Tuesday, December 6, 2011

Cemburu Bermata

Mengikut Google, definisi cemburu merupakan iri hati, mengesyaki, mencurigai, kurang percaya atau syak wasangka, hati-hati atau berjaga-jaga. Eh? Takde kena mengena pun dengan entri kali ini :3

Kejap, cemburu sama kan dengan jealous? Erk okay taktau tapi yang aku tau, aku memang sedang dilanda ke-jealous-an yang melampau. Ini lagi teruk drpd melihat orang yang tersayang bersama orang lain, lebih teruk drpd melihat orang yang kita rapat mendapat pengganti, lebih teruk dan sangat teruk. Sobs.

Rasa nak conteng lagi banyak. Geram sungguh!

Ah, meeting bagai. Meriah betol, tsk tsk

Selama aku 19 tahun hidup, tak pernah pernah tau family aku belah Serom nak buat Family Reunion bagai. Lepas habis SPM aku cuti lama.. Eh PLKN. Ok. Lepas habis PASUM, 5 6 bulan aku buat lemak kat rumah, takde pun nak reunion parti bagai. Ha ni nak marah ni. Benci sekali. Ah, benci beribu kali.


Walaupun hakikatnya aku memang TIDAK AKAN dapat pergi, aku tetap click 'MAYBE' mana tau kalau kalau tetiba dapat pergi? Dalam mimpi. Sedih. Haleina - Mansoura, Apies - Offshore sini sana. Arni Musa? Itu taktau kenapa. Ah sekurangnya tak menipu diri sendiri seperti Amni Musa - Korea, kemain klik 'GOING' amboi Am.

Ha siapa lagi nak buat reunion? Revival? Family belah Papa pulak? Menyampah.


P/s : Selama 19 tahun aku hidup, tak pernah juga Kajang banjir. Dunia dunia.