Wednesday, July 4, 2012

Virginia - Egypt

Pertama sekali aku nak cakap kepada semua bahawasanya post kali ini mungkin berunsur batak melampau.


Tanggal 31 Mei 2012 merupakan paper terakhir untuk pelajar bidang pergigian Universiti Alexandria Kumpulan 3. Usai kertas terakhir subjek Genetics, kami mengadakan perjumpaan yg tidak berapa ringkas bagi menentukan kumpulan dan makanan yg perlu dibawa pada keesokan harinya. Aku bersama Hasif, Hanif, Syida, Jiha, Tasya, dan Sara dalam Kumpulan Hijau yg dinamakan Fungi. Sejujurnya, lelaki kumpulan aku hambar nak mati wa cakap lu. Seterusnya.

Tanggal 1 Jun bersamaan hari Jumaat merupakan hari trip kami ke Private Beach Virginia, Egypt. Kita kita aje (termasuk seorang senior Pergigian Tahun 2, dua orang pelajar Farmasi dan seorang senior Medik Tahun 2) Tiada PCI, badan dakwah mana mana dijemput sama sekali namun mereka tetap datang katanya bagi memastikan keselamatan kami whatthe? Berkumpul di hadapan fakulti jam 7 pagi dan bersiap sedia ke Virgigigiginia! Perjalanan hanya mengambil masa selama satu jam atau mungkin kurang.


Le Housemates

Makanan & Beg pakaian
Sudah tiba!
Masa kat Virginia kami tumpang letak barang segala di rumah Hoda (Egyptian) Kata Hoda, ini merupakan rumah rehat dia sekeluarga waktu waktu cuti. Omai untunglah ada rumah rehat bagaikan. Kemudian, kami ke pantai untuk meneruskan aktiviti seterusnya. 





Rumah Hoda. Maksud saya, bapa Hoda.

Kami semua ke pantai dgn menaiki bas. Hal ini kerana pantai terletak dlm 300m jauhnya dari rumah singgahan kami ditambah dgn cuaca yg panas membahang. Setibanya di pantai, semua berlari bagaikan kali pertama melihat pantai (padahal dekat Alexandria hari-hari tengok pantai) Kenapa? Kerana pantai itu amat sungguh sangat cantik hoi aku pun batak cam onggile (orang gila) lari lintang pukang sambil jerit "OH CANTIKNYA CANTIKNYA! MACAM LUKISAN CANTIKNYA!" K.





Nampak kebatakan kami? K.
  


Kemudian, kami bergambar utk kenangan penutup Tahun 1. Usai sesi bergambar, kami duduk mengikut kumpulan dan acara sukaneka bermula.



Candid betul kan? Baiklah.


Acara sukaneka yg pertama merupakan Bina Istana Pasir diikuti games seterusnya dan kemudian tergendala kerana PCI datang menyibuk zzz IHECHUGAISSSS!




Semangat kami sebelum air kumbahan datang menjajah



Kumpulan Fungi (hijau) & Pisang (kuning) tewas
P/s: Gambar ketika sukaneka tidak dapat dikesan


Budak lelaki ke semayang Jumaat dan kemudian kami yg perempuan ke pantai. Asdfghjkl ini merupakan kali pertama aku mandi pantai. I mean yg fully basah, fully tenggelam lencun habis dari atas sampai bawah. OMJEH.



HEAVEN

Setelah budak lelakis pulang dari semayang Jumaat, makan tengah hari bermula diikuti acara indoor (lah sangat) Surprise birthday party untuk Syida, Didi, Syarah, Hanif. Kemudian acara campak orang dlm kolam etc. Berehat, menyanyi dan bersantai. Acara penutup mengumumkan pemenang. Pulang.


Belated birthday korang berempat!




Acara penutup bermula dan pemenang diumumkan. Anugerah diberikan kepada mereka yg menang undian dan pemenang kumpulan juga disertakan. Kemudian, kami pulang dan tiba di hadapan fakulti pada malam hari.

Inilah kumpulan yg menang nombor satu dari belakang yey

Sebenarnya nak cerita detail detail lagi pasal majlis penutup tp mcm dah malas dah sbb ps ini terlalu panjang dan saya sudah tangan kejang. Bye.




P/s: Pos tentang hari-hari di Medan tidak dapat diceritakan memandangkan gambar kesemuanya di dlm iPad dan leceh nak transfer sync bagai jd terus ke pos tentang Ahad lepas. Bye!