Wednesday, May 25, 2011

Comel je aku


What an adorable dad :')

Teringat zaman kanak-kanak, rasa seronok sangat kan!

#First
Petang petang balik dari sekolah agama je terus salin baju. Pakai t-shirt, selipar jepun terus lari keluar rumah. Terpekik pekik panggil jiran jiran rumah sebelah yang umur lebih kurang sebaya. Main pasir, main kejar kejar. What a healthy life zaman dulu. Sekarang? Terperuk dalam rumah. Jiran hidup ke tak pun taktahu.

#Second
Hujung minggu sama ada Sabtu atau Ahad, jiran tetangga ada ajak ber-jogging semua ni. So kira zaman dulu ibu bapa semua akan jogging jugakla weekend. Pusing satu BTHO. Kanak kanak mentah macam aku time tu naik basikal. Takut tercicir kat belakang. Dulu weekend bangun awal. Dah tidur pun awal, dulu mana ada Facebook Twitter yang menjadi punca utama berjaga malam. Heh

#Third
Petang petang tolong Mama berkebun. Dulu depan rumah ada satu area ni Mama buat untuk tanam pokok, pasu bunga semua. Aku pun tolonglah angkat tanah, sapu daun kering, bakar sampah. Sekarang? Nak keluar rumah pun takut. Macam macam kes jenayah. Plus, sejak sekolah menengah dibina, budak budak duduk lepak depan tu tangan gatal petik petik bunga! Tak aman hidup.

#Forth
Pergi balik sekolah jalan kaki pun takpe. Jalan ramai ramai dengan kawan, takpun dengan adik. Takpe, tak bahaya macam sekarang. 

#Fifth
Dulu main scooter manual punya cara, tolak tolak dengan kaki. Sekarang dah ada scooter pakai enjin. Tak best lah, tak klasik! HAHA

Memang lemak lah nak list-kan semua.

Aku macam Nina jugak, mula mula pakai ada roda dulu. Pastu cabut satu roda, lepastu cabut langsung. Tapi, aku yang buat sendiri semua tu. Papa just cabutkan roda. Tergolek tertonggeng sendiri punya hal. Berparut berluka, itu barulah kanak kanak! Lepas dah berjaya, terus mintak basikal Lerun yang besar. Hekeleh. Nasib baik time tu takde fixie, kalau tak memang aku mintak dah. Nak color campur campur, baru cantik!

Tiba-tiba aku rasa zaman dulu lagi seronok, lagi sihat, lagi aman. Takde masalah. How I wish I could turn back time :( Oh, it's life mannn.

P/s : Macam mana lah anak anak aku nanti, entah entah main dengan robot. Siapa tahu?

4 comments:

  1. Err apa kena mengena dengan comel ni ep? Haha :P

    Yelaaa ep memang comel sangat sebab tu abang cina muallaf sepet tu sukaaa haha

    ReplyDelete
  2. Sebab Ep comel macam Nina tuuuu :D
    Awwh bangga uuuu. haha eleh :P

    ReplyDelete
  3. haha. comel ef comeeell~

    kan agaknya nnt time anak2 kite **gila dah tua time tuhh.. hahaa** dorg sebok menghadap tv laptop kan padahal baru tadikaa darjah 1, 2 aishh. =.=

    ReplyDelete
  4. @eeka, I know :D haha perasan.

    eh apa barang laptop, time tu pakai ipad lah. ipad wajib sorang satu ada. maigod -.-

    ReplyDelete