Saturday, June 4, 2011

Therapy #2

Serius mood ber-blogging dah tiada dalam diri aku sekarang. Mana hilang, aku sendiri masih terpikir pikir tercari cari. Nak kata busy, takdelah jugak. Hmm.. Okay, lately aku agak busy. I'm sorry. Okaygediknext.

Kak Long dan suami beliau dan anak beliau datang bermalam di Cheras. Dari hari Rabu, sampai hari Sabtu. Motif kedatangan beliau adalah untuk mencari barang persiapan Kak Dik kahwin. Omaigod sebulan je lagi! Macam tak percaya Kak Dik dah nak kahwin. Peeewwwwit!

Maka dengan itu, aku menjadi babysitter buat masa beberapa hari. Serius aku cakap, kalau hari hari jadi babysitter Si Erin ni, memang aku boleh kurus selim melim. Ah, tak kisahlah. Jaga makan pun boleh kurus, kot.

Hari pertama ber-dinner di rumah Kak Cik. Hari kedua ke Nilai cari barang kahwin. Hari ketiga paling penat. Ber-shopping di Jalan TAR, satu hari pffffft! Dan hari keempat, pulang.

#Rumah Kak Cik
Zane Dimar dengan gaya tidurnya.

Masa kecik kecik tak main Barbie
Dah tua bangka baru nak suka
Erk

#Nilai 3
The Emak-emak
:D




#Jalan TAR
"Eyin nak beyon"

Last last aku jela pegang beyon
-.-

Digayakan oleh Kak Long

Dan, pada malamnya. Aktiviti mengumpat, bergossip, mengata dan mengutuk bermula. Sambil tangan menyimpul tali mengikat tag TERIMA KASIH di bekas telur Kak Dik.

Dan tiba-tiba Erin mintak aku kertas dan pen. Dan juga mintak aku melukis. OMAIGOD, tangan kayu lah aku ni -.-

Bos


Takdela teruk mana lukisan aku kan kan? Kata Kak Long "okay lah tu boleh jugak lukis." Tiba-tiba Erin suruh aku lukis zirafah. Dan hasilnya.
Dan aku terus kata dekat Erin
"Yin, tak jadi lah lukis zirafah. Dinasour lah, lagi best"
Lalu Erin mengangguk kebingungan.

SEMUA ORANG DIAM. Okaybye.

2 comments: