Friday, December 30, 2011

Forever Papa's Girl

Tahun millenium. Tahun dua ribu atau dalam tulisan nombor, tahun 2000. Tahun aku sekeluarga pindah ke BTHO dari Taman Murni, yang penting dalam Cheras. Yea, anak Cheras sejati sejak azali. Nak dijadikan cerita..

Pada suatu malam usai makan malam, Papa sedang berehat rehat di ruang tamu bawah walhal aku dan Kakak sedang khusyuk menonton cerita di Televisyen layan hindustan. Ah, dulu mana ada internet bagai. Apa itu Friendster? Kejap. Apa itu Internet Explorer? Sungguh. Tetiba, bergema suara dari bawah ;

Papa "Kakak, Ya, turun sini sekejap"
Aku kemalasan, layan hindustan "Kenapa Pa?"
Papa "Turun sini dulu. Papa potong wayar TV tu nanti"


Ye. Papa dulu memang garang.

Aku dan Kakak turun sambil bertolakan siapa depan siapa belakang. Dalam otak aku, markah exam dah sampai rumah ke? Ni nak kena marah ke? Tet, kantoi di situ. Setelah duduk, Papa keluarkan dua buah kotak kecil dan bagi sorang sebuah kepada aku dan Kakak.

"Satu untuk Kakak, satu untuk Ya" 

Seutas jam Elle bertali biru, permukaan dalam jam berwarna putih, berjarum jam dan minit berbentuk sebatang pensil. Cantik.

"Jaga elok-elok, amanah. Papa nak Kakak, Ya pakai pergi mana mana, belajar tengok jam. Punctual, jangan lambat"
Macam tentera kan Papa? Ye.

************



Di hari yang lain, sedang bersiap ke Leisure Mall. Dalam 5 minit menuju ke LM..

Papa sambil drive "Kakak, Ya, jam pakai tak? Mana jam?"
Kakak dengan bangganya tunjuk
Aku terdiam. Alamak, tertinggal, habis.

Papa "Ya, jam mana?"
"Tertinggal" jawab aku sepatah
...
Kereta diberhentikan di tepi jalan, U-turn dan patah balik ke rumah. Ye, Papa buat itu. Dan sepanjang perjalanan ke rumah, aku dimarah. Aku redha, terima sahaja.

"Ya selalu macam ni, careless! Dot dot dot. Pergi ambik jam cepat!"

Sejak itu, jam dah jadi sebahagian anggota badan aku. Kalau tak pakai, aku rasa tangan aku ni berbogel, rasa macam.. Tak lengkap. Itulah yang Papa didik saya dan ye, saya bangga.




HAPPY BIRTHDAY PAPA
Forever My Hero
30 Disember 2012

PapaYa <3
Papa used to call me PapaYa since I was in primary school, to wake me up every morning and to persuade me to go to school. Lazy daughter, yes.



With loves,
Your far far away favorite daughter.











Wednesday, December 28, 2011

Satu Sembilan Tiga

Kemain lagi sedara mara aku, kemain lagi bergembira ye. Ergh. Beberapa hari sebelum 25 Disember tu, aku homesick memanjang. Tengok semua duk plan plan kat Group Wall. Yela, aku kan buat MAYBE coming so aku dapat notification segala lah kan. Pastu bila baca, sedih cemburu dan segala perasaan negatif datang. Ok dah lepas.

They were in Orange

Semua generasi Atok Adah

Kemain semua bergembira

Ha sudah, takmau masuk banyak banyak. Nanti sedih sedih sedih, isk. Eleh rumah aku depan pantai, tak kisah pun tunggula Winter Break nanti tunggulah tunggulah. Shoot, I miss them :'(


Dah dah, jom bergembira tengok video kat bawah ni. Manusia kurang kerja, tapi menghiburkan so takpe :D



Pertama, ini adalah parody video Dena Bahrin (macam ni ke eja nama beliau? Aku tak sure) Kedua, budak yang jadi 'perempuan' tu adalah bekas PASUM dan sekarang Dentist di UM. Taktau pulak aku budak Medik-Dentist Malaysia ada masa free buat video bagai? K. Selamat menonton!


P/s : Looking forward to Winter Break. We got date we got date :D





Tuesday, December 20, 2011

Hanya Memori


               

                   I don't have to say you're the one that got away



Sesungguhnya aku harus terima kenyataan bahawasanya semua dah berubah. Tiada lagi rakan-rakan se-Maju, se-Jaya, se-makan-bersama-lepas-pulang-bermalam, se-skip-riadah-dan-Ar Rahman, se-meja-DM, se-kepala-gila. Si Kaki Bahan dan Si Mangsa Bahan, Bear dan Capek. Pusing kerusi ke belakang nampak Tiga Sekawan, Gori Harry Fudhail. Si Kenit Bella dan Anis. Si Bersin Kuat Zati dan Nas. Jalan ke loker, kacau Si Sepet Atoy mintak beli pen G-Soft. Setiap kali air mata hampir tumpah, lari bersama ke Dewan Besar bersama Si Pendengar Setia Dzul. 

