Thursday, March 29, 2012

Zara Ixora I

Kelam kabut habis. Hujung Februari memang hujung betul baru pergi tengok rumah, baru sibuk kelam kabut segala. Nasib baik Februari 2012 ada satu hari tambah (macam lah memberi kesan sangat) Kisahnya, tanggal 27 Februari tetiba ada senior Unit Perumahan PCI telefon “kitaorang ada 3 buah rumah nak tunjuk. Bila korang free?” OH OH OH ALHAMDULILLAH. Dipendekkan cerita, esoknya jugak kami tengok rumah dan jatuh hati dengan rumah ini. Tepat tarikh 1 Mac 2012, sah menjadi ahli tetap rumah yang kami namakan “Zara Ixora”

Terima kasih banyak banyak diucapkan kepada semua yg membantu. Aku tak rasa penat sangat memandangkan bukan aku yang angkat barang ke tingkat 5 tanpa lif dan hanya menggunakan tangga. Terima kasih semua yang membantu! Kredit untuk Mimi, Pupu, Khairil, Zafri, Hasif, Luqman.

Pindah rumah baru tidak seseronok dan sesenang yang disangka, campur nak kena deal dengan those annoying-procrastinate-to-the-max-Egyptians really made me.. Ergh taknak cakap. Seteruk teruk aku punya tangguh kerja, sejuta bilion kali lagi bagus drpd depa punya. Phew... Mesin basuh dan heater air selamat dipasang. Penyangkut dan cemin selamat sampai. Katil dan almari tiba. Dapur dan peti ais pula. Apa lagi? Oh, wifi. Setelah 3 minggu... Alhamdulillah. Terima kasih bebanyak banyak utk Ustaz Muhammad. Hidup Kopi Ustaz!



Nama rumah segala ni kerja Mera
Pengaruh Running Man I
Singgah ber-jus sebentar
Pengaruh Running Man II
Barang-barang

Sebelum ber-katil, sedih sekali ye kawan kawan
Forever dark-red-color lover
Semangat kemain, ini kerja Azya huahua





Gambar terakhir hanyalah gambar hiasan. Kbye.
Akan bersambung..


P/s: TE Data, please be nice.