Sunday, September 25, 2011

Dua Bentuk Cincin

Selamat pagi semua. Harini hari Ahad, semalam Sabtu dan semestinya esok Isnin. Ye, Isnin bersamaan 26 September 2011. Tarikh keramat untuk aku. Bukan, ini bukan tarikh istimewa hari perkenalan aku dengan Si Dia duh pleaselah jangan kaitkan dengan tajuk entry ini. Bukan juga tarikh kelahiran kesayangan, dah lepas lama dah bulan satu dulu. Ini tarikh yang.. hm berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Aku memang dari zaman tok Adam nenek moyang aku tak suka perkataan perpisahan dan seangkatan dengannya.

Malam tadi aku mimpi ada orang duduk kat kerusi depan rumah aku lambai lambai pemergian aku. Sedihkan? Malam semalam pulak aku menangis sakan dapat real goodbye drpd kawan. Bangun tidur mata sepet sebelah, kelopak mata dah hilang kalah penduduk Korea. Bangun bangun mata baru celik sebelah, dapat mesej sweet berbunga bunga jiwa. Ringan sikit rasa hati, insyaAllah.

Entri ini sepatutnya cerita pasal cincin.

Dulu aku pernah kata : Apa masalah la baru couple tak sampai 3 bulan nak pakai pakai cincin alahai..
Lepastu aku sambung lagi dalam kes yang lain : Apa kejadah cincin cincin, nanti makan kotor lah alahai..
Kemudian, berbalik pada era main tikam barang : Eleh drpd aku tikam cincin baik aku beli aiskrim dua posen, alahai..
Kesimpulan : Cincin cincin ni bukan aku. Bukan sekarang lah maksud aku. Mungkin tunggu cincin drpd Putra Raja. Oh manusia biasa pun takpe, okay je.


Orang kata, kalau tak suka sesuatu benda, nanti kita akan rasa atau dapat. Man gedebush kena sebijik! Sila baca comment FB di bawah

Soalan utama

Amo tu Pakcik


Scary bukan? Ye, aku tau itu menakutkan. Sangat menakutkan. Semoga aku selamat berada di sana. Semoga semoga, insyaAllah. 

Jadi, semalam aku dah beli dua bentuk cincin. Bukan bukan, ini bukan cincin emas perak mahupun gangsa. Bukan juga cincin bertatah berlian berjuta juta seperti pasangan yang baru berkahwin setelah ditangkap khalwat. Bukan bukan, ini hanya cincin RM19. Hewhewhew, dengan bangganya mengumumkan. Jadi, harap maklum bahawasanya cincin itu hanyalah cincin di jari manis. Cincin yang bernilai kosong, sifar dan zero.

Maklumat terkini :


Patutlah Mama suruh beli dua semalam, naluri seorang ibu memang tepat sekali. Aku pakai dua dua, kiri mahupun kanan nanti. Dan dengan bangganya aku akan tunjuk cincin di kedua dua jari manis aku. Sebelah mata pun aku tak jeling Pak Arab. Hati aku sudah dimiliki..

Boleh muntah sekarang. Kbye.


P/s : Tiba tiba macam sweet jugak kalau dapat cincin, macam kes Tilot. Jangan berangan boleh cakap pergi jalan dengan angan angan.

Thursday, September 22, 2011

Secara Rawak

Pejam celik pejam celik, tak sampai seminggu lagi aku akan tinggalkan tanah air tercinta. Macam tak percaya tapi kena percaya. Bertemu dan berpisah adat manusia biasa..

Aktiviti terkini
Duduk rumah packing barang hari hari duk fikir barang apa lagi tak cukup.
Duduk rumah menghadap laptop bukak page FB Alexandria Batch 2011/2017 dan Medic Mesir Intake 2011.
Duduk rumah reply comment bakal housemates, nak bawa apa nak tinggal apa.
Duduk rumah menghadap blog Medic Mesir menunggu update terkini.
Duduk rumah menghadap email Yahoo tekan refresh sejuta kali menunggu listname housemate yang terkini.
Duduk rumah meluangkan masa bersama yang tersayang.
Duduk rumah bukak profile FB yang ada gambar Revival, baca comments dan ketawa lepas rindu.
Sekali sekala keluar cari barang barang keperluan (BB bukan keperluan terkini ye Cik Ef jadi kawal nafsu)

Kesimpulan : Duduk rumah sebelum meninggalkan rumah buat masa yang agak panjang.