Kala bosan, jalan jalan ke kelas sebelah ; Maju dan Setia, Usaha dan Budi. Tiada lagi Ahad-malam-Isnin-lepas-pulang-bermalam kumpul bersama makan together bersama Lynda Hani Insyirah Iffah Farah Nini. Bila sukan, Si Lawa Lawa semangat merah Futri Didi Seri Emeir Haris berkumpul. Si Larry Remy Kipi Zuhri, Si Bekas Maju. Kawan se-BAHAN, termasuk Aina. Prank setiap kali sambut hari kelahiran. Semua, semua aku rindu.

No, ini bukan bermakna kawan-kawan kat sini tak best. Best juga. Will be 5 years with them man, same as Revival insyaAllah. I'm still adapting.


P/s : Dulu lagu Jar Of Heart. Dah ada pengganti sekarang; The One That Got Away. Aku memang suka lagu yang berunsur kesedihan dan kekecewaan. Sadis. Eh, hello Chester See :'D





Monday, December 19, 2011

Ini Manis


Satu perkataan ; sweet, sungguh sweet.


P/s : Rindu.





Saturday, December 10, 2011

Politik?

BRAVO BRAVO! Ep nak cakap pasal politik harini, tepuk tangan semua. DUH. No no, harap maklum bahawasanya aku baru sahaja unfollow seorang Hamba Allah di Twitter sebab aku rasa rimas asyik asyik duk cakap pasal politik. Sorry Brother, I don't really like to read about political issues. Err I'm still 19, and I'm not interested. NOT REALLY.

Kat sini aku nak tegaskan bahawasanya aku bukan menyokong mana mana parti atau pihak atau segala jenis kumpulan yang berunsurkan politik. TIDAK SAMA SEKALI. Ada penegasan di situ. Aku merupakan remaja yang berumur 19 tahun, yang masih berfikiran kanak-kanak apabila melibatkan politik.

Mama saya anak sejati Johor dan Papa saya anak sejati Kelantan. Dapat tangkap maksud di situ? Jangan tanya aku akan ikut yang mana. Pertama, undi adalah rahsia. Kedua, aku sebenarnya.. Taktau apa-apa -.-' Housemate aku 4 orang. Sorang Kelantan, sorang Terengganu, dan sorang Penang. Masing-masing ada cara sendiri dan aku yakin, masing-masing ada pendapat sendiri tentang politik. Err.. Taknak ambik tau.



Video atas ni sorang housemate aku suruh tengok. Aku terasa nak share. Bukan nak cakap pasal isu politik, bukan langsung. Ada benda lain yang aku sedar. Renung-renungkan, dan selamat menonton.


P/s : Bakal suami, kita taknak main politik kuat sangat ok? Cool cool je.





Wednesday, December 7, 2011

Selamanya Exam

Tanggal 1 Disember yang lalu, aku berjaya menduduki Kertas Peperiksaan Pertengahan Semester yang terakhir ; Dental Anatomy. Meh aku bagitau korang semua bahawasanya Peperiksaan Pertengahan Semester telah bermula pada awal bulan November dulu lagi. Seronok bukan? Midsem Exam saya makan masa selama sebulan.  Dalam sebulan belajar-untuk-exam. Oh secara jujur bagitau, belajar-untuk-exam tak sama langsung macam belajar-untuk-ulangkaji. Sekian.

Maka memandangkan hampir sebulan menjalinkan hubungan asmara secara serius dengan buku ; ke katil bersama buku, memasak bersama buku, menonton gambar juga bersama buku. Terasa diri betol betol dihargai, senantiasa ditemani dan menemani. Maka tanggal 1 Disember yang lepas, aku mengambil keputusan untuk hidup-sehari-tanpa-buku.

Habis kelas jam 2, pergi bank keluar duit. Ggggr poket tebal poket tebal. Niatnya nak pulang ke rumah terus tapi..

Kata aku
"Mera.. Kita balik rumah terus eh lepasni?"

Balas Mera
"Yela kot, kenapa?"

Aku terdiam lantas menjawab
"Jom jalan jalan nak?"

Mera memotong
"Jom jom jom kita pergi Mansyia lah nak tak?"

Rupanya Mera mempunyai hasrat yang terpendam namun mungkin beliau berasa takut untuk meluahkan. Bla bla bla, tunggu tram ke Mansyia hampir setengah jam dan kami mengambil keputusan untuk membatalkan niat ke Mansyia dan ke Mahatet El Raml menikmati aiskrim sedap dan falafel. Yuhuuu!


