Thursday, June 30, 2011

Saya Budak Baru Belajar

Tadi Ustaz A'la tanya aku

'Al-ams utlah. Ma taf'alina ya Nadia?
Min anti astaiqozat hatta tanamu'

Aku memang dah excited dah nak jawab. Teringat hari semalam aku yang best untuk di-share-kan. Ye, aku kena cerita tentang 29 Jun 2011. Kelas arab tiada, cuti Isra' Mikraj. Macam macam aku dah fikir ayat sementara tunggu turn nak bercerita. Jadi, ini cerita aku kat Ustaz wa Kak Shila wa Rahim. Unzur istamiq!

Ana astaiqozat fi assa'ah assadisah wannisfu
Ana usolli alfajar. Ba'da solah, ana anamu.
Bla bla bla

Okay masuk part best. Iqra' iqra' !

Fi assa'ah assaminah tamaman,
ana azhabu ila buhairah ma'a sodiqati.
Nahnu umarisu arriadah.

Okay semua orang, sodiqati tu tolong tukar sodiqi ye. Aku terpaksa tipu ustaz. Kang kalau aku kata aku pergi jogging kat tasik dengan kawan lelaki, ustaz akan kata 'HARAM HARAM!'

So semua, semalam adalah pagi aku yang paling produktif aku pernah rasa. Ye, aku ke Lake Valley. Bukan untuk menghirup udara segar yang tak beberapa segar kerana bau tasik yang hanyir ataupun mencuci pandangan memandang pandangan tasik yang tidak beberapa indah dengan pembinaan yang masih dijalankan. Aku ke sana untuk melakukan aktiviti membakar lemak yang telah dua bulan diternak.

Tak boleh masuk gambar satu lagi. Bahaya :/

Aku tak fit langsung, serious. Lari sikit dah stop, maigod segan nak mati tak tipu. Then, tiba-tiba hujan renyai renyai. Lepastu lebat so balik rumah. Potong line betol -.-

Part dua. Iqra' iqra' !

Ba'da solah zuhran, ana azhabu ila su' Jusco ma'a sodiqoti. Sodiqoti qadiiiimmmm. Nahnu natakallam natakallam hatta assa'ah assadisah masa'an. Nahnu na'kulu ghadan fi McDonald. Ana a'kulu burger GCB. Laziz ustaz, laziz!

Kali ni betul betul kawan perempuan. Best friends sekolah rendah. OMG OMG semua cantik dah okay. Dulu aku belagak aku paling tinggi, sekarang aku paling rendah. Duh. Point kedua, aku dah rasa GCB McDonald yang dikecoh kecohkan. Okay memang lazat! 

Kan aku dah kata semua cantik cantik
Meet Nazihah (from left) Nadiah and Syafeeka

Okay ini tidak diundang sama sekali

Part tiga, baca baca!

Ba'da solah maghrib, ana a'kulu fi asya'i ma'a usrati. Ba'da a'kulu, ana ushahidu tilfaz Malaysia vs Taiwan

Bola Malaysia lawan Cina Taipei aka Taiwan. Malaysia memang tipis 2 - 1. Tak awesome sangat tapi still, alhamdulillah. Semoga Malaysia menang nanti kat Taiwan sana. Jom semua! 3 Julai ni tengok jommmm. Astro Arena ada tayang, kot. Go Malaysia!

Oh btw, 
Salam Isra' Mikraj untuk semua umat Islam
and
Happy Birthday Seri Ezzaty :)

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Oh btw, wth Bersih 2.0 ni? Come on lah Malaysian. Stop lah politik politik kotor ni haish! Ketemu lagi.

Tuesday, June 28, 2011

Therapy #3

Bila Mama kata Kak Long nak datang Cheras, itu adalah ayat yang paling menggembirakan hati aku dikala cuti panjang yang aku mula rasa kebosanannya. Duduk rumah tak buat apa, selain ke kelas arab sangat tidak indah. Sejak Kak Dik nak kahwin ni, Kak Long selalu jugak datang Cheras yeay :D

So haritu, sekali lagi Kak Long tiba pada hari Sabtu bertarikh 25 Jun 2011. Awesome!

