Friday, May 20, 2011

What's next?

Semenjak kakak aku dah pulang ni, memang harapan aku nak pegang laptop amat tipis. Beliau menggunakan kuasa veto beliau untuk meng-control penggunaan laptop ini. Aku sebagai adik yang mithali, aku mengalah. Biarlah beliau meluangkan masa menonton cerita cerita Korea walaupun beliau sedang menggunakan barang kepunyaan aku. Sabar jelah. Doa aku, cepat cepatlah Papa dapat laptop baru dan memberi laptop lama kepada beliau.

So, result PASUM dah keluar. Permohonan UPU dah buka. Semua orang mesti sibuk dengan pemilihan course yang bakal diambil ketika degree nanti. Memang jam lah website UPU wa cakap lu.

Aku? Ya. Bagaimana dengan aku?

Sejujur aku cakap. Harapan nak sambung BIDANG YANG PAPA SURUH memang takde harapan untuk IPTA. Seperti bermimpi di siang hari. Kadang kadang aku rasa macam takde harapan langsung untuk sambung di mana mana. Okay itu tipu lah. Semua masalah ada jalan penyelesaian. Tolong? Tolong tunjukkan aku jalan penyelesaiannya, Ya Allah.

Ada apa dengan medik? Ada apa dengan pergigian? Ada apa dengan kejuruteraan? Tell me.

Aku hanya ingin buat sesuatu yang aku suka minat cinta impi idamkan. Aku tak kisah jika aku harus mulakan segalanya semula. Aku tak kisah jika aku harus mulakan dari bawah semula. Janji aku yakin aku dapat lakukan, walaupun aku tahu aku sudah selangkah ke belakang.

Time time macam ni, aku memang memerlukan kata kata semangat. Kadang kadang aku rasa macam nak berlari tanpa henti. Dengan harapan segala masalah tertinggal jauh di belakang. Mari mulakan hidup baru, dengan cara aku. Aku taknak orang ganggu, tentukan selok belok hidup aku. Tolong?

Allah Maha Adil. Takkanlah Dia tulis yang macam tu untuk hamba-Nya. InsyaAllah ada lagi rezeki. Rezeki kena cari, bukan tunggu je.
-Fatien A.

Sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Aku pegang kata kata itu. Dengan harapan suatu hari nanti hikmah datang bergolek. Ya Allah, kuatkanlah semangat aku.

P/s : I'm very good in acting. Faking smile, it's me.

7 comments:

  1. ef minat apa? kalau belajar tapi tak minat last last lingkup jugak. baik ambik benda yang kita minat then dapat Dekan, haa amacam?

    ReplyDelete
  2. ni parents decide la bell, tu payah sikit tuu :(

    ReplyDelete
  3. la..bukan parents awak yang study ni..tapi awak la..kalau diorg tak berkenan,ckp mcm ni "pa,ma..kita kene terima qada' dan qadar tuhan..." :p

    ReplyDelete
  4. saya bapok, HAHAHAH idea dah bagus tapi bukan satu kerja mudah tuu :D

    ReplyDelete
  5. mana ada kerja yang tak mudah dalam dunia ni..nak makan pon susah..nak carik duit dulu,carik bahan nak makan..pastu nak kene masak lagi..<--itu klu masak kat rumah...klu makan kat luar pulak,nak kene pegi kedai lagi..nak order lagi..nak carik parking..kesimpulannya,cuba ckp dulu dengan parents..mudah tak mudah belakang kira ok..isk awak ni..cepat sgt mengalah la..belum apa2 dah pikir susah.. :P

    ReplyDelete
  6. tak lecture la..klu aku lecture ko lagi elok aku jadi lecturer je kat UM tu..cume memberi pendapat..kadang2,kita kene bagitau apa yg kita nak tp make sure dlm cara yg baik..jgn la dlm keadaan melalak meroyan bagai..kang mama ko sumbat mulut ko dengan kasut nnt..ahhaha..ala nadia,ni sensitip la..apsal ni?saper buat?meh aku babap org tu kang...hohohoho<--dah mcm santa claus la pulak..

    ReplyDelete