Sunday, July 15, 2012

Sepupu sepapat dan pendapat

Hari itu hari Jumaat. Hari kami-kami, cucu dara Atok Adah (kecuali Mama miah!) berjumpa di One Utama lebih kurang mcm reunion lah ni sebab saya (perasan sendiri) Nana baru balik dari Egypt dan Amni baru pulang dari Korea. Ini kekonon mcm perjumpaan-sebelum-raya. Ecewah padahal aku yang reka sendiri.

Niatnya kami nak makan di Seoul Garden namun oleh sebab Mama tak makan makanan-makanan yg ke-Korea-an itu lantas kami mengambil keputusan untuk makan di Delicious. Maka kami pun order dan makanlah dan bergambar untuk dimasukkan dalam Instagram dan berborak-borak bagi mengisi Jumaat yg lapang.


Gambar Mama telah di-crop. Jahak sekali Am!
Kiri: Gambar di-crop. Kanan: Peng-crop gambar
Jemput makan


Gambar curi di Instagram. Sekian.

Lantas, terbuka topik tentang kahwin awal yg dikempen secara besar-besaran di UIA (Besaran ke?) Aku lattew yg buka topik tu. Niatnya nak tanya salah seorang sepupu aku yg belajar di UIA tu, tetiba telah menjadi perbualan yg serius pula oleh kaum-kaum tua (Mama & Ajah) Mama adalah orang yg paling membantah sekali, begitu juga Ajah (Ajah nampak seperti berpengalaman sekali ye)

Kahwin waktu belajar dgn tiada mata pencarian etc etc. Kahwin ramai-ramai, nnt cerai pun beramai-ramai? Tajam sekali ayat itu. Mungkin niat baik untuk mengelakkan maksiat berleluasa, anak luar nikah etc tetapi haruslah difikir jauh-jauh tentang kewangan, pelajaran, kehidupan, lepas tu nnt beranak-pinak tp belum bekerja? Okeh terpulang, lain orang lain pendapat.

Ye, Efnadia tidak bersetuju walaupun suatu masa dahulu Efnadia merupakan orang yg paling suka bercakap tentang perkahwinan. Kain baju pun malas nak lipat, bilik pun bersepah, diri pun tak terurus, memang tidak layak. Haruslah dipentingkan belajaran itu dahulu, haruslah mengejar cita-cita nombor satu. InsyaAllah.

Aku rasa aku sangat serius. Ehem.
Maka dengan ini pesanan untuk bakal suami; Kita belajar habis dulu, jangan nak gatal sgt okeh?




Persoalannya sekarang, Efnadia bila nak mula pergi usrah? (Tiada kaitan dgn tajuk)