Thursday, January 5, 2012

4 Januari 2012

Wahai sahabat,
Terima kasih kerana menjadi seorang sahabat yang sangat baik hati sejak di bangku sekolah lagi. Lari ke dewan bersama, menjadi tempat tumpahnya air mata dan cerita cerita duka. Terima kasih menjadi rakan sebelajar di kala asasi yang sangat tensi jerawat naik sana sini. Terima kasih menjadi pemandu Saga membawa ke sana sini, bayaran minyak sesuka hati janji bagi. Terima kasih kerana masih menerima diri ini menjadi sahabat walaupun berjuta kali disakit hati. Terima kasih, berjuta terima kasih.


Malaysia - Alexandria. Skype, connecting you always. Eh?


Semoga tetap menjadi Dzul yang skema dan nerd sebab aku rasa, aku tak dapat terima kalau kau jadi budak jahat. Kehkeh. Selamat berdua puluh tahun! Selamat berpuluhan tahun. Selamat selamat selamat tua Bro! Dan all the best Final Exams, 4 ratatatatata.

Aku mengalah.