Saturday, June 11, 2011

Places

Cuti sekolah dua minggu. Eleh, cuti sekolah. Aku bukan budak sekolah. Tapi, satu aku suka sangat. Depan rumah aman, takde kanak-kanak berpakaian beragam putih kain biru atau berkemeja putih berseluar khakis duk melepak melepet depan rumah. Tiada kereta berderet parkir, tiada motor berderet. Almaklumlah, budak budak sekarang semua datang sekolah pakai kenderaan sendiri. Dah takde Bas Sekolah Pak Lang atau van kuning tunggu lama lama. Haish, semua dah lain zaman sekarang.

Intro tak boleh panjang lagi. Huehuehue.

Cuti sekolah ni aku tak kemana-mana pun. Setakat duk rumah, dan ke kelas arab. Weekend pergi rumah orang kahwin. Okay, berjalan lah jugak. Dapatlah jugak singgah Melaka. Masuk kawasan kampung-agak-pedalaman di sana. Banyak betol orang kahwin sekarang. Nasib baik makan free, pffft.

Entah entah era 2020 nanti datang kenduri orang kahwin pun kena berbayar. Siapa sangka? Okaymerepeknext.

Straight to the point.


Okay to be exact, I'm not going to post about the-place-for-honeymoon. Itu hanya rough idea untuk buat post pasal ni. Duduk rumah ni takde idea dah nak post entry pasal apa.

So, entry ini tentang tempat-tempat aku nak sangat pergi / dalam checklist konon-konon-nak-pergi-cuti-lima-bulan ni. Pffft dah dua bulan cuti, satu tempat pun tak jejak lagi. Huehue

#PERTAMA
Pantai atau nama lain beach.

Aku taktau kenapa tapi aku nak sangat berlari berkejaran tepi pantai. Nak sangatttttt! But too bad, family aku bukan orang-pantai. Kata lain, Papa Mama tak suka pergi pantai. Kata Mama lagi "pantai sekarang bahaya tau, air tarik masuk laut nanti" Jadi, impian aku untuk berguling berbaring dengan pasir pasir halus pantai hanya dalam mimpi.



Takpela, ada orang dah janji nak bawa aku pergi pantai. InsyaAllah :)

#KEDUA
Theme Park.

Woooo! Sebab munasabab aku reblog berjuta juta gambar roller coaster di Tumblr. Best nya lah kan! But too bad. Nak pergi dengan family, it seems to be takde harapan since adik kan nak SPM so she has to go to tuition. Plus, Papa is busy working macam macam lah. Nak pergi dengan kawan, Mama kata bahaya naik bukit nanti jadi apa apa. Okay, mengikut perintah. Tsk Tsk


Sunway Lagoon dah tak best sangat, kan? More to water park. Plus, tiket mahal nya over!

#KETIGA
Taman Bunga?

Takdela taman bunga, to be specific. Tapi, tempat tempat yang aman, takde orang dan tenang mata memandang. And, I want to go alone. Oh, ini memang bukan sekarang. Siapa pulak nak bawak. Kuikui.


I won't bring my laptop, phone. So that, I won't communicate with anyone pun. 

#KEEMPAT
Kampung?

Hmm.. Not a real kampung actually. Tapi satu tempat yang ada suasana kampung. Bukan nak kata Muar dan Bukit Marak tu tak real kampung, cuma aku macam nak rasa ada kampung yang tengah tengah sawah. Bestnyaa! Best kan? HAHAH. Rumah kayu, tidur dalam kelambu, mandi air perigi. 

Rumah Lat pun boleh :D

Aman nya lah kan.

So, cukup. Banyak sangat pulak dah, over je. Nak keluar pergi tengok wayang kat Jusco sebelah rumah pun tak boleh, ada hati nak pergi jauh jauh. Huehuehue. Takpela, nanti aku ajak suami aku honeymoon tempat tempat macam ni. Awh itu semestinya paling best! Okaygatalbyesemua.

Gambar stok dari Tumblr, sebab tu omputih je banyak. Kuikui.

P/s : Aku nak menjerit, dengan harapan semua masalah dan perasaan perasaan negatif ini hilang selaju bunyi mengalir dari anak tekak aku. I will dissapear, someday.

2 comments: