Sunday, September 25, 2011

Dua Bentuk Cincin

Selamat pagi semua. Harini hari Ahad, semalam Sabtu dan semestinya esok Isnin. Ye, Isnin bersamaan 26 September 2011. Tarikh keramat untuk aku. Bukan, ini bukan tarikh istimewa hari perkenalan aku dengan Si Dia duh pleaselah jangan kaitkan dengan tajuk entry ini. Bukan juga tarikh kelahiran kesayangan, dah lepas lama dah bulan satu dulu. Ini tarikh yang.. hm berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Aku memang dari zaman tok Adam nenek moyang aku tak suka perkataan perpisahan dan seangkatan dengannya.

Malam tadi aku mimpi ada orang duduk kat kerusi depan rumah aku lambai lambai pemergian aku. Sedihkan? Malam semalam pulak aku menangis sakan dapat real goodbye drpd kawan. Bangun tidur mata sepet sebelah, kelopak mata dah hilang kalah penduduk Korea. Bangun bangun mata baru celik sebelah, dapat mesej sweet berbunga bunga jiwa. Ringan sikit rasa hati, insyaAllah.

Entri ini sepatutnya cerita pasal cincin.

Dulu aku pernah kata : Apa masalah la baru couple tak sampai 3 bulan nak pakai pakai cincin alahai..
Lepastu aku sambung lagi dalam kes yang lain : Apa kejadah cincin cincin, nanti makan kotor lah alahai..
Kemudian, berbalik pada era main tikam barang : Eleh drpd aku tikam cincin baik aku beli aiskrim dua posen, alahai..
Kesimpulan : Cincin cincin ni bukan aku. Bukan sekarang lah maksud aku. Mungkin tunggu cincin drpd Putra Raja. Oh manusia biasa pun takpe, okay je.


Orang kata, kalau tak suka sesuatu benda, nanti kita akan rasa atau dapat. Man gedebush kena sebijik! Sila baca comment FB di bawah

Soalan utama

Amo tu Pakcik


Scary bukan? Ye, aku tau itu menakutkan. Sangat menakutkan. Semoga aku selamat berada di sana. Semoga semoga, insyaAllah. 

Jadi, semalam aku dah beli dua bentuk cincin. Bukan bukan, ini bukan cincin emas perak mahupun gangsa. Bukan juga cincin bertatah berlian berjuta juta seperti pasangan yang baru berkahwin setelah ditangkap khalwat. Bukan bukan, ini hanya cincin RM19. Hewhewhew, dengan bangganya mengumumkan. Jadi, harap maklum bahawasanya cincin itu hanyalah cincin di jari manis. Cincin yang bernilai kosong, sifar dan zero.

Maklumat terkini :


Patutlah Mama suruh beli dua semalam, naluri seorang ibu memang tepat sekali. Aku pakai dua dua, kiri mahupun kanan nanti. Dan dengan bangganya aku akan tunjuk cincin di kedua dua jari manis aku. Sebelah mata pun aku tak jeling Pak Arab. Hati aku sudah dimiliki..

Boleh muntah sekarang. Kbye.


P/s : Tiba tiba macam sweet jugak kalau dapat cincin, macam kes Tilot. Jangan berangan boleh cakap pergi jalan dengan angan angan.

4 comments:

  1. ohmygod.seriously scaryyyyy pasal kawen kawen tu.haha
    anyway,akak goodluck. dmoge slamat pegi dan balik. *ceh macam wish nak pegi haji pun ada.

    ReplyDelete
  2. i told u already ep haha :) hv a safe jouney. all the best :D

    ReplyDelete
  3. hey

    berangkat ke mesir?
    theeee
    jg diri elok2
    blaja rajen2.
    all the best awak <3

    ReplyDelete