Thursday, February 9, 2012

Winter Break Part 1

*Regang regang jari dan segala urat yang dah bersimpul dek kerana kemalasan jari menari di atas papan kunci laptop ini. Yaaaaah!

Cuti bermula! 14 hari ini akan digunakan sebaiknya, sepenuh masa akan diisi dengan perkara perkara yang berfaedah. Errr maksud aku, aktiviti aktiviti yang berguna ( Baca ; selain tidur )

2 Februari 2012
Peperiksaan tamat. Pulang ke rumah secepat mungkin kerana rumah terkunci dari dalam, hew hew.

3 Februari 2012
Hari pertama cuti. I bangun awal youolls, sila tepuk tangan bangga. Cuti cuti ni nak bangun awal bukanlah satu perkara yg mudah. Mungkin ke-excited-an One Day Day begitu terserlah. Ngehehe. Jam 10 pagi, perjumpaan bersama Team Sinai Explorer 2012 di Teratak PCI, kemudian ke Ibrahimiah untuk mencari barang keperluan hiking dan ke Rosemarino untuk Chocolate Flute Cake. Jalan secepat mungkin kerana.. Hey, kita ada date tau.

Jam 2 petang selepas ber-movie..


Happy belated birthday, Hanafi Iskandar :)

Print screen aku buat tahi dan aku sedikit kecewa selepas itu. Jadi, ini gambar daripada pihak sebelah sana. KECEWA MASIH TAK HILANG. Ah, move on. Next.

Pada hari yang sama, jam 6.30 petang aku keluar rumah. Sinai Explorer 2012 bermula! Menuju ke bangunan MARA bersama winter coat tebal serius buat aku dipandang pelik oleh kaum Egypt semua. Jam 8 malam, bas bertolak. Itu diaaaaaaaa, the journey begin!

Depan bangunan Mara sebelum bertolak

Barangsiapa yg nak duduk dgn aku dalam bas, beliau haruslah mengalah sbb aku suka duduk tepi tigkap

Kemudian, singgah di Cairo untuk ambil budak-budak dari Rumah Johor. Sebelum tiba di Sinai, kami ke beberapa tempat terlebih dahulu. Seperti Masjid di Terusan Suez, Laut Merah; Sempadan 4 negara, Kubu Sultan Salahudin, Sempadan Jordan, Mata Air Nabi Musa something, dan akhirnya Sinai. 

Semalaman tidur dalam bas serius tak awesome. Tidur, terjaga, tidur balik, terjaga semula. Sampai satu point, aku terjaga dan tak dapat tidur semula. Pfft, terlebih tidur barangkali. Pandang kanan pandang kiri, yg kelihatan hanyalah padang pasir yg kosong luas terbentang. Pandang langit, oh awesome! Bintang yg sangat banyak! Oh man, duduk Egypt tak pandang langit. Bulan hampir purnama, aku teruja. Subhanallah :')

Padang pasir much? Inilah pemandangan sepanjang perjalanan. Bow-san.

Nampak atas bukit nun? Itulah Kubu Sultan Salahudin.

Depan Tugu-Taktau-Nama sempena penyerahan kawasan ke Egypt


Laut Merah; Sempadan Egypt - Jordan - Arab Saudi - Palastin

Bla bla bla.. Akhirnya, tiba di Sinai. Yeyerz! Kami menetap di.. Ok kami tidur di Puncak Jabal Musa cuma segala beg dan pakaian ditinggalkan di dalam bilik di Fox Camp. Suhu sangat sejuk, sumpah. 

Selamat Datang ke Sinai

Pre-hiking ke Mata Air Nabi Musa

Pada malamnya, sedikit briefing diberikan. Kemudian, masa untuk mendaki Jabal Musa! Baju setebal 5 helai dipakai kerana suhu di Puncak Jabal Musa teramatlah sejuk bak kata mereka yg berpengalaman. Lebih kurang jam 12 malam, kami bergerak ke kaki gunung dan jam 12.30 malam kami mula mendaki. Eh, sumpah penat Ya Allah hai! Dalam lebih kurang jam 4.20 pagi, aku tiba di puncak gunung. Kesejukan yg teramat amat amat lah sangat. Badan separuh beku. Sewa selimut dan tilam nipis untuk dibuat alas tidur sementara tunggu subuh masuk. Tapi.. Weh, sejuk gila kot siapa dapat tidur? 

Manusia ni tidur berdengkur :3

Sunrise bebeh :')

5 Februari 2012
Lepas bergambar apa semua, kami turun semula ke Fox Camp. Dem, nak turun lagi susah drpd naik ok everyone. Serius merius. Sakit segala joint joint tulang, hujung kaki segala. Ini serius. Turun makan masa dlm 2 jam 30 minit dan sumpah tidak awesome.


Curam ok. Ingat senang ke? Bagi sejuta pun aku takkan naik dah!

Selamat Tinggal Sinai :)


Ya'a'aaaaaw Bro! We're now in Dahab, the virgin island bak kata Miss Riham. Aku taktau nak cerita apa sbb sepanjang perjalanan, aku tidur je. Weh penat weh. Sampai sampai je dah dapat tau dah ada dekat Dahab. Hew hew tidur mati. Jadi, apa yg ada di Dahab? Eating and shopping time!

Beautiful Dahab <3

Mixed Seafood, all time favourite nyuuum!

The virgin island 

6 Februari 2012
Let's have some fun! So so so, outdoor time. Kami yg perempuan tak pergi snorkeling sbb leceh nak tukar baju apa semua kan, plus rushing nak check out semua kan. Jadi, kami hanya menyertai ATV sahaja. 70 genih sekepala, best!

Kami naik berdua

Padang pasir all the time

Gambar selebihnya sila tunggu di Peshbuk ye kekawan. Post seterusnya berkenaan trip ke Africano Park pula, kemudian nanti turun Cairo insyaAllah. Apa-apa pun, selamat bercuti untuk semua yg masih bercuti! Dan, selamat belajar kepada mereka yg dah sambung Semester 2 hihi. Kbye!


P/s : Being happy all the time. Life is short bebeh :)