Friday, November 18, 2011

Sebab Blog Tak Ber-update

Last entry, 23 Oktober 2011.
Last view, visitor from Tokyo 11 hours 22 minutes ago (Entah siapa entah -.-)

Kenapa pemalas sangat nak kemaskini blog? Apa guna ada blog kalau nak jadikan hiasan dan perkasam? Bila nak jadi seorang blogger yang konsisten? Mana idea idea buduh nak ceriakan blog ini? Bagaimana cara untuk mengatasinya? Maka dengan ini, cukuplah soalan 5W dalam entri kali ini. Next.

Jadi, apakah sebab sebenar sudah tidak menjadi blogger tegar?

WAHD
Malas dan pemalas.
Malas nak bukak laptop. Malas nak ambil kabel kamera dalam laci dalam bilik. Malas mencari dan meng-upload gambar. Malas mengarang ayat. Malas nak fikir dah. Cukup membuktikan bahawasanya blog ini dipunyai oleh seorang yang pemalas yang teramat.

ITNIN
Hidup bosan dipenuhi rutin harian.
Hari-hari buat perkara yang sama. Pergi kelas, naik tram yang dikelilingi manusia arab, memberi tumpuan di dalam kelas atau mungkin tersengguk tertidur, pulang dari kelas dan menaiki tram yang melepasi 5 stesen, memasak, ulangkaji pelajaran, tidur. Mahu dengar?

TALATA
Menjadi Ulat Buku, tinggalkan aktiviti Ulat Bulu
Nak bukak laptop haruslah fikir dua kali memandangkan buku selalu menyeru-nyeru minta dibaca, wax pula menjerit-jerit minta di-carve. Tambahan, rakan serumah yang rajin seperti Sinderella (tiada kaitan) membuatkan aku berasa sangat malu apabila hendak melepaskan buku walaupun ketika memasak ataupun berak. Teruk bukan? Okay tipu je.

ARBA'
Laman So-sial
Lebih baik buka Twitter daripada Blogger. Lagi baik Tumblr jika dibandingkan dengan Blogger.

KOMSAH
Cuti kurang
Kami hanya cuti pada hari Jumaat sahaja. Seronok bukan? Maka dengan ini hanya hari Jumaat sahaja lah masa untuk Skype dengan Papa tepat jam 4 petang waktu Egypt, keluar ke City Centre mencari barang masakan, berjalan ke Ibrahimiah untuk mencari bahan mentah. Kesimpulannya? Rakyat Malaysia mestilah bersyukur ada cuti Sabtu dan Ahad.

SITTAH
Idea berkurang
Taktau nak terangkan apa dah. Terbukti idea berkurang?

Orang Egypt tak cakap 'tha' dan gantikan dengan 'ta'. Orang Egypt tak cakap 'ja' dan gantikan dengan 'ga'. OH SO EGYTIAN. Kbye.



P/s : Pilihan raya di Egypt bermula 28 November ni. Semoga mereka semua behave dan tidak menjadi hantu raya di jalan raya.

No comments:

Post a Comment