Selekeh. Takpe, Minah Arab lagi selekeh

Meet Mera, one of my housemates

Gggr Tahina and Falafel, the best combination

Awesome sekali makan berdua sahaja, tiada yang mengganggu. Makan banyak dan murah. Happy girl, happy girl :) pulang ke rumah dan malam tido awal. Betol betol gaya macam dah habis Final Exam khr khr khr.

Lepastu, semalam tanggal 6 Disember kami ke City Centre pulak. Alasan ; takde nak shopping apa pun, just nak release tension. Yes, memang pergi untuk jalan jalan dan makan, sahaja. Seronok kan? Makan itu satu nikmat, cuma tak berapa nak nikmat bila makanan mahal mahal semua. Tsk tsk.

Imarah Zainab - mate

Ha City Centre ada ni tau, Mid Valley ada?

Lepastu terjumpa geng satu lagi pulak, our classmates. Duduk semeja makan makan dan borak pasal cinta. Gah aku terdiam kata kata. Aku.. Bukan lagi seorang yang pakar bab cinta. Dan, aku kena ni dari Izham tepat dia cakap secara kerasnya mata ke mata aku ;

"Teori aku, long distance relationship IS A BULLSHIT! Aku rasa tak fair bla bla bla"

Aku tak dengar apa yang dia cakap dah sebab otak aku sibuk duk pikir pasal link yang Syud kasi aku. Sila klik SINI. Kemain je tetiba dah masuk perihal cinta, dah dah. Bla bla bla, the end. Harini, tetiba dapat tau bahawasanya Isnin minggu depan ada kuiz Kimia, MIDSEM EXAM DENTAL TERM. Midsem tak habis lagi rupanya, pffft. Payah exam takde jadual ni, sesuka hati je bila nak buat exam. Maka dengan ini diisytiharkan bahawasanya aku dan rakan rakan dentist yang lain tittle ForeverExam kepada kami, sekian terima kasih -.-'

You know you're not a shopaholic when you have LE 600 in your pocket and you see a beautiful handbag for LE 117 but you can stop yourself from buying that handbag because it's not necessary. I am so proud of myself :)

Maka dengan ini, silalah wish GOOD LUCK sebanyak banyak luck untuk saya, amin.


P/s : Aku dah letak jawatan daripada menjadi stalker. Need rest. Full rest.






Tuesday, December 6, 2011

Cemburu Bermata

Mengikut Google, definisi cemburu merupakan iri hati, mengesyaki, mencurigai, kurang percaya atau syak wasangka, hati-hati atau berjaga-jaga. Eh? Takde kena mengena pun dengan entri kali ini :3

Kejap, cemburu sama kan dengan jealous? Erk okay taktau tapi yang aku tau, aku memang sedang dilanda ke-jealous-an yang melampau. Ini lagi teruk drpd melihat orang yang tersayang bersama orang lain, lebih teruk drpd melihat orang yang kita rapat mendapat pengganti, lebih teruk dan sangat teruk. Sobs.

Rasa nak conteng lagi banyak. Geram sungguh!

Ah, meeting bagai. Meriah betol, tsk tsk

Selama aku 19 tahun hidup, tak pernah pernah tau family aku belah Serom nak buat Family Reunion bagai. Lepas habis SPM aku cuti lama.. Eh PLKN. Ok. Lepas habis PASUM, 5 6 bulan aku buat lemak kat rumah, takde pun nak reunion parti bagai. Ha ni nak marah ni. Benci sekali. Ah, benci beribu kali.


Walaupun hakikatnya aku memang TIDAK AKAN dapat pergi, aku tetap click 'MAYBE' mana tau kalau kalau tetiba dapat pergi? Dalam mimpi. Sedih. Haleina - Mansoura, Apies - Offshore sini sana. Arni Musa? Itu taktau kenapa. Ah sekurangnya tak menipu diri sendiri seperti Amni Musa - Korea, kemain klik 'GOING' amboi Am.

Ha siapa lagi nak buat reunion? Revival? Family belah Papa pulak? Menyampah.


P/s : Selama 19 tahun aku hidup, tak pernah juga Kajang banjir. Dunia dunia.





The Long Distance Relationship





"Long distance relationships are hard, no matter what"
- Vanessa Hudgens






Friday, December 2, 2011

Majulah Egypt

"We are gonna win because we don't play dirty games
We gonna win because we don't have any agenda
We gonna win because the tears that come from our heart
We gonna win because we're willing to stand up for our dreams"

GO EGYPT!
Marilah kita berfikiran jauh
Buang yang keruh, ambil yang jernih


P/s :  Bukan senang aku nak ambik tau pasal politik, ha jangan memain. Oh and people, do watch those videos on TED. Amazing man, serious!