Friday, December 30, 2011

Forever Papa's Girl

Tahun millenium. Tahun dua ribu atau dalam tulisan nombor, tahun 2000. Tahun aku sekeluarga pindah ke BTHO dari Taman Murni, yang penting dalam Cheras. Yea, anak Cheras sejati sejak azali. Nak dijadikan cerita..

Pada suatu malam usai makan malam, Papa sedang berehat rehat di ruang tamu bawah walhal aku dan Kakak sedang khusyuk menonton cerita di Televisyen layan hindustan. Ah, dulu mana ada internet bagai. Apa itu Friendster? Kejap. Apa itu Internet Explorer? Sungguh. Tetiba, bergema suara dari bawah ;

Papa "Kakak, Ya, turun sini sekejap"
Aku kemalasan, layan hindustan "Kenapa Pa?"
Papa "Turun sini dulu. Papa potong wayar TV tu nanti"


Ye. Papa dulu memang garang.

Aku dan Kakak turun sambil bertolakan siapa depan siapa belakang. Dalam otak aku, markah exam dah sampai rumah ke? Ni nak kena marah ke? Tet, kantoi di situ. Setelah duduk, Papa keluarkan dua buah kotak kecil dan bagi sorang sebuah kepada aku dan Kakak.

"Satu untuk Kakak, satu untuk Ya" 

Seutas jam Elle bertali biru, permukaan dalam jam berwarna putih, berjarum jam dan minit berbentuk sebatang pensil. Cantik.

"Jaga elok-elok, amanah. Papa nak Kakak, Ya pakai pergi mana mana, belajar tengok jam. Punctual, jangan lambat"
Macam tentera kan Papa? Ye.

************



Di hari yang lain, sedang bersiap ke Leisure Mall. Dalam 5 minit menuju ke LM..

Papa sambil drive "Kakak, Ya, jam pakai tak? Mana jam?"
Kakak dengan bangganya tunjuk
Aku terdiam. Alamak, tertinggal, habis.

Papa "Ya, jam mana?"
"Tertinggal" jawab aku sepatah
...
Kereta diberhentikan di tepi jalan, U-turn dan patah balik ke rumah. Ye, Papa buat itu. Dan sepanjang perjalanan ke rumah, aku dimarah. Aku redha, terima sahaja.

"Ya selalu macam ni, careless! Dot dot dot. Pergi ambik jam cepat!"

Sejak itu, jam dah jadi sebahagian anggota badan aku. Kalau tak pakai, aku rasa tangan aku ni berbogel, rasa macam.. Tak lengkap. Itulah yang Papa didik saya dan ye, saya bangga.




HAPPY BIRTHDAY PAPA
Forever My Hero
30 Disember 2012

PapaYa <3
Papa used to call me PapaYa since I was in primary school, to wake me up every morning and to persuade me to go to school. Lazy daughter, yes.



With loves,
Your far far away favorite daughter.