Saturday, December 10, 2011

Politik?

BRAVO BRAVO! Ep nak cakap pasal politik harini, tepuk tangan semua. DUH. No no, harap maklum bahawasanya aku baru sahaja unfollow seorang Hamba Allah di Twitter sebab aku rasa rimas asyik asyik duk cakap pasal politik. Sorry Brother, I don't really like to read about political issues. Err I'm still 19, and I'm not interested. NOT REALLY.

Kat sini aku nak tegaskan bahawasanya aku bukan menyokong mana mana parti atau pihak atau segala jenis kumpulan yang berunsurkan politik. TIDAK SAMA SEKALI. Ada penegasan di situ. Aku merupakan remaja yang berumur 19 tahun, yang masih berfikiran kanak-kanak apabila melibatkan politik.

Mama saya anak sejati Johor dan Papa saya anak sejati Kelantan. Dapat tangkap maksud di situ? Jangan tanya aku akan ikut yang mana. Pertama, undi adalah rahsia. Kedua, aku sebenarnya.. Taktau apa-apa -.-' Housemate aku 4 orang. Sorang Kelantan, sorang Terengganu, dan sorang Penang. Masing-masing ada cara sendiri dan aku yakin, masing-masing ada pendapat sendiri tentang politik. Err.. Taknak ambik tau.



Video atas ni sorang housemate aku suruh tengok. Aku terasa nak share. Bukan nak cakap pasal isu politik, bukan langsung. Ada benda lain yang aku sedar. Renung-renungkan, dan selamat menonton.


P/s : Bakal suami, kita taknak main politik kuat sangat ok? Cool cool je.