Thursday, September 22, 2011

Secara Rawak

Pejam celik pejam celik, tak sampai seminggu lagi aku akan tinggalkan tanah air tercinta. Macam tak percaya tapi kena percaya. Bertemu dan berpisah adat manusia biasa..

Aktiviti terkini
Duduk rumah packing barang hari hari duk fikir barang apa lagi tak cukup.
Duduk rumah menghadap laptop bukak page FB Alexandria Batch 2011/2017 dan Medic Mesir Intake 2011.
Duduk rumah reply comment bakal housemates, nak bawa apa nak tinggal apa.
Duduk rumah menghadap blog Medic Mesir menunggu update terkini.
Duduk rumah menghadap email Yahoo tekan refresh sejuta kali menunggu listname housemate yang terkini.
Duduk rumah meluangkan masa bersama yang tersayang.
Duduk rumah bukak profile FB yang ada gambar Revival, baca comments dan ketawa lepas rindu.
Sekali sekala keluar cari barang barang keperluan (BB bukan keperluan terkini ye Cik Ef jadi kawal nafsu)

Kesimpulan : Duduk rumah sebelum meninggalkan rumah buat masa yang agak panjang.


Flight pukul berapa?
Ha nah, aku bagi detail terus.

26 September 2011, Hari Isnin
7.00 pagi : Daftar nama dan beg
8.00 pagi : Check in
9.00 pagi : Sesi taklimat keberangkatan
9.30 pagi : Acara bebas bersama ahli keluarga dan sahabat
9.55 pagi : Berkumpul semula untuk masuk Boarding Gate
10.55 pagi : Kapal terbang berlepas (Bye Malaysian, sobbs)

So, aku tak expect untuk kawan kawan hantar. Timing tak best, I know. Kata orang 'dah lah Isnin, pembuka minggu. Pagi pulak tu, kalau malam takpe jugak' Sedihkan? Ok saya terima.

Ini orang orang yang akan saya rindui, sudah pasti. Jauh di mata, semoga dekat di hati.


Keluarga Tercinta

Revival Sentiasa Di hati

Rakan Pasum

Cukup untuk harini. Semoga jumpa lagi. Kbye.

P/s : Nak deactivate Facebook.

2 comments: