Thursday, August 30, 2012

Keep Calm & Enjoy Raya Versi Kelantan


Yey rasa dah lama tak tulis blog pasal cerita-cerita menarik kehidupan harian.
Pilihan A) Nampak sangat kehidupan harian membosankan. Pilihan B) Penuh post feeling. Pilihan C) Jawapan A & B. Tekalah!

Jadi jadi, hari ini nak cerita pasal rombongan Cik Kiah ke Kelantan. Fuyooooh untuk kali yg pertama tama kalinya, aku ada geng di Kelantan. Fuhyoh *masih teruja* Mari kita mulakan cerita!

Seperti yg dijanjikan, di WhatsApp, jam 2 petang semua berkumpul di KB Mall. Namun, janji melayu tetap melayu, postpone menjadi jam 3 petang dan akhirnya jam 4 petang baru Si Tukang Driver aka Fariz aka YB tiba. Dah tiba lambat, betul-betul hadapan KB Mall tu, kereta YB rosak. Ya Allah, dugaan apakah ini? Bla bla bla, jam 5++ petang baru kami bergerak. Lebih kurang jam 6 petang kami tiba di rumah Mera Zainal aka housemate ku di Egypt yey. Winduuuu <3


Syarah & Ie
Dan dan terjumpa junior SMSS

6 petang
Sofea Nadhira yg berat & susah senyum
Jadi, ini Mera :)
Classmates Egypt di Kelantan

Salam Raya dari kami, Kelantanese & Selamat Pengantin Baru utk Kakak Mera
Last but not least, hello Azzya, wish you were there :)

Muehehe, jadi itu sahajalah perjalanan aku di Kelate. Anda bagaimana? K.