Friday, November 23, 2012

Segalanya Baru


Empat perkara yg aku paling-sangat-amat-sungguh benci nak buat di Egypt:

i) Naik tram pergi balik kelas
Bila cerita dekat rakyat Malaysia pasal ketidaksanggupan aku naik tram pergi balik kelas, diaorang hanya akan buat muka dan anggap "alah normal lah KTM pun berhimpit-himpit jugak" TET. Sungguh berbeza perbezaannya ye kawan-kawan. Kelas mula jam 9 pagi (kebiasaannya) dan berakhir jam 3 petang (kebiasaannya) dan waktu-waktu tersebut merupakan Peak Hour untuk pengguna tram. Yerz, berhimpit dlm tram sampai kau duduk dlm tram yg bergerak ala-ala roller coaster dan kau takpayah berpaut dekat mana-mana tiang pun, dan kau takkan terjatuh. Nampak tak betapa kau kena himpit sampai dah takde ruang nak terjatuh? Zek zek zek.

ii) Proses berpindah rumah
Memandangkan dulu datang dgn MedicMesir, jadi perabot semua dah beli pakai duit MedicMesir (Duit kami) Jadi, nak pindah masuk kena lah bawak segala peti ais, mesin basuh esektra esektra jadi proses perpindahan itu sangatlah penat. Habis tenaga, habis masa & habis kewangan. Phew bukan kerja senang, bukan kerja senang...

iii) Naik lif dengan Arab
Oh jangan salah anggap. Bukan aku kata aku nak naik dgn rakyat Malaysia sahaja, nak racist nak demand ke apa ke. BUKAN. Cuma.. Tahu tak apa rasa bila kita didiskriminasi? Situasinya macamni. Kau dah sampai pukul 9 pagi depan lif tu, lepastu pakcik yg jaga lif tu pilih budak arab naik lif instead of budak melayu yg dah tunggu dua tiga trip ni. Kau faham tak rasa dia macam mana? Kalau tak faham, meh datang Egypt.

iv) Apabila kena deal segala urusan (Tiket balik, visa, internet) dengan arab.
Hoyeah this is the worst Bro. Bukra, bukra, bukra (maknanya 'esok') Katanya "Enti ruh hena, bukra" (Awak datang sini semula esok) lepastu esok kau datang lagi, dia kata "Bukra mumkin?" (Mungkin datang esok?) Dan kau datang lagi, dia kata "La', lesa alyaum" (Tak, bukan harini) Kau ada rasa mcm nak sepak terajang tak arab-arab ni kalau kau berada di situasi di atas? Ok agak kasar di situ bahasanya. Tapi serius, duduk Mesir memang kesabaran SANGAT diuji.


Tanggal 29 Oktober 2012, kami serumah berpindah dari Camp Caesar ke Azzarita. Memang Raya Korban habis lah, terkorban segala lemak, duit & masa. Sebab pindah? Hanya aku & orang-orang terapat sahaja yg tahu. And I know, Allah has a perfect plan for me & my housemates :)

Just incase semua lupa muka-muka rakan serumah aku. He he he.

Proses perpindahan kali ni memakan masa tiga hari tiga malam. Tiga hari tiga malam berulang-alik dari Camp Caesar ke Azzarita (6 stesen tram) Penat jangan cakap. Duit habis bajet lari jangan ditanya, itu semestinya. Namun, kata pepatah, susah susah dahulu, senang senang kemudian. Alhamdulillah, sekarang sangat senang. Rumah hanya 5 minit ke fakulti tanpa perlu berhimpit naik tram.
MASALAH NOMBOR 1 SELESAI ! 

Rumah baru, suasana baru, kenangan baru :) Alhamdulillah dapat tuan rumah yg sangat baik, dalam seminggu dapur gas, pemanas air tandas, mesin basuh, wifi, dan segala masalah rumah dah selesai. Semua Baba yg selesaikan. Grateful :)

Shidin, Shadwa & Mama. (Baba's family :) )
Free free dapat kek aiskrim. Hik hik hik.

Rumah tingkat 5 tiada lif, tiga bilik (dua bilik besar, satu bilik super kecik) satu dapur sederhana besar dan satu tandas. Dan macam biasa, aku akan pilih bilik yang paling kecik. The kecik the better, the senang nak jaga. Kroh kroh.


Baba cat bilik aku baik punya warna kuning terang-benderang
REDHA -_-
At the same spot as the picture above
Look what I've changed ! Weeee I'm happy ~
The boyfriend knows how much I love this decorating-rooms-thingy
Oh, inspirasi :)

He he he. Maka dengan itu, aku pun nak kata lah yg.. Kelas bermula pukul 9 pagi, dan Efnadia berjaga dan bersiap pada jam 8.30 pagi. Nampak tak disiplin dah kurang? Ok selamat sejahtera untuk semua!







P/s: Exactly 6 months to the date for my last paper of semester 4 year 2. Do wait. Just wait. Ok?