Friday, November 23, 2012

Segalanya Baru


Empat perkara yg aku paling-sangat-amat-sungguh benci nak buat di Egypt:

i) Naik tram pergi balik kelas
Bila cerita dekat rakyat Malaysia pasal ketidaksanggupan aku naik tram pergi balik kelas, diaorang hanya akan buat muka dan anggap "alah normal lah KTM pun berhimpit-himpit jugak" TET. Sungguh berbeza perbezaannya ye kawan-kawan. Kelas mula jam 9 pagi (kebiasaannya) dan berakhir jam 3 petang (kebiasaannya) dan waktu-waktu tersebut merupakan Peak Hour untuk pengguna tram. Yerz, berhimpit dlm tram sampai kau duduk dlm tram yg bergerak ala-ala roller coaster dan kau takpayah berpaut dekat mana-mana tiang pun, dan kau takkan terjatuh. Nampak tak betapa kau kena himpit sampai dah takde ruang nak terjatuh? Zek zek zek.

ii) Proses berpindah rumah
Memandangkan dulu datang dgn MedicMesir, jadi perabot semua dah beli pakai duit MedicMesir (Duit kami) Jadi, nak pindah masuk kena lah bawak segala peti ais, mesin basuh esektra esektra jadi proses perpindahan itu sangatlah penat. Habis tenaga, habis masa & habis kewangan. Phew bukan kerja senang, bukan kerja senang...

iii) Naik lif dengan Arab
Oh jangan salah anggap. Bukan aku kata aku nak naik dgn rakyat Malaysia sahaja, nak racist nak demand ke apa ke. BUKAN. Cuma.. Tahu tak apa rasa bila kita didiskriminasi? Situasinya macamni. Kau dah sampai pukul 9 pagi depan lif tu, lepastu pakcik yg jaga lif tu pilih budak arab naik lif instead of budak melayu yg dah tunggu dua tiga trip ni. Kau faham tak rasa dia macam mana? Kalau tak faham, meh datang Egypt.

iv) Apabila kena deal segala urusan (Tiket balik, visa, internet) dengan arab.
Hoyeah this is the worst Bro. Bukra, bukra, bukra (maknanya 'esok') Katanya "Enti ruh hena, bukra" (Awak datang sini semula esok) lepastu esok kau datang lagi, dia kata "Bukra mumkin?" (Mungkin datang esok?) Dan kau datang lagi, dia kata "La', lesa alyaum" (Tak, bukan harini) Kau ada rasa mcm nak sepak terajang tak arab-arab ni kalau kau berada di situasi di atas? Ok agak kasar di situ bahasanya. Tapi serius, duduk Mesir memang kesabaran SANGAT diuji.


Tanggal 29 Oktober 2012, kami serumah berpindah dari Camp Caesar ke Azzarita. Memang Raya Korban habis lah, terkorban segala lemak, duit & masa. Sebab pindah? Hanya aku & orang-orang terapat sahaja yg tahu. And I know, Allah has a perfect plan for me & my housemates :)

Just incase semua lupa muka-muka rakan serumah aku. He he he.

Proses perpindahan kali ni memakan masa tiga hari tiga malam. Tiga hari tiga malam berulang-alik dari Camp Caesar ke Azzarita (6 stesen tram) Penat jangan cakap. Duit habis bajet lari jangan ditanya, itu semestinya. Namun, kata pepatah, susah susah dahulu, senang senang kemudian. Alhamdulillah, sekarang sangat senang. Rumah hanya 5 minit ke fakulti tanpa perlu berhimpit naik tram.
MASALAH NOMBOR 1 SELESAI ! 

Rumah baru, suasana baru, kenangan baru :) Alhamdulillah dapat tuan rumah yg sangat baik, dalam seminggu dapur gas, pemanas air tandas, mesin basuh, wifi, dan segala masalah rumah dah selesai. Semua Baba yg selesaikan. Grateful :)

Shidin, Shadwa & Mama. (Baba's family :) )
Free free dapat kek aiskrim. Hik hik hik.

Rumah tingkat 5 tiada lif, tiga bilik (dua bilik besar, satu bilik super kecik) satu dapur sederhana besar dan satu tandas. Dan macam biasa, aku akan pilih bilik yang paling kecik. The kecik the better, the senang nak jaga. Kroh kroh.


Baba cat bilik aku baik punya warna kuning terang-benderang
REDHA -_-
At the same spot as the picture above
Look what I've changed ! Weeee I'm happy ~
The boyfriend knows how much I love this decorating-rooms-thingy
Oh, inspirasi :)

He he he. Maka dengan itu, aku pun nak kata lah yg.. Kelas bermula pukul 9 pagi, dan Efnadia berjaga dan bersiap pada jam 8.30 pagi. Nampak tak disiplin dah kurang? Ok selamat sejahtera untuk semua!







P/s: Exactly 6 months to the date for my last paper of semester 4 year 2. Do wait. Just wait. Ok? 

