Thursday, May 3, 2012

7 Fakta Menarik Tentang Mama

INI MAMA SAYA

# 1  Mama pencinta nombor 5. Lahir pun 1 haribulan 5 tahun 55. Empat nombor terakhir IC Mama pun 55**.

# 2  Mama garang tapi penyayang. Hah, ibu siapa tak penyayang? Dan Mama saya sporting dan cool.

# 3  Mama pencinta tegar buah durian. Kalau musim durian, dupluhpatjam rumah akan berbau durian. Kalau dalam perjalanan balik kampung, pasti berhenti makan durian. Nasib baik Papa juga pencinta durian. Kebetulan. Cho chweet.

# 4  Mama juga pencinta kucing. Sungguh ini benar. Setiap kereta di rumah akan mempunyai sebungkus plastik berisi makanan kucing. Setiap kali nampak kucing di tepi jalan, pasti Mama akan bagi makan. Tambahan, bahagian belakang rumah juga dah jadi seperti Hotel Kucing dgn dua sangkar kucing empat tingkat. Oh Mama! Sebab tu kot orang panggil aku muka kucing? K tiada kaitan.

# 5  Mama sangat pembersih, sangat sungguh amat pembersih. Hari-hari duduk rumah sapu sampah, lap segala habuk (walaupun hakikatnya tiada habuk) di perabot meja kerusi segala. Orang akan kata "Yela, mak kau tak kerja memanglah" Tapi bagitau saya, suri rumah mana yang sapu rumah HARI-HARI? Maid Kakak saya pun tak buat walaupun dibayar. K. Malangnya, saya tidak mewarisi sifat-terlalu-pembersih Mama lantas saya selalu dimarah Mama akibat bilik bersepah. Sobbss.

# 6  Mama juga bukan kitchen woman. Kata Mama " Mama tak suka memasak sebab Mama tak suka nanti tengok dapur berselerak. Rimas mata " Sekarang terbukti sifat-terlalu-pembersih Mama saya? Nasib baik Papa juga jenis makan luar, jenis suka explore makanan makanan baru yg sedap. Sedang elok.

# 7  Mama sangat gemar membaca blog blog berunsur politik. Mama JOHOR SEJATI. Mama juga pengulas terhebat isu politik di surat khabar. Bukti? Datang rumah saya dan baca surat khabar yg dilanggan setiap hari. Terdapat banyak tulisan menggunakan pen merah. Ops!


Kesimpulannya, Mama saya sangat awesome dan the bomb!



Atotototo <3

Happy (2012 - 1955) years old Mama!
Age is just a number, don't worry Ma
Stay young & beautiful
<3





P/s: I should stop counting days and focus more for the upcoming final examination.