Monday, November 28, 2011

Oh Iskandariah!

Aku dah dari zaman Tok Adam lagi aku nak buat entri ni tapi entah kenapa kerja nak tangguh sejuta kali, dah 2 bulan duduk sini pun tak reti reti nak update. Pemalasnya, nauzubillah!

Harap maklum bahawasanya aku sekarang berada di luar Malaysia. Boleh kira macam kalau naik plane Gulf Air tu 8 jam sampai Bahrain, tido semalaman dan kemudian lagi 2 jam sampai Cairo. Dah dari Cairo tu, 4 jam naik bas sampai lah tempat yang aku berada sekarang. Alhamdulillah.

So masa mula mula dulu, kemain semua ambik berat sayang sangat kat aku sampai semua dah buat skrip dah tanya soalan sama.

Pertama
Kau sihat Ep?
Ok soalan ni biasalah kan, masih boleh diterima.

Kedua
Macam mana kat sana? Rumah semua ok? Cuaca ok bla bla bla.
Ok yang ini pun masih boleh diterima lagi.

Ketiga
Best tak Egypt?
Ha yang ini serius aku paling tak suka sekali orang tanya. Macam mana nak jawab? Aku datang sini bukan melancong mahupun berjoli. Aku pergi balik buat benda sama, macam mana nak kata Egypt ni best ke tak?
Dan jawapan aku mudah ; Malaysia paling best.


Jadi marilah aku ceritakan serba sedikit kehidupan aku kat sini. Serba sederhana, alhamdulillah semua dalam keadaan terkawal.

Habitat
Nak cakap secara spesifik tempat tinggal aku tu tak lah kot sebab macam bahaya jugak sebenarnya. Lagipun bulan 6 tahun depan dah kena pindah so takde memberi kesan pun kalau tak bagitau. Tapi yang penting rumah aku depan pantai, dan tepi jalan raya utama. Hari hari tengok pantai. Kalau duduk lama sikit bila Winter dah habis, boleh la nampak Pak Arab bogel. Eh sumpah geli walaupun ada orang kata UNTUNGLAH REZEKI -.-

Yang paling banyak gantung baju tu rumah kami. Cuba teka.

Ni lah salah satu fungsi jalan utama depan rumah aku

Kalau malam tak dengar orang gaduh atau accident, tak sah

Entah bila boleh dapat tunjuk pantai entah, hm

Gambar dalam rumah tiada, bahaya keh keh.

Pengangkutan
Aku dapat rasakan bahawasanya ukur lilit paha dan punggung aku dah berkurang sebab hari hari kami berangkut menggunakan pengangkutan semula jadi iaitu kaki sendiri sebelum tiba ke Stesen Tram. Fuh. Dan tersebut merupakan pengangkutan lain.

Ha ini lah pengangkutan aku hari hari, 25 piaster sekali naik. Kadang kadang dihimpit dengan Mak Arab sampai dah tak payah pegang apa apa tiang pun anda tetap boleh berdiri tegak. Kritikal.

Ini teksi. Hitam kuning hitam kuning, go teksi

Ini tramco. Sekali naik 1 atau 2 genih. Tapi aku tak naik sbb taktau nak pergi mana huehue

Terdapat juga kereta kuda namun masih tak pernah naik. Hal ini kerana ramai yang dipukau ketika naik kenderaan tersebut. Sangat bahaya I tell youuu.

Makanan
Gah ini bab paling best. Duduk sini, aku jadi pemakan yang cukup aktif. Daripada tak pernah pegang senduk dan kuali, terus jadi pemasak dengan resepi sendiri. Apa apa pun, jangan expect makanan macam Malaysia lah kat sini ye harap maklum. Dem, nak balik Malaysia ah.

