Sunday, July 15, 2012

Universal Studio Singapore 2012

Sesungguhnya, cuti kali ini memang betul-betul bercuti.

Selepas pulang dari Medan beberapa minggu yg lepas, aku dan keluarga ke Singapura pula. Kami bertolak pada hari Jumaat, 6 Julai jam 11.00 pagi dari rumah. Singgah makan di Wati Corner, Nilai (masakan Negeri Sembilan yg paling ohsem di dunia) dan meneruskan perjalanan ke Hotel Pan Pacific Johor Bharu. Kak Long sekeluarga tiba jam 9 malam (tambah tolak) dan bertemu di Restoran My Friend, Senai. Usai makan, kami (kecuali Papa Mama Adik) ke Pasar Karat yg berdekatan dgn hotel sementara menunggu ketibaan Kak Cik sekeluarga. Bla bla bla...

Erin: "Aunty Ya, duduk (cangkung) Yin nak duduk atas paha"
Saya merupakan kerusi Erin
Erin dan mainan-tulis-tulis-baru beliau
3 1/2 years old child and can write things, quite impressive ya know
Erin was writing Tokpa's name while waiting for Kak Cik sekeluarga

Tetiba dah esok, 7 Julai. Oh selamat hari lahir Abang Anwar! Dan dan dan selamat ulangtahun perkahwinan buat Kak Cik & Abang Rin (Zane's parents) Jadi, bermulalah perjalanan kami ke Singapura pura.

Seawal jam 6 pagi (sebenarnya dah lambat satu jam) kami bangun, kononnya nak kejar bas jam 6.45 pagi namun kerana kelewatan bangun, kami bersiap-siap dgn pantas untuk kejar bas jam 7.45 pagi. Berbekalkan sarapan pagi karipap kentang, kami naik bas jam 7.45 pagi (tiada kaitan karipap dgn bas yg kami naiki zzz) dan bergerak ke Singapura. Papa mengambil keputusan untuk menaiki bas kerana lebih mudah dan menjimatkan kos berbanding menaiki kereta (duit tol, sesat jalan, jammed) 
AMARAN: MOHON BERSABAR DGN IMIGRESEN SINGAPURA YG SGT ASDFGHJKL LEMBAB!


Berjalan dari hotel ke stesen bas dlm 200m
Gaya bebas bersama bas (candid semata)

Setelah mengharungi jammed yg super amat di imigresen, setelah bas berpusingan satu Singapura maka kami pun tiba di USS. Sangat amat sungguh ramai manusia! Seperti Perhimpunan Bersih aku lihat zzz kenapa mesti Perhimpunan Bersih. 
AMARAN: SALING PEGANG TANGAN KERANA ANDA BOLEH HILANG! (Kak Cik hilang, walaupun bukan budak-budak)
AMARAN II: BOOK TIKET ONLINE BEBERAPA HARI SEBELUM ATAU ANDA HANYA DPT MERASA KEGIRANGANNYA HANYA DARI LUAR PAGAR.


Cepat cakap ramai ke tak?!

Captured
Jangan lupa print tiket yg telah di-book online
Senang cerita, jangan datang weekend
Hello Kak Dik!

Maka bermulalah perjalanan kami dalam dunia Universal Studio Singapore. Kami mengambil keputusan untuk membeli Express Ticket bagi memudahkan kami bermain, tak perlu nak beratur panjang-panjang asdfghjkl sampai 110 minit waiting hour kogile? Dalam masa hampir dua jam tu, macam-macam tau boleh buat. Kami bermula dengan Madagascar kemudian Far Far Away (sila belok kiri pada cabang pertama)

Nampak tak kapal besar dalam tu? Itu kononnya kapal dlm Madagascar
Game pertama yg agak bosan. Sesuai untuk kanak-kanak.

Aku pun naik jugak, tak sedar diri dah tua bangka
Puss In Boots' cat

Baru beberapa game naik, tetiba hujan renyai-renyai dan beberapa minit kemudian menjadi lebat. Namun ada sesetengah permainan yg dlm bangunan boleh dimain. Kami meneruskan perjalanan ke kawasan Jurassic Park pula.


Nampak idok Dinasor belakang itu?
Rasa nak terbang? Silakan!
Kelebihan Express Ticket terus ke depan
Padahal dah tua bangka....
Bolehla berkenalan dgn dinasor
Boleh tahan basah game di atas

Kawasan luar Lost World
Sebelum show bermula

Nampak real tau lakonan mereka


Kemudian, kami ke kawasan Ancient Egypt. Kat kawasan ini ada satu roller coaster high speed (dalam bangunan) yg sangat-paling-amat awesome selepas roller coaster warna biru (Cyclon)


Dalam bangunan itulah roller coaster tersebut

Simbol Egypt lah konon
Kami juga singgah makan tengah hari di Oasis Cafe 
More to Egyptians' foods like Nasi Beryani Tandoori etc

Lantas kami ke kawasan New York. Ze most beautiful. Dengan 3 permainan yg super awesome I tell yah! Roller coaster merah (Galactica), roller coaster biru (Cylon) & roller coaster 3D (Transformers) A MUST RIDE GAMES! MESTI NAIK MESTI MESTI MESTI!! (Nampak tak betapa mesti naiknya?)


Rasa mcm nak berlanggar phew
Ini Cyclon, lebih best drpd Galactica
Muka senyum padahal cover nervous
Zane main kat bawah aje okeh, belum cukup tinggi
Transformers!
Aku tak naik sbb bendaalah ni pusing-pusing, dah cukup pening dah
New York scene, ada banyak lagi 
Siblings except Kak Dik
Street Show
Satu lagi so-called-show

Dan terakhir merupakan kawasan Hollywood (Pintu masuk sebenarnya jadi semestinya lalu dua kali) 


Tiada motif
Over nyah
Kemain seluar pink tu
Sebelum keluar
Sebelum pulang

Kemudian kami pun pulang ke hotel dan keesokan harinya kami ke Johor Premium Outlet sebelum pulang ke KL. Maka Efnadia pun dapatlah purse baru ngeh ngeh ngeh sekian.

Bajet untuk ke USS (Tidak termasuk tambang minyak dari KL ke JB, tidak termasuk hotel penginapan, souvenirs)
Tambang bas dari Johor ke USS, RM 5. Tiket USS, SGD 74 (RM 185) (Bergantung pada mata wang ketika beli) Tiket ekspress USS, SGD 50 (RM 125) Makan tengah hari dlm USS, SGD 15 (RM 38) (Tidak termasuk minuman) Tiket bas pulang SGD 5 (RM 13) etc. Pepandai congak dan bajet sendiri, sekian :D


P/s: Gambar sedikit blur berikutan download dari Facebook bagi mempercepatkan proses upload. Lebih banyak gambar di Facebook saya. Asdfghjkl bajet retis. Bye.