Saturday, September 10, 2011

Seoul, Korea Part 1

Orang lain sibuk cerita pasal orentasi, aku sibuk pergi bercuti.

Pertama sekali, aku nak bagitau yang entry ini bukanlah mengenai kisah-kisah artis Korea, movies Korea, K-Pop, M-Pop atau segala jenis Pop Rock atau Balada mahupun mercun Pop Pop apatah lagi BPop. Ini mengenai trip aku ke Korea. Saje saje nak bercerita, kongsi pengalaman datang negara yang paling terkenal artisnya pada abad ini.


Bila aku cakap aku nak datang Korea, semua macam 'AAA BESTNYAAAA' 'WEH NAK IKUT' dan bla bla bla. Semestinya yang kata begitu adalah mereka yang layan cerita cerita Korea. Kengkonon macam 'wah dapatlah kau jumpa artis mereka'. Aku tanya korang satu benda, sepanjang hidup kat Malaysia, hari hari korang jumpa artis Malaysia kah? Hewhew ada satu penegasan di situ. Sebab, aku pergi melancong Korea bukan kerana artis mereka, sila maklum -.-

Hari Pertama, 6 September 2011
Flight dijadualkan berlepas jam 1420, tapi atas beberapa masalah teknikal menyebabkan kapal terbang berlepas begitu lambat. Setelah 6 jam 25 minit di atas udara, kami tiba di Incheon Airport, Korea. 2315 (waktu Korea) keluar dari pintu lapangan terbang dan kami dapati tiada lagi bas kerana di Lapangan Terbang tersebut, bas hanya ada hingga jam 2245 sahaja. Alhamdulillah ada pemandu teksi menunggu di hadapan pintu masuk dan kami mengambil keputusan untuk naik teksi sahaja. Caj 80, 000 won (kali 3 ringgit duit Malaysia) dan mengambil masa hampir satu jam ke hotel kami, Hyundai Residence Hotel.

Cantik sekali

Kebosanan Kbye

Extra bed

Memandangkan kami tiba lambat, jadi balik tu terus tidur sahaja. Esok hari yang best!

Hari Kedua, 7 September 2011
Bangun seawal jam 0830. Bersiap, tunggu Mama memasak (makanan kat Korea susah nak cari yang halal) untuk breakfast dan bekalan sepanjang perjalanan. Keluar dari hotel jam 1030 dan bergerak ke Lotte World. Time to have fun! High speed roller coaster and all hehe. Sungguh awesome! Tiket untuk kami adik beradik (student rate) sepatutnya 33,000 won tapi memandangkan kami datang ketika Musim Perayaan Kek Bulan (tak dirancang) jadi dapat diskaun jadi 20,000 won sahaja. Dan Papa dan Mama (adult rate) 23,000 won sahaja. Alhamdulillah, rezeki hehe.

Oh lupa nak bagitau bahawasanya di sini sepastinya menggunakan kemudahan awam seperti subway dan bas.
Jadi anda perlu ada T-Money (lebih kurang macam Touch N Go) berharga 3,000 won setiap seorang
Perlu top up duit dalam tu dan boleh didapati di 7Eleven.

Giant Loop. Antara game indoor.

Lokasi Stairway To Heaven


Outdoor.

The scariest, everyone should give it a try!
Sekali turun sahaja from the top.

Because I did! Jantung tertinggal di atas. 329 m, die!

The Atlantis.
Ini macam jantung tak sempat nak berdegup.

Dan baaaaanyak lagi awesome games seperti Bungee Drop, Comet Coaster, The Waikaki, Gyro Swing (tutup masa kami pergi) etc. Lagi best dari Universal Studios Singapore punya games!

Papa dan Mama tak main dan mereka pergi Lotte Mall. Dalam jam 1900 kami bergerak pulang. Sungguh penat tapi sangat seronok. SANGAT! Dream comes true, dapat naik roller coaster yewehuuu. Okay will be continued. Good night Malaysians and Koreans. 

Reminder : Day 3 Nami Island. Day 4 Nam Dae Mun dan Four Season House.

No comments:

Post a Comment