Saturday, October 27, 2012

Aidil Adha 2012 #2

Kalau tahun lepas beraya dekat Tanta, sampai awal dan duduk tercongok dalam bangunan MedicMesir tak buat apa-apa. Tahun ni, tak pergi mana-mana pun, masih di Kota Iskandariah tapi lebih banyak aktivti menarik. Jauh lebih banyak, very well spent with classmates. Oh alhamdulillah for giving me a chance to live in this community :)

Suasana Kota Iskandariah di pagi raya Aidiladha di pagi 10 Zulhijah:

i) Sunyi, sangat amat sungguh sunyi. Takde hiruk-pikuk hon kereta, takde rakyat Mesir bergaduh berbalah, takde rakyat Mesir menjerit pekik menjual barang terpakai. Suasana yg sangat.. Lain. Tram kosong, sekosong-kosong alam. Terasa mcm "Where is everyone? Ada zombi ke apa tempat ni?!" Ok melampau, pengaruh movie banyak sangat.

Tengok belakang sangat kosong. Which is.. RARE!
Nak bergambar dlm tram bukan satu perkara yg mudah
Jadi kalau dapat snap satu maknanya memang sgt lengang lah tram itu

ii) Budak-budak bersepah. Like.. Bersepah sepah gila! Budak sekolah rendah, tanpa ibu bapa. Mungkin waktu raya haji je mereka dibenarkan bermain kat luar, kot? Atau mungkin kedua ibu bapa mereka sedang sibuk menyembelih biri-biri sehingga anak terabai. K.

iii) Banyak pula makcik-makcik yg tak dikenali, yg kitaorang jumpa terselisih di kaki lima, datang mintak air. Kau faham tak mcm mana? Kau pegang air, lepastu ada makcik tua (dan juga muda) datang "Meyah? Ana aizah meyah mumkin?" (Air? Saya nak air mungkin?) Lepastu kau mcm.. Terkejut lepastu kau bagi je air kau. Hah lebih kurang mcm tula. Aku kena, kawan aku dua orang lagi pun kena. Mungkin makcik semua ni penat berpanas sembelih biri-biri. Mungkin.

iv) Biri-biri banyak sepah-sepah. Macam satu kawasan tu sampai 3 4 kumpulan (manusia) buat penyembelihan. Phew I is so peliks. Kenapa tak satukan je? Tak sampai 100m nnt ada lagi kumpulan lain buat penyembelihan. K.

Hello biri-biri
Macam cat kan warna darah tu? Phew.

v) Kawasan masjid sangat.. PENUH! Penuh sangat sampai kereta tak boleh lalu. Macam ada fun fair tau siapa ada jual belon, gula kapas. Betul-betul meraikan raya rakyat Mesir ni !

Nampak tak belon etc? Macam fun fair!

Cerita di pagi Aidil Adha bermula.. Subuh gajah selewat 5.30 pagi, tak tidur semula, gosok baju, tunggu turn mandi (serius suasana pagi raya di Serom sobs rindu) bersiap segala 6.35 pagi baru keluar rumah. Turun-turun tangga rumah je, depan rumah, rakyat Mesir dah tahyat akhir solat sunat raya. Amagad dah lambat ! Kitaorang terpaksa ikut jalan jauh memandangkan jalan dah di-block oleh rakyat Mesir (diorang solat atas jalan raya) Oh btw, kami menuju ke Bangunan MARA untuk solat sunat raya di sana. Kononnya untuk mendapatkan susasana melayu gitu ha.

Depan rumah
Along the way to tram station

Kami naik tram berikutan ketiadaan teksi dan kemudian naik teksi ke Bangunan MARA. Dalam jam 7.10 pagi kami sampai, rupanya solat sunat masih belum bermula. Ikut waktu Malaysia, 8 pagi baru mula. So yeah, camera is your bestfriend when you're bored (After wifi)

Kui kui
Thank you Camera360 for the awesome camera filter
Yang ungu tu nama dia Mimi, dia bukan housemate kami :D

Jam 8 solat sunat raya bermula, lokasi di sutuh (rooftop) Khutbah, takbir, makan. Oh, bergambar juga, perkara wajib jangan lupa. Pictures are the best things to keep because they will never change :)

Calon Ustazah Pilihan. Okbye.
Aten (new housemate) & Yaya (ex housemate)
Mengeratkan :)
The Blues. Ok turquoise sebenarnya. 
Terima kasih MARA for the awesome rendang!
Anak siapa entah aku kutip
Boleh tak nak anak tp taknak suami. Ok merepek.

Usai makan, kitaorang (satu kelas) bergerak ke rumah Amal Madihah. Laksa Penang in the house yaw! Nomnomnomnom. Sedapnya sedapnya sedapnya. Kenyang makan, pulang rumah, dan tidur 4 jam. Indahnya hidup!

Dentistry 3rd Batch of Alexandria University :)

:)
Shimal Yamin Shimal. Henaaaaaa bas! Wahda itnin wahda :D

Bas. Esok dua open house perlu dihadiri. Ketemu lagi :)



Friday, October 26, 2012

Aidil Adha 2012 #1

Akhirnya ada jugak sesuatu yg menarik untuk diceritakan di blog. Blog tak ber-update bukan sebab malas nak update (sebenarnya ada la jugak sikit) tp sebenarnya sebab rutin harian yg pergh tak menarik langsung. Ok kembali ke cerita asal..

Seperti yg kita semua tau, tanggal 26 Oktober 2012 bersamaan hari Jumaat, umat Islam serata dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Dan seperti yg telah di-RT di Burung Biru atau di-share di MukaBuku atau di-broadcast di BBM mahupun WhatsApp, 25 Oktober 2012 merupakan Hari Arafah dan umat Islam disunatkan berpuasa & mendapat ganjaran ditebus dosanya setahun yg lalu & setahun yg akan datang. InsyaAllah.

Jadi, aku dan rakan serumah semua berpuasa. InsyaAllah puasa yg mabrur. Dan, kami buat acara Iftar Jamie's di rumah Syera-Miera-Amal-Jiha-Alia di samping buat bacaan yasin sempena diaorang baru berpindah masuk ke rumah tu. No boys are invited, all girls iftar day.

Jadi jadi, macam biasalah kalau kita nak ke rumah orang, haruslah bawak buah tangan. Jadi jadi jadi, aku mengambil keputusan untuk buat Kek Batik sementara Mera buat Kek Coklat. First trial Efnadia. Wooot woooot :D Maghrib masuk jam 5.20 petang, makan makanan manis sebagai alas perut dlm 20 minit, kemudian solat, takbir raya & makan! Yahallah Yahallah!


In less than 30 minutes
I feel goooood
Magrhrib berjemaah
Gambar waktu bertakbir tiada kerana ini mata sudah leleh


Family in Egypt :)
Siblings <3
Tired of being so pretty before? Pft.

Kemudian, bacaan yassin & takbir raya kedua. I feeeeeeel very the good bebeh :) Oh ya, tengok betapa meriah Egypt meraikan Eid Adha. Tak rasa sunyi sangat, sekurangnya. Dengan open house 3 hari berturut-turut, merewang, virtual date etc. Eh. Ok :P

Dengan lagu-raya-versi-Egypt berkumandang
Salam aidiladha dari kami, kawasan Camp Caesar Ala Tramp :)



P/s: Everything happens for a precious reason. I believe.