Sunday, December 30, 2012

Human Rights

Kalau awal tahun dulu aku cerita tentang Egyptian Culture, sekarang aku nak cerita pasal Human Rights pula. Cop, aku bukan nak bersyarah di sini okeh. Seterusnya.

Human Rights merupakan subjek sampingan untuk Semester 3 ni. Heh walaupun sampingan tapi task/assignments yang diberikan bukan main mencabar iman dan jiwa nak menyiapkannya, dgn lecturer kemain strict phew dah la takde kaitan dgn gigi k fine berhenti membebel. Nampak tak sebenarnya stress? K next lagi.

Untuk individual assignment, kitaorang kena buat pasal Universal Declaration of Human Rights dan kaitkan Article yang kitaorang dapat (melalui cabut undi) dgn asas Islam. Faham tak mcm mana? Kiranya kena masukkan ayat al-Quran, hadis etc dan bagi pendapat dari segi Islam. Ohmai secara tiba-tiba aku keliru, aku ni belajar Syariah Law kat Universiti Al-Azhar ke mcm mana? Ok ilmu sampingan Ep..

Jadi... Efnadia dapat Article 26, tentang Rights to Education. Nasib baik sonang alhamdulillah. Jadi.....

Apa guna ada Kakak belajar Syariah Law? K thanks bye :P
Terima kasih, Kakak! Jasamu dikenang.



Selesai satu. Kemudian, final project, group assignment. Yeyerz! Ini paling syiok sbb bebas nak buat macam mana pun cuma kena berkaitan dgn Universal Declaration of Human Rights. Hasilnya......


Noyr's group 

Zuhdie's group.

Hoda's group.

Feena's group. 

Tiqah's group.

Pupu's group.
My group's :)

Tetiba aku confuse. Aku ambik dentistry ke ambik architecture ni? K.

Alhamdulillah Dr Hytham tak habis-habis cakap "Wow this is so cool" "Wow so creative" InsyaAllah markah tinggilah hendaknya. Worth the time & energy, alhamdulillah :)







Itu sahaja untuk masa ini. Kalau ada masa update lagi. Oral Histo menanti. Bye!