Wednesday, September 14, 2011

Seoul, Korea Part 2

Too many things to do, yet too little time left. Nak buat tu nak buat ni, semua nak buat satu masa. End up? Tangguh tangguh tangguh dan tak buat apa apa. Bad.

Jadi, ini sambungan Trip to Seoul, Korea.

Hari Ketiga, 8 September 2011
Harini kena gerak awal drpd biasa sebab tempat yang bakal ditujui mengambil masa yang agak lama untuk tiba. Kami ke Nami Island. Transfer ke banyak banyak train, dan mengambil masa 1 jam lebih untuk tiba ke Stesen Kereta Api yang terakhir iaitu Gapyeong. Dah sampai, kena tunggu bas pulak untuk ke jeti. Penjaga di situ cakap bas akan tiba dalam masa setengah jam lagi dan cakap 'YOU BETTER WALK, just 20 minutes from here' jadi kami semua pun berjalan ke jeti. HARAP MAKLUM BAHAWA 20 MINIT ORANG KOREA ADALAH 40 MINIT ORANG MALAYSIA. Sangat penat, destinasi yang ditujui sangat jauh. Bila dah sampai, naik feri tak sampai 15 minit (8000 won seorang) dan tiba di Nami Island. Kami sekeluarga dah kepenatan, jalan behenti jalan behenti. Kesimpulan, jangan jalan kaki dari stesen Gapyeong ke jeti.

Apa yang specialnya Nami Island? Hanya sebuah pulau yang biasa, takde aktiviti snorkling atau apa apa melibatkan air. Tempat ni jadi terkenal sebab scene Winter Sonata buat kat sini. Kalau tengok map kat brochure tu pun akan ada simbol <3 kat tempat tempat lakonan dijalankan dulu.

Banyak kali transit transit train

Penat berjalan. Gambar nampak ceria? Cover je tu.

Sampai Nami Island terus makan, kelaparan.

Winter Sonata : First Kiss Scene

Anda perlu tonton Winter Sonata semula hehe

Pada malamnya, kami berjanji untuk berjumpa dengan seorang sepupu kami yang sedang belajar di Korea, Amni. Jejak kasih gitu uuuuu. Kemudian, naik bas ke Namsan Tower. Naik bukit jalan kaki, turun bukit naik cable car. Terbalik bukan? Turunlah naik cable car patutnya. Ah, dah lepas. Kami tak naik pun Namsan Tower tu, sebab bak kata Amni takde apa pun. Plus, kena bayar. 

Namsan Tower

View kat sini yang cantik

Penat berjalan. Pulang ke hotel dan selamat malam dunia.

Hari Keempat, 9 September 2011
Dah takde tempat untuk bergambar. Saki baki duit untuk shopping pulak! So randomly, kami pergi ke Nam Dae Mun untuk ber-shopping souvenir. Harap maklum bahawasanya barang kat sini takdela murah sangat kalau convert ke RM. Dan, pakcik makcik menjual ni semua garang belaka I tell you.
- Kalau dah tengok tengok barang, tapi tak beli nanti kena marah
- Kalau dalam plastik contoh baju, ada sesetengah tak kasi bukak untuk tengok baju tu besar atau kecik
- Harga kalau nak mintak murah, paling banyak pun 1000 won je dapat tawar. Kedekut sekali.
- Ada dapat kurang 2000 won tapi perempuan tu pukul pukul Papa -.-
- Tapi ada jugak yang peramah, terlebih peramah sampai peluk peluk pfft.
Kesimpulannya, bersyukurlah jadi rakyat Malaysia.

Nam Dae Mun

Shopping brooch

Tengok, muka Kakak stress dengan Pakcik tu

Yang ni terlebih peramah. Bahaya jugak, sesuka hati peluk

Kemudian, ke Four Season House tapi takde apa. Then, ke Itaewon. Macam kawasan makanan makanan halal la kat sini. First time merasa makan kat restoran di Korea. Dan kami ke Restoran Taj Palace. Deng, sedapnya Chicken Butter. Dan kebetulan the lelakis semayang jumaat kat masjid berdekatan, so terjadilah reunion kecil pelajar SMSS.


Yeaaah itu diaaaa senior senior bakal engineer

Pada waktu petang, berjalan tanpa Papa dan Mama. Eleh, Amni lagi pakarlah!

Cyeongyecheon Stream

Selamat Hari Raya dari Korea!

Hari Terakhir, 10 September 2011
Flight jam 12 tengah malam (11 September) jadi sempat jalan jalan ke merata tempat. Randomly, semua tempat shopping. Myondong, Dong Dae Mun dan Nam Dae Mun semula. Jadi, silalah simpan duit untuk hari hari terakhir shopping okay. Anda pasti tak menyesal hehe!

5 meter = 10000 won sama lebih kurang RM30

Jadi, itulah dia kesemua perjalanan di sana. Terima kasih Amni Musa! (Eh, macam pantun pulak)

Next trip? Alexandria. Okay ini bukan trip melancong. Bye.

P/s : Lagi 2 minggu? Macam tak percaya. Time, please moves slow.

5 comments:

  1. kak ep .sape yg sbelah akak tuh?xknal pun..yg girl tuh.?

    ReplyDelete
  2. kak ep .sape yg sbelah akak tuh?xknal pun..yg girl tuh.?

    ReplyDelete
  3. kak ep .sape yg sbelah akak tuh?xknal pun..yg girl tuh.?

    ReplyDelete
  4. @Hidayah : Oh tu bukan senior kita. Tu sepupu akak, yg the boys tu kawan kawan dia la. Hehe

    ReplyDelete
  5. Hi..sy plan nk stay di hyundai residence..tp jauh x dr stesen subway? Bole x email sy cr2 nk g nami island dr hotel tu..tq..zuraini_zam@yahoo.com

    ReplyDelete