang cantik luarannya. Oh yeh, don't judge a hotel by its building. Sigh.


23 Januari 2013
Yeyerz! Snorkeling snorkeling! Efnadia sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama sepanjang 20-tahun-tambah-tambah hidup beliau mendapat peluang untuk buat aktiviti ini. Great experience, must do it again! Anyone?

Bergerak naik ke bot dalam jam 10.30 pagi. Menuju ke check point pertama; Paradise Beach.

Simply love spending time with them :)
Nampak elok je kan shawl atas kepala tu kan? Tunggu tunggu.
Kasi can sikit he he he.
Us.
Check point 1: Paradise Beach

Dekat checkpoint pertama ni, kitaorang hanya diberikan goggle tanpa safety jacket. Konon macam warm up lah sebelum ke tengah laut nanti. Oh ho Efnadia sgt eksaited ye kawan-kawan! Dapat tengok ikan. Dapat pijak batu karang habis calar-balar kaki aku. Dapat rasa telan air masin dari hidung keluar ke tekak. Dapat rasa keindahan laut. Suka suka suka! Setelah hampir satu jam lebih lebih berenang bersantai bercuci mata, maka kami bergerak ke checkpoint 2.

Nampak tak yg tuala belang tu? Haa takde apa.
Lunch time! Menuju ke check point 2.
Check point 2! Nampak mcm tak dalam kan? uDie.
Cari mana satu Efnadia. Zzz..

Kesimpulan drpd check point 2 ini, janganlah pakai shawl ketika berenang di dalam laut. Asdfghjkl.
Setelah hampir satu jam lebih di sini, kami bergerak ke checkpoint terakhir dan pulang ke hotel.


Selebet ke selekeh?
Nampak tak shawl dah selekeh mcm mana? Bagus.

Pada malamnya pula, kami di bawa ke Marina (kawasan downtown tepi pantai) untuk membeli cenderamata tp aku dan 9 orang laki kawan lain pergi ke Hard Rock Cafe Hurghada yang mengambil masa dalam setengah jam juga dari Marina.

Yeyerz \m/
YMCA!
For the heroes :)

24 Januari 2013
Hari terakhir trip! Yey yey yey nak balik Alexandria ada orang tunggu yey :D
Hari terakhir kami ke Dessert Aswan untuk ber-ATV. Asdfghjkl sakit ibu jari kanan aku.

Cuba teka ni siapa. Kbye

Semata-mata.
Singgah minuh syai di perkampungan di tengah padang pasir.

Unta.

Habis terbakar terjerawat tersegala benda kulit aku. Bersiap-siap dan gerak pulang ke Cairo - Alexandria. Ya'a'aaaaaaw rumah manis rumah :)

Next? Persidangan Joyah Bedah.









P/s: Late night talking. I'm in love all over again :)

Sunday, January 27, 2013

Winter Break Part 1

Taktau macam mana nak mula. Krik krik krik...

Kalau tahun lepas aku ke Sinai & Dahab (dalam Mesir), tahun ni aku ke empat lagi tempat lain (masih dalam Mesir) ; Aswan, Luxor, Abu Simbel, & Hurghada. Kali ni trip aku dgn 7 rakan perempuan & 3 rakan lelaki, di bawah pengendalian Milania Tours. 6 hari 5 malam, LE 760. Yeyerz ustaz-ustaz rockz \m/

19 Januari 2013
Bergerak ke Sidi Gabir Train Station untuk ke Cairo. Tiket Second Class, jam 1.10 pm, harga LE 25. Tapi macam biasalah, Egypt punya 1.10 pm dia akhirnya menjadi hampir jam 2. So Egyptians. Train mengambil masa selama 5 jam (sepatutnya 3 jam) dan guess what, we didn't sleep at all. Sebab berjoyah, bercerita hantu, bergossip. Tup tup, eh dah sampai Cairo. K. Tiba di Cairo - ke Ayyi Asyir (Taktau nama) dan jam 8 malam bergerak ke Aswan.