Aktiviti beriadah dijalankan. Ini kali pertama pada waktu cuti aku melakukan sesuatu yang berfaedah seperti ini pada waktu petang. Oh, Kak Dik was there also. Kami beriadah, jayyid!

Dia tak pro badminton macam gua

Kak Dik
Bakal pengantin, bukan main dengan gelung rotan
Kata beliau, nak jadi macam ahli gimnastik

Itu petang. Malamnya, kami ke rumah ipar Kak Cik ada tahlil doa selamat. Met Zane. Jayyid Jiddan!

Kak Cik and Zane
Zane dah pandai gaduh okay semua orang

Habibah's daughter


Esoknya (kejadian pada waktu malam), sekali lagi kes pecah cermin. Ini kereta Abang Anwar pulak yang kena, abang-ipar-to-be.


Lesaplah kasut futsal beliau
Lesap jugak duit untuk tukar cermin

Tengah hari, ke Jalan TAR sekali lagi. 

Eyin dengan beyon dia
Tapi kali ni Erin demam so she was not in a good mood

Next week, aku pulak ke Batang Kali. Kak Long's house insyaAllah YEHOOOO! :) Okay tu je bye semua, see you later.

Saturday, June 25, 2011

Kekecewaan Malam Semalam

Ini adalah tahap paling kritikal untuk aku kerana aku memang betul betul kekeringan idea. Tambahan, rasa nak menaip blog dah kurang memandangkan aku hanya duduk rumah dan ke kelas arab. Tiada perkara menarik yang berlaku dalam kehidupan harian. Tak awesome.

Jadi, malam semalam merupakan kemuncak Maharaja Lawak. Dan kita juga sudah tahu siapa Maharaja Lawak Malaysia.

They deserved to be the ML Malaysia
Congratulations!

Consistency can beat Popularity
Good job!

Secara jujur, aku tak happy langsung. Aku fan club Jozan kot tsk tsk. Tapi takpe lah. Apakan daya?

Jozan tetap di hati <3

Malam Ini Malam Lu
(amboi macam berperang pulak)

Lepas persembahan Sepah Part 1 aku dapat mesej
HAHAHAHAHAHAHA!!! Tak leh stop gelak lagi!
Haaa.. Semput semput :D :D

Aku reply lepas persembahan Jozan Part 1
Weh, Jozan kurang kan kan :( Takpe takpe, baru Part 1.

Dengan bangganya beliau reply
Jozan ALWAYS kurang drpd Sepah bla bla bla
Kalau sedih kau tengok Sepah
Konfem happy hahah :)

Aku skip
Lepas persembahan Sepah Part 2 beliau mesej
Dah tau sape maharaja :D

Skip lagi
Lepas persembahan Jozan Part 2 aku mesej
Sila dengar komen itu dengan teliti :)

OKAY FINE BELIAU MENANG 
-.-

Malam semalam, aku dan bestfriend kecewa dengan kekalahan ini. Dan sesuatu sesuatu berlaku menyebabkan kekecewaan berganda ganda The end, bye.

Sunday, June 19, 2011

From Me


I'll be standing right next to you
Stay by my side

Friday, June 17, 2011

Untuk mereka yang layan drama melayu sahaja

So people, everyone is talking about Nora Elena. Aku bukak Twitter, dengar burung burung berkicauan 'handsomenya Seth!' 'sweetnya Seth!' 'bestnya dapat suami macam Seth!' Pandai burung burung biru berkicau amboi bukan main lagi gatal. Mungkin juga burung burung tersebut kurang pandai kerana.. Come on lah, lakonan semua orang boleh berlakon kot, kan? HAHA but I admit, Seth memang sweet. No offense, people.


