Monday, August 1, 2011

Post 178

Very long entry which is full of text instead of picture. No forcing.

Puasa tahun ni semestinya lain dari tahun tahun sebelumnya. Jadi penganggur sampai Oktober memang separuh awesome. Nak kata best, takdela best sangat. Rindu nak sambut dengan kawan kawan. Nak kata tak best, takdela tak best. Tahun ni dapat sambut 30 hari Ramdhan dengan kaum keluarga kot. Suka, semestinya.

5 tahun duduk di SMSS, buka puasa berdikari makan makanan DM. Kadang-kadang Papa datang hantar, well biasalah rumah dekat je kan kalau boleh nak ulang alik. Setahun di Pasum pulak, anytime boleh balik but I choose not to burden my parents.

The point is, AKU RINDU GILA KAT REVIVAL AND MY PASUM BUDDIES. Enough said. Jom berbuka puasa sama jom? Okay memang takkan.

Jadi, apa yang aku sebagai bekas pelajar SMSS rindu suasana Ramadhan di sekolah tercinta?


1. Bangun sahur. Dengan muka lalok, pergi toilet cuci muka dan terus turun DM. Alah, sarung sweater cukup, pakai je baju tidur tu takde siapa nak pandang. Paling rindu time Form 5 sebab Revival semua dah duduk satu floor. Nanti ada sorang yang ketuk pintu semua dorm and woke us up. Dan muka muka yang turun sahur semestinya orang yang sama. And, me included. Dan yang pasti, makanan sahur lagi sedap daripada time berbuka.

2. Waktu persekolahan berjalan seperti biasa tapi dipendekkan 5 minit ke 10 minit tak ingat dah. So, kelas cepat habis dan pulang hostel awal. Suasana kelas bulan puasa memang tak menarik sangat since semua orang penat dan semua orang tidur. Aku pun termasuk huehue. Kelas sunyi sedikit.

Ni bulan puasa kalau tak silap

3. Kena pulang ke asrama awal bukan saja saja okay. Ada tadarus al-Quran dari pada jam 5.15 petang. Oh ye, riadah dibatalkan! Masa ni, memang semua orang berebut rebut. Bukan berebut naik ke surau, tapi berebut nak ke Bazar Ramadhan sebab malas ber-tadarus. Yang ke bazar, bersuka ria setelah penat mengambil order. Eh, aku macam tu ke? Ngehngehngeh.

4. Paling tak best adalah part dipaksa turn makan di DM. Mesti jadi masalah besar especially untuk mereka yang beli-makanan-di-bazar-dan-tak-makan-makanan-DM. Duduk diam diam dalam dorm, tutup lampu kunci pintu. Azan berkumandang je terus melahap makanan.

5. Bagi mereka yang turun DM, duduk jela menghadap makanan yang dah sejuk dan keras tu sampai azan kedengaran. Dah tu, tunggu ustaz baca doa. Dengan berpakaian baju kurung lagi. Makan lama lama, borak borak sampai DM kosong. Eh, rindunya. Rindu sangatlah.



6. Part terawih paling liat. Eh, aku tak okay. Turun jugak walaupun kadang kadang ponteng hehehe. Mengharapkan takde surah surah panjang dibaca ketika solat. Tersengguk sengguk ketika berdoa, tahan kentut sebab malas ambik air sembahyang balik. Perkara biasa.

7. Prep malam bermula lambat. Makanan ada banyak lebih, bawak ke kelas. Semua orang bertenaga semula tapi rasa macam kejap sangat prep. Tak sempat buat apa.

8. Balik prep malam, sambung supper pulak. Makanan banyak sangat lebih. Takpun, yang couple couple tu boypren belanja Roti John lah, Chicken Wing lah hekeleh geli je. Aku tumpang sekaki apa lagi dah rezeki. Makan dalam gelap sebab 11.30 malam, lampu tetap wajib ditutup.


Dan di UM.


1. Rindu jalan ramai ramai ke Bazar Ramadhan Kampung Kerinchi.


2. Rindu ke Kolej 11 makan sumpah banyak gila habis duit aku.

3. Berbuka di Mid Valley dengan classmates.


Time kat UM banyak sikit gambar, mana ada larangan membawa telefon bimbit kan.

A memory is what is left when something happens and does not completely unhappen.  ~Edward de Bono

AHLAN WASHALAN RAMADHAN

7 comments:

  1. serius aku terimbau2 zaman kat asrama dulu bila baca post kau . wuargh, rinduuu !!

    ReplyDelete
  2. Memang itu niat asalnya, rindu sangat kan sobbs. Thanks!

    ReplyDelete
  3. aaaa rindu puasa kat smss! eventhough aku tak puasa

    ReplyDelete
  4. Kan kan, berbuka ramai ramai kat DM. Oh rinduuuu :')

    ReplyDelete
  5. Rindu Revivalist jugak. Rindu asrama jugak. Rindu serindu rindunyaa..

    ReplyDelete
  6. alaaa rindu jugakk dengan roomate dekat matrics. yelah, kitorang bukan cam korang boleh gi mid bagai. kitorang macam budak asrama. tiap hari makan kat bilik. time sahur paling sedih. makan je apa ada.

    part bf belanja roti john tu semua kelakar doh. HAHAH. tak pernah pulak rasa. pernah pun orang belanja dadih je. eeh? hahaha

    ReplyDelete
  7. @Syud : kan kan, sangat amat sungguh rindu!

    @Bella : korang matrics lagi rapat actually compare to asasi, seriously. Sbb kitaorang tak kenal sgt pun sesama kitaorang, bilik pun dua orang je sebilik huehue. Eh korang takde pergi bazar?

    Time kat Sains Selangor memang tak roti john, kebab yg selalu bf belanja gf euwww hahaha :D

    ReplyDelete