Thursday, June 30, 2011

Saya Budak Baru Belajar

Tadi Ustaz A'la tanya aku

'Al-ams utlah. Ma taf'alina ya Nadia?
Min anti astaiqozat hatta tanamu'

Aku memang dah excited dah nak jawab. Teringat hari semalam aku yang best untuk di-share-kan. Ye, aku kena cerita tentang 29 Jun 2011. Kelas arab tiada, cuti Isra' Mikraj. Macam macam aku dah fikir ayat sementara tunggu turn nak bercerita. Jadi, ini cerita aku kat Ustaz wa Kak Shila wa Rahim. Unzur istamiq!

Ana astaiqozat fi assa'ah assadisah wannisfu
Ana usolli alfajar. Ba'da solah, ana anamu.
Bla bla bla

Okay masuk part best. Iqra' iqra' !

Fi assa'ah assaminah tamaman,
ana azhabu ila buhairah ma'a sodiqati.
Nahnu umarisu arriadah.

Okay semua orang, sodiqati tu tolong tukar sodiqi ye. Aku terpaksa tipu ustaz. Kang kalau aku kata aku pergi jogging kat tasik dengan kawan lelaki, ustaz akan kata 'HARAM HARAM!'

So semua, semalam adalah pagi aku yang paling produktif aku pernah rasa. Ye, aku ke Lake Valley. Bukan untuk menghirup udara segar yang tak beberapa segar kerana bau tasik yang hanyir ataupun mencuci pandangan memandang pandangan tasik yang tidak beberapa indah dengan pembinaan yang masih dijalankan. Aku ke sana untuk melakukan aktiviti membakar lemak yang telah dua bulan diternak.

Tak boleh masuk gambar satu lagi. Bahaya :/

Aku tak fit langsung, serious. Lari sikit dah stop, maigod segan nak mati tak tipu. Then, tiba-tiba hujan renyai renyai. Lepastu lebat so balik rumah. Potong line betol -.-

Part dua. Iqra' iqra' !

Ba'da solah zuhran, ana azhabu ila su' Jusco ma'a sodiqoti. Sodiqoti qadiiiimmmm. Nahnu natakallam natakallam hatta assa'ah assadisah masa'an. Nahnu na'kulu ghadan fi McDonald. Ana a'kulu burger GCB. Laziz ustaz, laziz!

Kali ni betul betul kawan perempuan. Best friends sekolah rendah. OMG OMG semua cantik dah okay. Dulu aku belagak aku paling tinggi, sekarang aku paling rendah. Duh. Point kedua, aku dah rasa GCB McDonald yang dikecoh kecohkan. Okay memang lazat! 

Kan aku dah kata semua cantik cantik
Meet Nazihah (from left) Nadiah and Syafeeka

Okay ini tidak diundang sama sekali

Part tiga, baca baca!

Ba'da solah maghrib, ana a'kulu fi asya'i ma'a usrati. Ba'da a'kulu, ana ushahidu tilfaz Malaysia vs Taiwan

Bola Malaysia lawan Cina Taipei aka Taiwan. Malaysia memang tipis 2 - 1. Tak awesome sangat tapi still, alhamdulillah. Semoga Malaysia menang nanti kat Taiwan sana. Jom semua! 3 Julai ni tengok jommmm. Astro Arena ada tayang, kot. Go Malaysia!

Oh btw, 
Salam Isra' Mikraj untuk semua umat Islam
and
Happy Birthday Seri Ezzaty :)

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Oh btw, wth Bersih 2.0 ni? Come on lah Malaysian. Stop lah politik politik kotor ni haish! Ketemu lagi.

5 comments:

  1. Hahahaha comel gila cerita macam tu kat Ustaz!

    ReplyDelete
  2. Eh jap, baru perasan, dalam gambar tu ada Khalis eh? haha segan je tak diundang :P

    ReplyDelete
  3. Hahaha ustaz tu kelakar sikit. Hmm haah, tu Khalis. Terjumpa dia, so ajaklah borak sama kejap. Hahaha tak diundang :D

    ReplyDelete
  4. hahahaaha. nsb baik ayt arab tu simple2 je. boleh phm hehe :) hebat laaa ep!

    ReplyDelete
  5. Tulaaa, boleh yang simple simple je. Kira hebat jugak nisa sebab boleh paham :)

    ReplyDelete