Flight pukul berapa?
Ha nah, aku bagi detail terus.

26 September 2011, Hari Isnin
7.00 pagi : Daftar nama dan beg
8.00 pagi : Check in
9.00 pagi : Sesi taklimat keberangkatan
9.30 pagi : Acara bebas bersama ahli keluarga dan sahabat
9.55 pagi : Berkumpul semula untuk masuk Boarding Gate
10.55 pagi : Kapal terbang berlepas (Bye Malaysian, sobbs)

So, aku tak expect untuk kawan kawan hantar. Timing tak best, I know. Kata orang 'dah lah Isnin, pembuka minggu. Pagi pulak tu, kalau malam takpe jugak' Sedihkan? Ok saya terima.

Ini orang orang yang akan saya rindui, sudah pasti. Jauh di mata, semoga dekat di hati.


Keluarga Tercinta

Revival Sentiasa Di hati

Rakan Pasum

Cukup untuk harini. Semoga jumpa lagi. Kbye.

P/s : Nak deactivate Facebook.

Sunday, September 18, 2011

Tujuh Belas Lagi.

17 memang nombor aku. Pergi tengok aku retweet tweet Lynda, memang beliau pun tau bahawasanya 17 merupakan nombor feberet aku. Ohoi.

Semalam, 17 September 2011. 
Aku taknak panggil Hari-Terakhir-Jumpa-Kawan kawan. Tak tak tak, kita akan jumpa lagi sooner or later. Tak dapat hantar airport pun takpe, aku faham. Seriously, aku faham. Betol, aku faham dan tak berharap. Ini sungguh tak tipu. Sesungguhnya, aku memang bersungguh meyakinkan sesungguhnya aku sungguh faham. K next.

Memandangkan perancangan last minute, jadi persiapan pun ala kadar sahaja. Khemah takde, kerusi meja plastik pun tak cukup. Nasib baik ada yang baik hati sudi kasi pinjam. Alhamdulillah, everything went well. Bangun seawal 6.30 pagi. Pffft macam majlis kahwin aku pulak. Tetamu paling awal datang jam 12 tengah hari dan paling lewat pulang jam 9 malam. Terima kasih kengkawan sekalian!

Ku titipkan gambar sebagai kenangan *ayat geli*

Tetamu terawal

Pasum Buddies. Kecuali biru muda hehew.

Alkisahnya, Dzul sahaja yang nak tumpang asar..

The Revival. Sentiasa di hati.

Terima kasih kerana hadir kawan kawan. Maaf terkurang sana sini but it was glad to see you guys for the very last time before I go to Egypt. Friends forever, Facebook kan adaaaa *pantun geli* K bye.

P/s : Papa kata 'tak sopan lah Ya guna aku-kau dengan kawan kawan' Habistu? Saya-awak dengan lelaki? *pengsan*

Friday, September 16, 2011

Saya Anak Melayu

Oh, aku suka tengok video klip lagu ni dan lagunya sekali.


Hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri kita

Nanti dah dekat Egypt, takde makna aku sambut dah. Memang Pak Arab pandang aku hujung mata jela.

Selamat Hari Jadi Malaysia!
Aku pasti akan rindu cuti pada 16 September 2011
Aku pasti akan rindu kawan kawan setanah air
Aku pasti akan sangat rindu, pasti.

P/s : Don't come back.

Thursday, September 15, 2011

Farewell Note


You put your arms around me
And I'm home

I just can't believe the time is running so fast and just a few weeks left for me to spend this precious time with my loved ones. I wish I could stop the ticking time. I wish I could bring the ones I loved. I wish I could erase all the memories. I wish I could easily move on. I wish I wish I wish. So many wishes that never came true.

I wish I could stop wishing the impossible wishes.

You'll wish for it, You'll forget about it
You'll find it, You'll found out it came true

P/s : Please make this Saturday is our day, Revivalist.

Wednesday, September 14, 2011

Seoul, Korea Part 2

Too many things to do, yet too little time left. Nak buat tu nak buat ni, semua nak buat satu masa. End up? Tangguh tangguh tangguh dan tak buat apa apa. Bad.

Jadi, ini sambungan Trip to Seoul, Korea.

