Tuesday, July 17, 2012

20 Dan Diberkati

Alhamdulillah, dua dekad sudah umur aku. Fuyoh fuyoh, digit pertama bukan lagi nombor SATU, semua telah bertukar ke nombor DUA. Perbezaan yg nyata lagi ketara. Perasaan yang bercampur baur, dalam gembira dan curiga. Gembira kerana.. Dah tua (?) dan curiga kerana.. Biar betul dah tua (?)

Alkisahnya pada suatu hari, aku tweet

Can I have Rainbow Cake for my birthday?

[Gambar Rainbow Cake]
So tempting

[Gambar Rainbow Cake #2]
Or maybe this




Namun, tidak aku sangka akan ada sesiapa nak buat apa-apa. Jadi semalam (malam 16 Julai) Kakak & Mama ajak pergi Bangi. Aku banyak kali tanya (tanpa fikir apa-apa yg berkaitan dgn umur aku yg hampir menjadi 20 itu) "Nak pergi mana ni? Tak faham lah" Mama pun jawab "Kakak nak cuba kawan dia buat kuih raya, dia beli online. Nak pergi ambikla ni" Aku pun taktau kenapa aku asdfghjkl super lampi, sedikit pun tak terdetik jadi aku pecaya bulat bulat seperti bulatnya bola tanpa banyak bertanya (BOLA BULAT? K) INI SERIUS! Lantas kami tiba di rumah yg hendak ditujui dan Kakak turun mengambil KUIH RAYA tersebut.

Usai Kakak ambil dan masuk semula ke dalam kereta,

Mama tanya

"Apa yg lama sangatnya Kak?"

Dan jawapan Kakak

"Nak tunggu duit baki, nak tunggu lilin"

Dan aku sepantas kilat (spontan)

"Hah, lilin apa?"


Tet, maka kantuilah di situ bahawasanya ada sesuatu untuk aku (super perasan) ngah ngah ngah. Boleh tahan lampi Efnadia pada mulanya, sekian.

Ini merupakan KUIH RAYA tersebut
P/s: Diambil dari Instagram dan telah di-edit.
From Papa & From Mama

Nothing else I can say. Thank you Allah for giving me such a wonderful & thoughtful family & friends. Alhamdulillah Ya Allah.


P/s: Tonight, I can't wait.