The Ladies
Pemandangan sepanjang perjalanan dalam train.
Siapa kata Mesir takde pokok sawah padi hijau pemandangan? 
Simply because brown is my favorite color

20 Januari 2013
Perjalanan memakan masa selama 14 jam, 1100 km. Kroh kroh kroh, kalau balik Malaysia pun dah berzaman sampai Cheras. Leper habis buntut aku krik krik krik. Berhenti di tiga perhentian, dan salah satu daripadanya adalah di masjid di Kota Kina untuk solat subuh sebelum tiba di hotel di Aswan.

Penginapan yang selesa
Elephantin Island, Aswan.
Ladies
Tiba di hotel, diberi masa satu jam sahaja untuk makan dan urus diri segala segala dan terus bergerak ke kawasan-kawasan di Aswan. Panas nyo Aswan ni omakau taknak kalah dgn Malaysia. Pendek cerita, tak payah sibuk nak bawak winter coat mafla apa segala. Buat berat beg sahaja. Sekian.

Kerusi-mate dalam bas, Amierah wewit.
Egypt & Sungai Nil, tidak dapat dipisahkan.
Lokasi pertama; High Dam Aswan.
Empangan ketiga tertinggi di dunia selepas Cina dan Brazil
Nampak tak panjang ke tak panjang Sg Nil tu? Haa.
Nampak tak terik ke tak terik Aswan? Ha.
Dikenakan caj LE 30 seorang (Zzz agak tidak berbaloi)
Kena naik bot untuk menuju ke Philae Temple
LE 35 dikenakan (LE 25 untuk ke temple & LE 10 untuk bot)
Philae Temple 
Arabian lah konon

The Ladies :)
Therapy (?)
Wohoooooo!
P/s: Nnt photo shoot kahwin nak buat kat mana-mana temple, acam cantik puler. Kbye.
Pada malam hari kami ke downtown yg not-so-downtown. Tak beli apa-apa pun sbb tiada apa yg menarik. 

21 Januari 2013
Check out hotel jam 3 pagi (Gila ke tak gila?!) untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu Abu Simbel. Syarat untuk ke Abu Simbel kena berkonvoi bas beramai-ramai dari serata negara sbb bagi mengelakkan kesesakan/ terlebih pelancong pada satu masa. Selain tu, sepanjang perjalanan hanya padang pasir jadi risau takut terjadi apa-apa sbb keamanan kurang bla bla bla apa entah orang tu cakap. Perjalanan memakan masa selama 4 jam. Zzz tidur lagi dalam bas.....

Abou Simbel Temple
Kami
Kami 2
Fake Giza kui kui
Bla bla bla, kemudian pulang semula ke Aswan untuk ke Botanical Garden dan terus pacu laju ke Luxor. Tiba agak lewat di Luxor jadi hanya duduk di hotel sahaja pada malam hari.


22 Januari 2013
King of Valley - Hatshepsut Temple - Karnak Temple.

Outside of King of Valley
We can't even bring the camera inside so we took picture from the outside

Riding tram to the inside of King of Valley
LE 45
Next location; Hatshepsut Temple
Too hot
Pergi bukak buku Sejarah Tingkatan 4
Lokasi ketiga; Karnak Temple
Tapi kami mengambil keputusan untuk tak masuk
Jadi.... Kami main lompat-lompat di luar.
Thank you, Ie
Ladies with Adli
Ammu Egypt Styleeee
:)

Luxor Temple tak pergi sebab bas kena rushing ke Hurghada. Syarat untuk keluar dari Luxor mestilah keluar sebelum jam 7 malam. Perjalanan ke Hurghada mengambil masa 4 jam. Ditambah tolak dgn bas rosak di tengah padang pasir. Alhamdulillah, we survived. 

Hurghada dalam part 2. Jeng jeng jeng.... K tahpape.

Trip ke Aswan - Luxor - Abou Simbel ni sesuai untuk mereka yg suka akan sejarah.






P/s: I just love this winter break. I just love the time I spent with loved one. So far so very good :')