Hari Ketiga, 8 September 2011
Harini kena gerak awal drpd biasa sebab tempat yang bakal ditujui mengambil masa yang agak lama untuk tiba. Kami ke Nami Island. Transfer ke banyak banyak train, dan mengambil masa 1 jam lebih untuk tiba ke Stesen Kereta Api yang terakhir iaitu Gapyeong. Dah sampai, kena tunggu bas pulak untuk ke jeti. Penjaga di situ cakap bas akan tiba dalam masa setengah jam lagi dan cakap 'YOU BETTER WALK, just 20 minutes from here' jadi kami semua pun berjalan ke jeti. HARAP MAKLUM BAHAWA 20 MINIT ORANG KOREA ADALAH 40 MINIT ORANG MALAYSIA. Sangat penat, destinasi yang ditujui sangat jauh. Bila dah sampai, naik feri tak sampai 15 minit (8000 won seorang) dan tiba di Nami Island. Kami sekeluarga dah kepenatan, jalan behenti jalan behenti. Kesimpulan, jangan jalan kaki dari stesen Gapyeong ke jeti.

Apa yang specialnya Nami Island? Hanya sebuah pulau yang biasa, takde aktiviti snorkling atau apa apa melibatkan air. Tempat ni jadi terkenal sebab scene Winter Sonata buat kat sini. Kalau tengok map kat brochure tu pun akan ada simbol <3 kat tempat tempat lakonan dijalankan dulu.

Banyak kali transit transit train

Penat berjalan. Gambar nampak ceria? Cover je tu.

Sampai Nami Island terus makan, kelaparan.

Winter Sonata : First Kiss Scene

Anda perlu tonton Winter Sonata semula hehe

Pada malamnya, kami berjanji untuk berjumpa dengan seorang sepupu kami yang sedang belajar di Korea, Amni. Jejak kasih gitu uuuuu. Kemudian, naik bas ke Namsan Tower. Naik bukit jalan kaki, turun bukit naik cable car. Terbalik bukan? Turunlah naik cable car patutnya. Ah, dah lepas. Kami tak naik pun Namsan Tower tu, sebab bak kata Amni takde apa pun. Plus, kena bayar. 

Namsan Tower

View kat sini yang cantik

Penat berjalan. Pulang ke hotel dan selamat malam dunia.

Hari Keempat, 9 September 2011
Dah takde tempat untuk bergambar. Saki baki duit untuk shopping pulak! So randomly, kami pergi ke Nam Dae Mun untuk ber-shopping souvenir. Harap maklum bahawasanya barang kat sini takdela murah sangat kalau convert ke RM. Dan, pakcik makcik menjual ni semua garang belaka I tell you.
- Kalau dah tengok tengok barang, tapi tak beli nanti kena marah
- Kalau dalam plastik contoh baju, ada sesetengah tak kasi bukak untuk tengok baju tu besar atau kecik
- Harga kalau nak mintak murah, paling banyak pun 1000 won je dapat tawar. Kedekut sekali.
- Ada dapat kurang 2000 won tapi perempuan tu pukul pukul Papa -.-
- Tapi ada jugak yang peramah, terlebih peramah sampai peluk peluk pfft.
Kesimpulannya, bersyukurlah jadi rakyat Malaysia.

Nam Dae Mun

Shopping brooch

Tengok, muka Kakak stress dengan Pakcik tu

Yang ni terlebih peramah. Bahaya jugak, sesuka hati peluk

Kemudian, ke Four Season House tapi takde apa. Then, ke Itaewon. Macam kawasan makanan makanan halal la kat sini. First time merasa makan kat restoran di Korea. Dan kami ke Restoran Taj Palace. Deng, sedapnya Chicken Butter. Dan kebetulan the lelakis semayang jumaat kat masjid berdekatan, so terjadilah reunion kecil pelajar SMSS.


Yeaaah itu diaaaa senior senior bakal engineer

Pada waktu petang, berjalan tanpa Papa dan Mama. Eleh, Amni lagi pakarlah!

Cyeongyecheon Stream

Selamat Hari Raya dari Korea!

Hari Terakhir, 10 September 2011
Flight jam 12 tengah malam (11 September) jadi sempat jalan jalan ke merata tempat. Randomly, semua tempat shopping. Myondong, Dong Dae Mun dan Nam Dae Mun semula. Jadi, silalah simpan duit untuk hari hari terakhir shopping okay. Anda pasti tak menyesal hehe!

