Sunday, November 18, 2012

Ayam Penyet Nyet Nyet

Seperti yg diketahui ramai, Ayam Penyet berasal dari negara Indonesia. Namun kini sudah berkembang ke-popular-an nya ke serata negara Asia seperti Malaysia, Singapura & Brunei. Dan seperti yg diketahui ramai juga (Baca: Kaum terdekat & kaum pengikut aku di Burung Biru) aku memang penggemar super amat sungguh sangat suka akan Ayam Penyet, terutamanya Ayam Penyet Wong Solo. Hmmph! Tiada tandingan.

Bila diingat semula, kali pertama aku mula kenal & berjinak-jinak dgn Wong Solo adalah ketika aku pergi bercuti ke Medan (Kalau tak silap) pada tahun.. Ok tak ingat. Tapi masa tu Ayam Penyet tak sampai lagi dekat Malaysia atau mungkin dah sampai tapi masih belum dikenali ramai. Namun sekarang.... Sebulan dua tiga kali pergi makan!

Balik Malaysia cuti musim panas 2012, perkara kedua yg aku cari ialah Ayam Penyet Wong Solo. Duduk dekat Egypt sepanjang tahun satu tak dapat merasa kepenyetan ayam. Sedih. Namun, pada tahun ini, Egypt sudah berkembang & lebih maju! Satu lagi restoran Indonesia telah dibuka dan dan dan mereka jual Ayam Penyet. Nyumsssss :8)



Tada!
Ok tipu je ni sebenarnya gambar Ayam Penyet Wong Solo, gambar curi di Google
Ok terliur. Ok menyesal.
Ada beza ke tiada beza? Ok banyak beza pada rasa.
Nama kedai tersebut; LA Alexandria.
Bukan Ayam Penyet je ada, Pesembuq, Nasi Campur, Sate juga ada
Perkenalkan Yuseef :)
Aku datang-datang je dia terus duduk atas paha aku, sepanjang aku makan.
Muka dia memang macam tu, hiraukan.
Ini gambar kali kedua pergi makan.
Budak kecik ni datang dekat aku terus panjat naik atas paha
Kan dah kata, muka dia memang macamtu.


Sepinggan Ayam Penyet harga LE15. Kedai makan ni terletak di dalam sha'ah (bangunan rumah) bukannya kedai sebijik-sebijik macam Mumtazah. Lokasi berhampiran dgn Tram Gamaah, ala bahr (Naik tangga tram Gamaah, belok kanan, lorong kedua belok kiri, bangunan pertama) Sila faham faham sendiri. Ok ketemu lagi.






P/s: Hai Napi, hai Hanis, hai Diha, hai Jet, Efnadia tak sabar nak makan Ayam Penyet bersama hee :D




One Oo Seven, with love :)