Saturday, November 19, 2011

Le Foode!

Tadi aku tidur sejam kemudian terjaga lantas segar semula. Hakikatnya, perut aku meraung meminta makanan. Kali terakhir aku mengunyah makanan adalah pada tujuh jam yang lepas. Aku tak lapar tapi selera makan bukan main menggunung, kalah tinggi Pak Arab. Bukan taknak masak cuma jam menunjukkan pukul 10.30 malam, makan makanan berat pada waktu sebegini tidak elok untuk sistem pencernaan. Jadi, aku hanya telan satu bar coklat Mars. Sekurangnya bukan makanan berat, kan? Barangkali, andaian sendiri.

Realitinya, tekak aku mahukan makanan Malaysia.
Jadi, aku sudah merancang dan membuat senarai untuk Restoran-Dan-Makanan-Yang-Harus-Dimakan-Apabila-Tiba-Di-Malaysia-Bulan-Tujuh-Tahun-Hadapan. Pergh. Ye, memang pergh.

Papa berpesan ketika ber-Skype siang tadi
"Cepat confirmkan cuti nanti bila, kena book tiket dari sekarang. Jangan buat last minit"

Aku berpesan pada diri sendiri usai ber-Skype tadi
"Perut, cepat confirmkan apa yang hendak dimakan. Jangan buat last minit"

Jadi, itulah isi utama untuk entri kali ini. Di bawah merupakan senarai makanan ;

WAHD
Ayam Penyet (Restoran Wong Solo)
Ini bukan makanan Malaysia, ini makanan Indonesia. Tapi hakikatnya, ini makanan kegemaran aku! Kepedasan asli sambal hijau dan sambal merah, hmmmph! Tak lekang hingus dan air mata meleleh dek kepedasan, itu kepastian. Kemasinan ayam yang dipenyet, kerangupan tempe. GUA NAK INIIIIIII D:

Sumber gambar ; SINI

ITNIN
Tempoyak Sambal Hijau dan Lauk Seangkatannya
Tak ingat nama restoran. Yang aku ingat nama pemilik kedai ini ialah Khadijah, terletak di hadapan kubur jadi Papa selalu cakap Restoran-Tempoyak-Depan-Kubur. Ini pun sedap! Sambal hijau yang sudah pasti pedas, tempoyak dan ikan bilis. Air cendol yang dipenuhi ais. Lauk semua sedap! Ya Allah, meleleh dah air liur.

Ini masa berbuka puasa 2011, restoran baru dibesarkan

TALATA
Restoran Cina Muslim
Yang ini tiada spesifik nama restoran. Ada tiga restoran yang selalu kami sekeluarga pergi ; Restoran Chan, Restoran Zenith, Restoran Pak Ya. Terbayang Butter Prawn, Salty Sotong Tepung. MAMAAAA NAK BALIIIIK!

Butter dia... Kena belajar buat ni. Harus!

ARBA'
Makanan Laut!
Ini merupakan makanan favourite aku dari kecil sebelum Ayam Penyet dikesan. Namun begitu, allergik terhadap makanan laut sedikit sebanyak menjadi halangan untuk aku menikmati makanan ini sepenuhnya. Ah, tapi sedap jugak! Ikan Pari Bakar cicah air asam, Sotong Tepung cicah kicap pedas, udang merah, semua makan dengan nasi lemak. Selalu pergi Ikan Bakar Umbai atau Pernu di Melaka setiap kali otw balik Muar dan di Bagan Lalang. Eh sumpah, craving for this food :0

Ketam, GAH!

Lala. NAK!

Cari makhluk tersembunyi. Tak sembunyi sangat pun -.-

KOMSA
Nasi Padang
Ini pun merupakan makanan kegemaran aku. Makanan Indonesia juga. Sedap tau. Dendeng Gulai, Keting Cicah Air Asam etc. Tau Restoran Selero Nogori? Ha lebih kurang dah tu. Weh sedap weh.

Gambar curi daripada SINI

SITTA
Nasi Mandi (Al-Rawsha)
Okay walaupun aku dah tinggal di tempat kelahiran Nasi Mandi, aku tetap rindukan Nasi Mandi Malaysia. Eh tak sama langsung dengan Nasi Mandi kat sini. Ini tak tipu langsung! Tolonglah cepat 2012 hoi hoi.

Satu pinggan boleh makan 4 orang

Ada banyak lagi seperti Nasi Ayam Kampung, Restoran Mamak punya makanan seperti Char Kuey Teow dan Roti Canai, Nasi Lemak Sotong Hulu Langat, Makanan Thai di Restoran Siam. Eh restoran kat Malaysia range lagi besar tau. Seriously Malaysia the best. Hakikatnya, makan spageti, pasta, pizza dan segala yang berkaitan memang bukan selera taste bud aku. Mungkin aku lebih ke-tradisionalan, bukan kebaratan. Too bad, Egypt more to makanan kebaratan. Terima saje lah wahai lidah.

2012, do come fast. A lot of foods to eat. Oh and, a lot of people to meet. GAH I MISS EVERYTHING BOUT MALAYSIA AND MALAYSIANS. Pffft sungguh tak matang. Bye.

Papa's taste of food has never made people upset. So people, give it a try to all the foods I mentioned above!

P/s : Nak guna kbye pun dah awkward. Cis -.-

No comments:

Post a Comment