Makanan tradisional Egypt takde lah teruk sangat. FALAFEL IS THE BEST, SERIUS! Kalau korang datang sini, aku bawa pergi restoran tu untuk rasa, mesti semua suka aaaaa! Dah lah murah yumyum,

Yang tengah tu yang tengah tu, dijamin halal

Ok yang ini Roti Lantai. Euw taknak makan sebab semua tabur atas lantai
Kalau tak cukup ruang atas lantai, nanti atas kereta semua jadi mangsa

Ha kan dah kata. Euw So Egyptian

McD, KFC, CarlsJ semua ada je cuma er what do you expect? Mestilah tak sama kan. Plus takde sos cili. Forever tomato pft. Ada jugak Restoran Indon di sini, boleh lah.. Boleh lah buat aku gemok gedempol dan bankrup C.

Masa
GMT +2 bersamaan 6 jam lambat waktu Malaysia. Kira macam korang bangun solat subuh, aku baru nak tido. Do the math bebeh! Tapi yang peliknya, kitaorang masuk Muharam lebih awal. Itu menjadi persoalan, belom ada jawapan. Hm.

Suhu
Buat masa sekarang, suhu tak pernah sampai 10 lagi. Paling sejuk pun 12 darjah, paling panas 23 darjah. Tapi memandangkan aku duduk depan pantai, maka dengan ini aku hari hari akan nyanyi "Everyday I'm shivering tetetetetetetetttt" pffft separuh beku, serius. Dugaan paling besar adalah dugaan nak mandi.

Penghubung
Kalau Malaysia ada Maxis, Celcom, Digi, kat sini ada Etisalat, Mobinil, Vodafone ha. Local call 0.15/min, local mesej 0.30/sms. So, memang lagi lah menjadi jadi perangai malas reply mesej orang. Ma'alish. Internet mobile murah ; 20 genih sebulan yang paling berpatutan. Jadi, doplopatjam lah aku tweet tweet huehue.

Mata Wang
Ha ni aku lemah sikit sebab turun naik duit aku taktau spesifik. Yang tau, semua nilai Genih bahagi dengan dua, jadi bersamaan Ringgit Malaysia. Ha do the maths bebeh!


Universiti
Gamaah Iskandariah atau Alexandria University. Imma dentist in the making, insyaAllah. Don't judge a class by it's building, serious merious. Plus, bangunan under construction hmmmph lagi lah huduh macam masuk gua I tell youlls.

Ini pintu belakang, eh pintu tengah

Ini pintu depan, ha nak lintas jalan macam separuh bunuh diri sebenarnya

Ha Malaysia tak merdeka pun lagi U ni dah bermula tau

Lecture Hall

Makmal

Sillabus
Dental Anatomy, Dental Terminalogy, Chemistry, Physics, Zoology, AMIDEAST English. Sila bahagi setiap subjek yang ada lab kepada dua dan bahagi dua lagi untuk lab teori dan lab praktikal yang betol betol praktikal bbrrrr. It's so complicated, fullstop.

Senget kan kepala sendiri. Ini carving tools

Dissecting Tools

Harap maklum bahawasanya semua ni kena beli sendiri pft

Ha maka dengan ini cukuplah perkara yang hendak di share. Cukup cukup lah. Meh datang sini dan aku bawa pusing pusing Iskandariah meh. Erk padahal aku sendiri tak berjaya explore lagi. Oh and, dah 28hb November. Election harini lah. Semoga semua selamat berjalan lancar, insyaAllah. 

P/s : Hati aku kat Malaysia.

3 comments:

  1. akak paling suka subject apa?
    subject paling best?
    hehe.

    nmpak mcm complicated.nmpak mcm best..
    .kat sana environment dia okay x?

    *sori bnyak tanya.hihi

    salam awal muharam ;)

    ReplyDelete
  2. hmmm dissecting tool warna biru macam mascara, hebat tak hebat. haha take care ep!

    ReplyDelete
  3. @Amira Sakinah, subjek Dental Anatomy paling best sbb belajar semua pasal structure gigi kita. Tp mcm biasa lah kan, kalau best tu maksudnya banyak la kena hafal hehe. Environment alhamdulillah ok, still adapting. Hehe it's ok. Salam Awal Muharam juga :)

    @Larry, tak habis habis. Back to reality Larry, itu dissecting tools!

    ReplyDelete