Wednesday, August 10, 2011

Nama Aku

Aku takde idea intro nak cerita pasal apa. Duduk rumah tidur, iron baju, baca novel, online, berbuka dan tidur semula. Memang kehidupan yang tak sihat. Cepatlah habis puasa, boleh pergi jogging ke haa. Eh dah takde kan isu ragut culik bagai kat Lake Valley tu?

So, kat Facebook ada game baru.

Kalau dulu main inbox nombor then describe-kan mereka kat status kita. Panjang lebar aku describe especially yang aku rapat rapat. Hmh kalau boleh nak buat karangan pasal diaorang. Dan akhirnya aku stop sebab dah malas dan kena sound, indirectly. Dem malu titew.

Game yang sekarang berbunyi :

Type your name with @ in each letter and see who comes first 
bla bla bla bla

Game kali ni aku tak join. Entah kenapa, macam malas. Boleh tahan berzaman jugak aku tak update status Facebook. Okay takdela berzaman tapi last update 17 Julai dulu, kalau tak silap. Dah ramai kawan yang ada Twitter, macam malas pulak nak ber-Facebook.

Lagipun, nama aku memang tak best sangat jawapannya since nama aku ulang ulang je huruf E, huruf F, huruf D, huruf A. So orang yang appear pun semua muka muka sama. 

Jawapannya :

E : Ezwin Haida
F : Farid Izmer
N : Najwa Asri
A : Adila Farisha
D : N Athilah Dzulkefli
I : Hanafi Iskandar
A : (jawapan yang sama dengan A di atas)

H : (jawapan yang sama dengan I)
A : (berulang ulang)
D : (ulangan juga)
E : (juga ulangan)
F : (pengulangan)

Nak aku buat nama Papa? EFFENDI. Jawapan semua dah ada dalam nama aku, sila tengok semula sekian terima kasih daun keladi -.-

Membosankan bukan? Oh tidak, nama aku unik aku bagitau korang. Kadang kadang aku macam rasa nak rekod je jawapan jawapan yang akan aku berikan kalau aku bagitau nama aku EFNADIA. 

Jawapan teruja mereka setelah mendengar nama aku :

#PERTAMA
Efnadia? F untuk apa? Fatin Nadia? Farah Nadia?

#KEDUA
Efnadia? F-titik Nadia ejaan? Apa maksud F tu?

#KETIGA
Efnadia? Kenapa F? Kenapa tak G ke H ke?


Dan jawapan yang aku nak rekod tu :


#PERTAMA
Eh bukan bukan. F eja E-F. E-Fnadia.

#KEDUA
Ef takde maksud. Ambik dari nama Papa, EFfendi.

#KETIGA
Boleh jugak nak panggil G -.-


Dan sebagainya yang kadang kadang buat aku jawab "nama saya Nadia" instead of "nama saya Efnadia" sebab tu budak UM panggil aku Nadia. 19 tahun hidup, aku macam dah malas sikit nak ulang jawapan jawapan yang sama. Kuikuikui tapi cuba Google Efnadia, memang aku sorang je Efnadia. Ni nak bangga ni :'D

Belom aku bagitau nama belakang aku lagi. Duh -.-'


So, bolehlah panggil Ef atau Ep atau Nadia. Sekian, terima kasih bye.

P/s : Siapa ingat main tulis nama orang yang kita suka and nama kita then potong potong huruf and tengok berapa peratus markah? Ala, konon konon peratus laki tu suka kita la. Duh sangat childish, aku lah tu tahpape. Okaybye!

11 comments:

  1. hahaha main potong2 peratus masa f3 maju igt tak? aku ni tak habis2 lak nak igt zaman dulu

    ReplyDelete
  2. hahahaa. ingatt sangaat. abes semua nama laki yg kite minat dibuatnya. omaii. memalukaaaann!=="

    ReplyDelete
  3. Ef, I really like your name. sangat unik :)

    ReplyDelete
  4. @Larry : ingat ingat pfft childish sangat oh heh.

    @Eeka : hahaha ssshhhh mana boleh cakap kat sini nanti orang baca, bahaya!

    @Zara : thanks Zara :)

    ReplyDelete
  5. hahaha. ef, bell pun ingat waktu mula mula bell kenal ef, bell tanya kenapa ef? kenapa capek panggil ep? haha. and i thought that hadef tu papa ef punya nama. hahhaa serious unik :D

    ReplyDelete
  6. @bella : Hehehe yes yes memang ramai pun ingatkan Hadef tu nama Papa sebab macam nama lelaki kan haha. Eh Capek jawab apa eh? Hahaha kelakar jugak kadang kadang bila ingat balik :D

    ReplyDelete
  7. hahaha. aku dulu pun pikir, kenapa F, kenapa tak G ke H ke, takut pulak nak tanya. haha

    ReplyDelete
  8. hahaha. aku dulu pun pikir, kenapa F, kenapa tak G ke H ke, takut pulak nak tanya. haha

    ReplyDelete
  9. kalau panggil Eg? :p best baca entri dlm blog ni.

    ReplyDelete