Wednesday, July 11, 2012

Hello Julai

10 Jun 2012 - Dating bersama Lynda sayang.
22 Jun 2012 - Dating bersama Dzul Farid dan Beey Bee baru.
30 Jun 2012 - Dating bersama Atoy sep sep sepet.

P/s: 11 hari terlambat (Sila maafkan saya atas kemalasan yg super amat)

Larian MCS Fun Run. Dirancang bersama rerakan UM yg lain tp atas sebab munasabab yg reasonable seperti "6.30 pagi kena keluar? Takut tak bangunlah Nadia" "Awal bebeno 6.30 pagi kena keluar, takde transport lah Nadia" Bla bla jadi akhirnya aku dan kawan-dunia-akhirat (kemain kau) inilah yg menyertai larian sambil beramal orang kata, siapa lagi kalau bukan Abang Jojol kita.

Pukul 5.30 pagi lagi Dzul dah call aku untuk cek dah bangun atau belum. Beliau tidur di SMSS pada malam sebelumnya bagi memudahkan untuk ambil aku pada pagi buta yg amat buta. Tapi tak tahulah apa sebab pukul 6.30 pagi masih belum tiba di rumah lagi. Dahla nak ke Stadium Kelana Jaya taktau jalan tapi budak ni nak memain datang lambat maka berlakulah aktiviti sesat barat kami. Larian patut bermula jam 7.30 pagi tetapi kami tiba jam 7.45 pagi. Maka kami terlepas dlm acara kami 5 KM dan masuk acara 3 KM yg dilepaskan jam 8.00 pagi. SABO JELA PEAH.

Gambar sepatutnya banyak tapi... Tanya Dzul.


Jemah & Peah
Lihatlah mata saya
It's been a long time since the last time I got a medal

Nasib baik dapat lari jugak, kalau tak... Selamat tinggal Dzul, selamat tinggal *melambai*

Kemudian, kami bergerak ke Sunway Pyramid untuk bertemu kengkawan UM. Tiba seawal jam 11 pagi, jumpa Wendy di Papparich, makan tengah hari dan mula ber-ice skate! Zzzzz I don't really like ice skating, to be honest nasib baik ada Dzul dan Anwar yg sangat tabah mengajar. Tambahan, kaki tak cukup kuat untuk memakai kasut sekeras batu itu.
AMARAN: KEPADA MEREKA YG MASIH BERTATIH BER-ICE SKATE, SILA JGN DATANG WEEKEND.


Mereka mereka yg dikasihi ecewah

Wawa Dydy Lala
Anwar Si Jurukamera

Setelah beberapa round ber-ice skate, aku mengambil keputusan untuk stop dan membiarkan guru-guru ice skate aku berkeliaran sendiri. Kesian diaorang. Tetiba, sedang aku duduk-duduk bersantai di tempat rehat, Gori BBM tanya dekat mana etc. Oh Gogogori dan Hahaha *semput kejap* ry datang! Lepak dengan depa di Cinnabon dan bergossip dan ber-Jemah-Peah-Joyah. Pulang seawal jam 4.30 petang. Oh alhamdulillah.


I thank Allah for giving me such a wonderful friends. Love them, no lie :)





P/s: Unsettled Issue remains unsettled.