Nasib baik Tumblr takde cakap pasal Nora Elena. Takde Mat Salleh nak layan Nora Elena lah.


Kemudian, aku bukak pulak Blogspot. Hmmh dashboard bukan main lagi masing-masing bertanyakan 'wujudkah lelaki sperti Seth itu?' Yeah, but sometimes me myself also keep on thinking the same question. So, I'm a typical girl next door. Kemon lah, perempuan mana taknak lelaki sweet? Jangan nak menipu diri sendiri, nanti sengsara.

Alah, aku pun suka berangan dapat lelaki sweet sweet. Tapi, aku tak pernah mengharap. Aku bersyukur siapa siapa yang aku bakal dapat nanti. InsyaAllah :)



Okay, girls. Lets move on. Nora Elena dah habis. Cukup dengan bayangan lelaki sweet. Kerana tak semua lelaki sweet dan boleh dipercayai di dunia ni. So, lets watch Annissa. Banyak benda dapat dijadikan pengajaran di situ. Girls, sila tengok.

Kawan baik sendiri pun tak boleh dipercayai zaman sekarang. Kawan makan kawan is the right term to describe this. How dare kahwin dengan suami kawan baik sendiri? Ya Allah, come on lah people. Come on lah! Banyak lagi ikan lain. Okay okay, I know it's just a drama. But, just take note. Takkan nak jadi dekat batang hidung sendiri baru nak ternganga mata bengkak hidung merah? Pfftt

Dan lagu best, hehe

Aku bukan nak promote TV3. Tapi korang kena paham, aku duduk rumah tak buat apa okay -.-

P/s : I believe in karma. Because I've experienced this. Lesson learned. And I'll never do it again. I promise myself.

Saturday, June 11, 2011

Places

Cuti sekolah dua minggu. Eleh, cuti sekolah. Aku bukan budak sekolah. Tapi, satu aku suka sangat. Depan rumah aman, takde kanak-kanak berpakaian beragam putih kain biru atau berkemeja putih berseluar khakis duk melepak melepet depan rumah. Tiada kereta berderet parkir, tiada motor berderet. Almaklumlah, budak budak sekarang semua datang sekolah pakai kenderaan sendiri. Dah takde Bas Sekolah Pak Lang atau van kuning tunggu lama lama. Haish, semua dah lain zaman sekarang.

Intro tak boleh panjang lagi. Huehuehue.

Cuti sekolah ni aku tak kemana-mana pun. Setakat duk rumah, dan ke kelas arab. Weekend pergi rumah orang kahwin. Okay, berjalan lah jugak. Dapatlah jugak singgah Melaka. Masuk kawasan kampung-agak-pedalaman di sana. Banyak betol orang kahwin sekarang. Nasib baik makan free, pffft.

Entah entah era 2020 nanti datang kenduri orang kahwin pun kena berbayar. Siapa sangka? Okaymerepeknext.

Straight to the point.


Okay to be exact, I'm not going to post about the-place-for-honeymoon. Itu hanya rough idea untuk buat post pasal ni. Duduk rumah ni takde idea dah nak post entry pasal apa.

So, entry ini tentang tempat-tempat aku nak sangat pergi / dalam checklist konon-konon-nak-pergi-cuti-lima-bulan ni. Pffft dah dua bulan cuti, satu tempat pun tak jejak lagi. Huehue

#PERTAMA
Pantai atau nama lain beach.

Aku taktau kenapa tapi aku nak sangat berlari berkejaran tepi pantai. Nak sangatttttt! But too bad, family aku bukan orang-pantai. Kata lain, Papa Mama tak suka pergi pantai. Kata Mama lagi "pantai sekarang bahaya tau, air tarik masuk laut nanti" Jadi, impian aku untuk berguling berbaring dengan pasir pasir halus pantai hanya dalam mimpi.