5 meter = 10000 won sama lebih kurang RM30

Jadi, itulah dia kesemua perjalanan di sana. Terima kasih Amni Musa! (Eh, macam pantun pulak)

Next trip? Alexandria. Okay ini bukan trip melancong. Bye.

P/s : Lagi 2 minggu? Macam tak percaya. Time, please moves slow.

Saturday, September 10, 2011

Seoul, Korea Part 1

Orang lain sibuk cerita pasal orentasi, aku sibuk pergi bercuti.

Pertama sekali, aku nak bagitau yang entry ini bukanlah mengenai kisah-kisah artis Korea, movies Korea, K-Pop, M-Pop atau segala jenis Pop Rock atau Balada mahupun mercun Pop Pop apatah lagi BPop. Ini mengenai trip aku ke Korea. Saje saje nak bercerita, kongsi pengalaman datang negara yang paling terkenal artisnya pada abad ini.


Bila aku cakap aku nak datang Korea, semua macam 'AAA BESTNYAAAA' 'WEH NAK IKUT' dan bla bla bla. Semestinya yang kata begitu adalah mereka yang layan cerita cerita Korea. Kengkonon macam 'wah dapatlah kau jumpa artis mereka'. Aku tanya korang satu benda, sepanjang hidup kat Malaysia, hari hari korang jumpa artis Malaysia kah? Hewhew ada satu penegasan di situ. Sebab, aku pergi melancong Korea bukan kerana artis mereka, sila maklum -.-

Hari Pertama, 6 September 2011
Flight dijadualkan berlepas jam 1420, tapi atas beberapa masalah teknikal menyebabkan kapal terbang berlepas begitu lambat. Setelah 6 jam 25 minit di atas udara, kami tiba di Incheon Airport, Korea. 2315 (waktu Korea) keluar dari pintu lapangan terbang dan kami dapati tiada lagi bas kerana di Lapangan Terbang tersebut, bas hanya ada hingga jam 2245 sahaja. Alhamdulillah ada pemandu teksi menunggu di hadapan pintu masuk dan kami mengambil keputusan untuk naik teksi sahaja. Caj 80, 000 won (kali 3 ringgit duit Malaysia) dan mengambil masa hampir satu jam ke hotel kami, Hyundai Residence Hotel.

Cantik sekali

Kebosanan Kbye

Extra bed

Memandangkan kami tiba lambat, jadi balik tu terus tidur sahaja. Esok hari yang best!

Hari Kedua, 7 September 2011
Bangun seawal jam 0830. Bersiap, tunggu Mama memasak (makanan kat Korea susah nak cari yang halal) untuk breakfast dan bekalan sepanjang perjalanan. Keluar dari hotel jam 1030 dan bergerak ke Lotte World. Time to have fun! High speed roller coaster and all hehe. Sungguh awesome! Tiket untuk kami adik beradik (student rate) sepatutnya 33,000 won tapi memandangkan kami datang ketika Musim Perayaan Kek Bulan (tak dirancang) jadi dapat diskaun jadi 20,000 won sahaja. Dan Papa dan Mama (adult rate) 23,000 won sahaja. Alhamdulillah, rezeki hehe.

Oh lupa nak bagitau bahawasanya di sini sepastinya menggunakan kemudahan awam seperti subway dan bas.
Jadi anda perlu ada T-Money (lebih kurang macam Touch N Go) berharga 3,000 won setiap seorang
Perlu top up duit dalam tu dan boleh didapati di 7Eleven.

Giant Loop. Antara game indoor.

Lokasi Stairway To Heaven


Outdoor.

The scariest, everyone should give it a try!
Sekali turun sahaja from the top.

Because I did! Jantung tertinggal di atas. 329 m, die!

The Atlantis.
Ini macam jantung tak sempat nak berdegup.

Dan baaaaanyak lagi awesome games seperti Bungee Drop, Comet Coaster, The Waikaki, Gyro Swing (tutup masa kami pergi) etc. Lagi best dari Universal Studios Singapore punya games!

Papa dan Mama tak main dan mereka pergi Lotte Mall. Dalam jam 1900 kami bergerak pulang. Sungguh penat tapi sangat seronok. SANGAT! Dream comes true, dapat naik roller coaster yewehuuu. Okay will be continued. Good night Malaysians and Koreans. 

Reminder : Day 3 Nami Island. Day 4 Nam Dae Mun dan Four Season House.