Tuesday, June 28, 2011

Therapy #3

Bila Mama kata Kak Long nak datang Cheras, itu adalah ayat yang paling menggembirakan hati aku dikala cuti panjang yang aku mula rasa kebosanannya. Duduk rumah tak buat apa, selain ke kelas arab sangat tidak indah. Sejak Kak Dik nak kahwin ni, Kak Long selalu jugak datang Cheras yeay :D

So haritu, sekali lagi Kak Long tiba pada hari Sabtu bertarikh 25 Jun 2011. Awesome!

Aktiviti beriadah dijalankan. Ini kali pertama pada waktu cuti aku melakukan sesuatu yang berfaedah seperti ini pada waktu petang. Oh, Kak Dik was there also. Kami beriadah, jayyid!

Dia tak pro badminton macam gua

Kak Dik
Bakal pengantin, bukan main dengan gelung rotan
Kata beliau, nak jadi macam ahli gimnastik

Itu petang. Malamnya, kami ke rumah ipar Kak Cik ada tahlil doa selamat. Met Zane. Jayyid Jiddan!

Kak Cik and Zane
Zane dah pandai gaduh okay semua orang

Habibah's daughter


Esoknya (kejadian pada waktu malam), sekali lagi kes pecah cermin. Ini kereta Abang Anwar pulak yang kena, abang-ipar-to-be.


Lesaplah kasut futsal beliau
Lesap jugak duit untuk tukar cermin

Tengah hari, ke Jalan TAR sekali lagi. 

Eyin dengan beyon dia
Tapi kali ni Erin demam so she was not in a good mood

Next week, aku pulak ke Batang Kali. Kak Long's house insyaAllah YEHOOOO! :) Okay tu je bye semua, see you later.

No comments:

Post a Comment