Friday, October 26, 2012

Aidil Adha 2012 #1

Akhirnya ada jugak sesuatu yg menarik untuk diceritakan di blog. Blog tak ber-update bukan sebab malas nak update (sebenarnya ada la jugak sikit) tp sebenarnya sebab rutin harian yg pergh tak menarik langsung. Ok kembali ke cerita asal..

Seperti yg kita semua tau, tanggal 26 Oktober 2012 bersamaan hari Jumaat, umat Islam serata dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Dan seperti yg telah di-RT di Burung Biru atau di-share di MukaBuku atau di-broadcast di BBM mahupun WhatsApp, 25 Oktober 2012 merupakan Hari Arafah dan umat Islam disunatkan berpuasa & mendapat ganjaran ditebus dosanya setahun yg lalu & setahun yg akan datang. InsyaAllah.

Jadi, aku dan rakan serumah semua berpuasa. InsyaAllah puasa yg mabrur. Dan, kami buat acara Iftar Jamie's di rumah Syera-Miera-Amal-Jiha-Alia di samping buat bacaan yasin sempena diaorang baru berpindah masuk ke rumah tu. No boys are invited, all girls iftar day.

Jadi jadi, macam biasalah kalau kita nak ke rumah orang, haruslah bawak buah tangan. Jadi jadi jadi, aku mengambil keputusan untuk buat Kek Batik sementara Mera buat Kek Coklat. First trial Efnadia. Wooot woooot :D Maghrib masuk jam 5.20 petang, makan makanan manis sebagai alas perut dlm 20 minit, kemudian solat, takbir raya & makan! Yahallah Yahallah!


In less than 30 minutes
I feel goooood
Magrhrib berjemaah
Gambar waktu bertakbir tiada kerana ini mata sudah leleh


Family in Egypt :)
Siblings <3
Tired of being so pretty before? Pft.

Kemudian, bacaan yassin & takbir raya kedua. I feeeeeeel very the good bebeh :) Oh ya, tengok betapa meriah Egypt meraikan Eid Adha. Tak rasa sunyi sangat, sekurangnya. Dengan open house 3 hari berturut-turut, merewang, virtual date etc. Eh. Ok :P

Dengan lagu-raya-versi-Egypt berkumandang
Salam aidiladha dari kami, kawasan Camp Caesar Ala Tramp :)



P/s: Everything happens for a precious reason. I believe.