Takpela, ada orang dah janji nak bawa aku pergi pantai. InsyaAllah :)

#KEDUA
Theme Park.

Woooo! Sebab munasabab aku reblog berjuta juta gambar roller coaster di Tumblr. Best nya lah kan! But too bad. Nak pergi dengan family, it seems to be takde harapan since adik kan nak SPM so she has to go to tuition. Plus, Papa is busy working macam macam lah. Nak pergi dengan kawan, Mama kata bahaya naik bukit nanti jadi apa apa. Okay, mengikut perintah. Tsk Tsk


Sunway Lagoon dah tak best sangat, kan? More to water park. Plus, tiket mahal nya over!

#KETIGA
Taman Bunga?

Takdela taman bunga, to be specific. Tapi, tempat tempat yang aman, takde orang dan tenang mata memandang. And, I want to go alone. Oh, ini memang bukan sekarang. Siapa pulak nak bawak. Kuikui.


I won't bring my laptop, phone. So that, I won't communicate with anyone pun. 

#KEEMPAT
Kampung?

Hmm.. Not a real kampung actually. Tapi satu tempat yang ada suasana kampung. Bukan nak kata Muar dan Bukit Marak tu tak real kampung, cuma aku macam nak rasa ada kampung yang tengah tengah sawah. Bestnyaa! Best kan? HAHAH. Rumah kayu, tidur dalam kelambu, mandi air perigi. 

Rumah Lat pun boleh :D

Aman nya lah kan.

So, cukup. Banyak sangat pulak dah, over je. Nak keluar pergi tengok wayang kat Jusco sebelah rumah pun tak boleh, ada hati nak pergi jauh jauh. Huehuehue. Takpela, nanti aku ajak suami aku honeymoon tempat tempat macam ni. Awh itu semestinya paling best! Okaygatalbyesemua.

Gambar stok dari Tumblr, sebab tu omputih je banyak. Kuikui.

P/s : Aku nak menjerit, dengan harapan semua masalah dan perasaan perasaan negatif ini hilang selaju bunyi mengalir dari anak tekak aku. I will dissapear, someday.

Wednesday, June 8, 2011

Ana Anta Anti Antu

Kadang-kadang rasa macam macam benda nak di-blog-kan. Idea ada, tangan pulak malas menaip, otak malas memikir ayat. Kadang-kadang otak dah rajin, tangan dah bersedia, idea pulak takde. Tapi aku tak suka tengok blog tak ber-update sebenarnya. Aku akan rasa macam.. Buat apa nak ada blog kalau nak biar bersawang?
Okay ini pendapat aku, sila jangan ambil hati mahupun jantung.

Dulu kan aku nak kerja sangat kan, tetapi ;
- Papa kata 'boleh kerja jadi cikgu atau kerja kat kedai buku je'
- Mintak kerja tadika, dah penuh tak dipanggil.
- Isi borang kerja Popular Bookstore, tak dipanggil juga.

Everything happens for a reason. Betol betol ada hikmah, insyaAllah.

So people, I have new activity.

alternatif

Aku pergi kelas Arab sekarang. Ana cakap arab lah lepas ni, ehem. HAHA. Tiga kali seminggu. Terisi jugak lah masa lapang aku, kan? Dapat jugaklah aku keluar rumah, kan? So, that's it. Jangan tanya kenapa aku belajar arab. Alah, saja nak tambah ilmu pengetahuan. Apa salahnya? Nanti nak mengorat Pak Arab ke, mana tau? Kuikui.

Hoi belajar bahasa tak senang okay, serius tak mudah pun. Hari pertama datang kelas, aku tercengang habis. One-to-one class pulak tu. Thank God, Kakak ada. She can speak arab quite fluently so dia yang borak lebih lebih dengan Ustaz A'la. Ustaz ini asal Jordan, he can't speak Malay fluently. English pun macam paham tak paham.