Sunday, November 18, 2012

Ayam Penyet Nyet Nyet

Seperti yg diketahui ramai, Ayam Penyet berasal dari negara Indonesia. Namun kini sudah berkembang ke-popular-an nya ke serata negara Asia seperti Malaysia, Singapura & Brunei. Dan seperti yg diketahui ramai juga (Baca: Kaum terdekat & kaum pengikut aku di Burung Biru) aku memang penggemar super amat sungguh sangat suka akan Ayam Penyet, terutamanya Ayam Penyet Wong Solo. Hmmph! Tiada tandingan.

Bila diingat semula, kali pertama aku mula kenal & berjinak-jinak dgn Wong Solo adalah ketika aku pergi bercuti ke Medan (Kalau tak silap) pada tahun.. Ok tak ingat. Tapi masa tu Ayam Penyet tak sampai lagi dekat Malaysia atau mungkin dah sampai tapi masih belum dikenali ramai. Namun sekarang.... Sebulan dua tiga kali pergi makan!

Balik Malaysia cuti musim panas 2012, perkara kedua yg aku cari ialah Ayam Penyet Wong Solo. Duduk dekat Egypt sepanjang tahun satu tak dapat merasa kepenyetan ayam. Sedih. Namun, pada tahun ini, Egypt sudah berkembang & lebih maju! Satu lagi restoran Indonesia telah dibuka dan dan dan mereka jual Ayam Penyet. Nyumsssss :8)



Tada!
Ok tipu je ni sebenarnya gambar Ayam Penyet Wong Solo, gambar curi di Google
Ok terliur. Ok menyesal.
Ada beza ke tiada beza? Ok banyak beza pada rasa.
Nama kedai tersebut; LA Alexandria.
Bukan Ayam Penyet je ada, Pesembuq, Nasi Campur, Sate juga ada
Perkenalkan Yuseef :)
Aku datang-datang je dia terus duduk atas paha aku, sepanjang aku makan.
Muka dia memang macam tu, hiraukan.
Ini gambar kali kedua pergi makan.
Budak kecik ni datang dekat aku terus panjat naik atas paha
Kan dah kata, muka dia memang macamtu.


Sepinggan Ayam Penyet harga LE15. Kedai makan ni terletak di dalam sha'ah (bangunan rumah) bukannya kedai sebijik-sebijik macam Mumtazah. Lokasi berhampiran dgn Tram Gamaah, ala bahr (Naik tangga tram Gamaah, belok kanan, lorong kedua belok kiri, bangunan pertama) Sila faham faham sendiri. Ok ketemu lagi.






P/s: Hai Napi, hai Hanis, hai Diha, hai Jet, Efnadia tak sabar nak makan Ayam Penyet bersama hee :D




One Oo Seven, with love :)


Thursday, November 1, 2012

Aidil Adha 2012 #3


Raya tahun ni memang meriah habis, memang penat habis. Bukan penat melapah daging, bukan penat merewang tp penat mengunyah. Banyak pulak dapat jemputan rumah terbuka/ housewarming segala. Oh well, siapa tak suka makanan percuma?

Sabtu - 27 Oktober 2012
Harini paling perut-gembira sekali memandangkan dapat dua jemputan. Satu pagi (tengah hari) satu petang. Complete set brunch dan dinner. Fuh fuh fuh. Tiga round Mihun Sup untuk rumah pertama, dua round Lontong untuk rumah kedua. Mee Jawa hasil tangan Syida tak dapat rasa sbb ada udang kering. I is tak berani nak sentuh makanan laut.


Rumah pertama. Bagaimana mahu membenci kamera?

In the middle of pretty girls. I feel so ugly. Blergh.
Pelahap
Rumah kedua. Makan gambar makan gambar.
Classmates, girls :)

Ahad - 28 Oktober 2012
Makan lagi. Sewonok. Mereka kata event mula 10 pagi,10.30 pagi keluar rumah, 11 lebih dah sampai Masrah Iskandariah. Hingatkan event MARA punya, rupanya aktiviti PCI. Jadi, dengan redha hatinya dah tersampai awal, kami pun dengar jela tazkirah yg diberikan. Aktiviti ni mcm kenduri raya campur persandingan untuk mereka-mereka yg dah berkahwin. Kami berempat duduk depan sekali hamboih ambik badi pengantin uolls. Hew hew. Sampai awal, balik pun awal jadi tak sempat bergambar dgn classmates yg lain. Kemudian, kami ke Bangunan MARA  untuk ambil daging unta hasil korban semalam. Yey :D


Pasangan-pasangan pengantin baru.
Semoga berkekalan ke anak cucu :)
Rakang-rakang
Muka ini lagi <3
Daging unta percuma
Steak Daging Unta in the making yaw
Tada! Ok gambar tak lawa. Her her.





Eh lupa, malam 27 Oktober itu saya ada Virtual Date - Skype Raya dgn Beliau. Ehem. Gambar tak boleh share, hak peribadi. Wee :')







P/s: So far, so very good. Alhamdulillah :)