Wednesday, December 7, 2011

Selamanya Exam

Tanggal 1 Disember yang lalu, aku berjaya menduduki Kertas Peperiksaan Pertengahan Semester yang terakhir ; Dental Anatomy. Meh aku bagitau korang semua bahawasanya Peperiksaan Pertengahan Semester telah bermula pada awal bulan November dulu lagi. Seronok bukan? Midsem Exam saya makan masa selama sebulan.  Dalam sebulan belajar-untuk-exam. Oh secara jujur bagitau, belajar-untuk-exam tak sama langsung macam belajar-untuk-ulangkaji. Sekian.

Maka memandangkan hampir sebulan menjalinkan hubungan asmara secara serius dengan buku ; ke katil bersama buku, memasak bersama buku, menonton gambar juga bersama buku. Terasa diri betol betol dihargai, senantiasa ditemani dan menemani. Maka tanggal 1 Disember yang lepas, aku mengambil keputusan untuk hidup-sehari-tanpa-buku.

Habis kelas jam 2, pergi bank keluar duit. Ggggr poket tebal poket tebal. Niatnya nak pulang ke rumah terus tapi..

Kata aku
"Mera.. Kita balik rumah terus eh lepasni?"

Balas Mera
"Yela kot, kenapa?"

Aku terdiam lantas menjawab
"Jom jalan jalan nak?"

Mera memotong
"Jom jom jom kita pergi Mansyia lah nak tak?"

Rupanya Mera mempunyai hasrat yang terpendam namun mungkin beliau berasa takut untuk meluahkan. Bla bla bla, tunggu tram ke Mansyia hampir setengah jam dan kami mengambil keputusan untuk membatalkan niat ke Mansyia dan ke Mahatet El Raml menikmati aiskrim sedap dan falafel. Yuhuuu!


Selekeh. Takpe, Minah Arab lagi selekeh

Meet Mera, one of my housemates

Gggr Tahina and Falafel, the best combination

Awesome sekali makan berdua sahaja, tiada yang mengganggu. Makan banyak dan murah. Happy girl, happy girl :) pulang ke rumah dan malam tido awal. Betol betol gaya macam dah habis Final Exam khr khr khr.

Lepastu, semalam tanggal 6 Disember kami ke City Centre pulak. Alasan ; takde nak shopping apa pun, just nak release tension. Yes, memang pergi untuk jalan jalan dan makan, sahaja. Seronok kan? Makan itu satu nikmat, cuma tak berapa nak nikmat bila makanan mahal mahal semua. Tsk tsk.

Imarah Zainab - mate

Ha City Centre ada ni tau, Mid Valley ada?

Lepastu terjumpa geng satu lagi pulak, our classmates. Duduk semeja makan makan dan borak pasal cinta. Gah aku terdiam kata kata. Aku.. Bukan lagi seorang yang pakar bab cinta. Dan, aku kena ni dari Izham tepat dia cakap secara kerasnya mata ke mata aku ;

"Teori aku, long distance relationship IS A BULLSHIT! Aku rasa tak fair bla bla bla"

Aku tak dengar apa yang dia cakap dah sebab otak aku sibuk duk pikir pasal link yang Syud kasi aku. Sila klik SINI. Kemain je tetiba dah masuk perihal cinta, dah dah. Bla bla bla, the end. Harini, tetiba dapat tau bahawasanya Isnin minggu depan ada kuiz Kimia, MIDSEM EXAM DENTAL TERM. Midsem tak habis lagi rupanya, pffft. Payah exam takde jadual ni, sesuka hati je bila nak buat exam. Maka dengan ini diisytiharkan bahawasanya aku dan rakan rakan dentist yang lain tittle ForeverExam kepada kami, sekian terima kasih -.-'

You know you're not a shopaholic when you have LE 600 in your pocket and you see a beautiful handbag for LE 117 but you can stop yourself from buying that handbag because it's not necessary. I am so proud of myself :)

Maka dengan ini, silalah wish GOOD LUCK sebanyak banyak luck untuk saya, amin.


P/s : Aku dah letak jawatan daripada menjadi stalker. Need rest. Full rest.