Jadi, waktu malam aku kena revise apa yang aku belajar since aku ke kelas ni hanya untuk dua bulan. Papa kata, dalam masa dua bulan dah kena tau cakap. Jadi again, aku kena lah memerah otak dan menghafal segala vocab vocab baru. InsyaAllah, I can do it :)

Back to basic. Belajar arab zaman sekolah rendah pakai kain hijau dulu, mana ingat lagi. Nombor pun dah blank blank, anggota badan, masa and everything. Pffft I must work hard. Papa bayar untuk ni semua. I should appreciate. Thanks Papa!

Jismun

Assa'ah

Jangan nak banyak comment pasal lukisan aku eh -.-
Nasib baik ustaz friendly dan kacak, bersemangat aku! Okaybye .

P/s : Ana uhibbuki anta :')
Pembetulan by Fatien A. : Ana uhibbuka anta :')

Saturday, June 4, 2011

Cinta Melodi


Aku malas betul nak tengok cerita bersiri Indon dalam TV. Tahap kiriositi aku ni dah lah tinggi, lepastu asyik asyik nak slow motion. Last last, aku bukak YouTube, cari episod terakhir terus. Elek, habis cerita.

Siapa kata Hero mesti dengan Heroin?
Sebenarnya lagi best kalau Elang dengan Melody kan
But then, Raffi deserves Melody
So, that's it.

Currently addicted to
Dan aku rasa lagu ni sesuai bila aku dah jauh nanti, sobbs

'Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan aishiteru'

P/s : Ayok, dah start jiwang.
Double P/s : YOU, don't be sad :(
Triple P/s :  VBF, don't keep it alone.

Therapy #2

Serius mood ber-blogging dah tiada dalam diri aku sekarang. Mana hilang, aku sendiri masih terpikir pikir tercari cari. Nak kata busy, takdelah jugak. Hmm.. Okay, lately aku agak busy. I'm sorry. Okaygediknext.

Kak Long dan suami beliau dan anak beliau datang bermalam di Cheras. Dari hari Rabu, sampai hari Sabtu. Motif kedatangan beliau adalah untuk mencari barang persiapan Kak Dik kahwin. Omaigod sebulan je lagi! Macam tak percaya Kak Dik dah nak kahwin. Peeewwwwit!

Maka dengan itu, aku menjadi babysitter buat masa beberapa hari. Serius aku cakap, kalau hari hari jadi babysitter Si Erin ni, memang aku boleh kurus selim melim. Ah, tak kisahlah. Jaga makan pun boleh kurus, kot.

Hari pertama ber-dinner di rumah Kak Cik. Hari kedua ke Nilai cari barang kahwin. Hari ketiga paling penat. Ber-shopping di Jalan TAR, satu hari pffffft! Dan hari keempat, pulang.

#Rumah Kak Cik
Zane Dimar dengan gaya tidurnya.

Masa kecik kecik tak main Barbie
Dah tua bangka baru nak suka
Erk

#Nilai 3
The Emak-emak
:D




#Jalan TAR
"Eyin nak beyon"

Last last aku jela pegang beyon
-.-

Digayakan oleh Kak Long

Dan, pada malamnya. Aktiviti mengumpat, bergossip, mengata dan mengutuk bermula. Sambil tangan menyimpul tali mengikat tag TERIMA KASIH di bekas telur Kak Dik.

Dan tiba-tiba Erin mintak aku kertas dan pen. Dan juga mintak aku melukis. OMAIGOD, tangan kayu lah aku ni -.-

Bos


Takdela teruk mana lukisan aku kan kan? Kata Kak Long "okay lah tu boleh jugak lukis." Tiba-tiba Erin suruh aku lukis zirafah. Dan hasilnya.
Dan aku terus kata dekat Erin
"Yin, tak jadi lah lukis zirafah. Dinasour lah, lagi best"
Lalu Erin mengangguk kebingungan.

SEMUA ORANG DIAM. Okaybye.