Thursday, May 26, 2011

Vantage ke vintage?

Biasa lah tu duduk rumah takde kerja. KUMON dah penuh. Nak kerja tadika hujung rumah ni nak kena buat resume pulak. Rasa macam nak mintak kerja Popular kat Jusco sana, tapi Papa kasi ke? We'll see.

Kerja update dan upgrade theme Twitter, Tumblr dan Formspring.

Ini Google Chrome aku punya homepage

Twitter Profile

Tumblr Profile

Formspring Profile

Sebenarnya aku taktau nak kata ini vintage atau vantage. Aku google kata lain, aku pasang telinga orang sebut dengar lain. So, apa? Taktau.

Salahkan kawan aku sorang ni sebab selalu sangat nak cerita pasal Mama beliau suka akan hiasan vintage / vantage ni. Selalu sangat nak tunjukkan hasil kerja tangan Mama beliau melalui webcam. Salahkan juga Mama aku yang bawak pergi rumah Mak Uda dan mata aku bersinar melihat hiasan ini secara real.

Dari dulu aku pernah berangan berangan dan berkata :

Kalau aku dah ada rumah nanti, nak lantai rumah colour putih. Ala, macam iklan pencuci lantai. Cat dinding pun colour putih. Cantik!

Aku kan suka warna putih.

Sekarang aku tambah :

Cantik jugak hiasan vintage / vantage letak sekali dalam rumah.

Sekali dapat suami taste tak sama.
Redha jelah, apa boleh buat.
HAHA

Whatever it is, aku nak pergi pantai aku nak pergi pantai aku nak pergi pantai. Okay takde kaitan. Bye.

P/s : Blogspot malas tukar, leceh.

Wednesday, May 25, 2011

Comel je aku


What an adorable dad :')

Teringat zaman kanak-kanak, rasa seronok sangat kan!

#First
Petang petang balik dari sekolah agama je terus salin baju. Pakai t-shirt, selipar jepun terus lari keluar rumah. Terpekik pekik panggil jiran jiran rumah sebelah yang umur lebih kurang sebaya. Main pasir, main kejar kejar. What a healthy life zaman dulu. Sekarang? Terperuk dalam rumah. Jiran hidup ke tak pun taktahu.

#Second
Hujung minggu sama ada Sabtu atau Ahad, jiran tetangga ada ajak ber-jogging semua ni. So kira zaman dulu ibu bapa semua akan jogging jugakla weekend. Pusing satu BTHO. Kanak kanak mentah macam aku time tu naik basikal. Takut tercicir kat belakang. Dulu weekend bangun awal. Dah tidur pun awal, dulu mana ada Facebook Twitter yang menjadi punca utama berjaga malam. Heh

#Third
Petang petang tolong Mama berkebun. Dulu depan rumah ada satu area ni Mama buat untuk tanam pokok, pasu bunga semua. Aku pun tolonglah angkat tanah, sapu daun kering, bakar sampah. Sekarang? Nak keluar rumah pun takut. Macam macam kes jenayah. Plus, sejak sekolah menengah dibina, budak budak duduk lepak depan tu tangan gatal petik petik bunga! Tak aman hidup.

#Forth
Pergi balik sekolah jalan kaki pun takpe. Jalan ramai ramai dengan kawan, takpun dengan adik. Takpe, tak bahaya macam sekarang. 

#Fifth
Dulu main scooter manual punya cara, tolak tolak dengan kaki. Sekarang dah ada scooter pakai enjin. Tak best lah, tak klasik! HAHA

Memang lemak lah nak list-kan semua.

Aku macam Nina jugak, mula mula pakai ada roda dulu. Pastu cabut satu roda, lepastu cabut langsung. Tapi, aku yang buat sendiri semua tu. Papa just cabutkan roda. Tergolek tertonggeng sendiri punya hal. Berparut berluka, itu barulah kanak kanak! Lepas dah berjaya, terus mintak basikal Lerun yang besar. Hekeleh. Nasib baik time tu takde fixie, kalau tak memang aku mintak dah. Nak color campur campur, baru cantik!

Tiba-tiba aku rasa zaman dulu lagi seronok, lagi sihat, lagi aman. Takde masalah. How I wish I could turn back time :( Oh, it's life mannn.

P/s : Macam mana lah anak anak aku nanti, entah entah main dengan robot. Siapa tahu?

Tuesday, May 24, 2011

Bila dunia nak aman?

Lepas satu, satu. Lepas satu, satu. Dulu dulu kecoh dengan kes cabul dan rogol. Kes ragut menyusul sehingga membawa maut. Lepastu kes buang anak dan pelacuran. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa semua melibatkan kaum perempuan? Kami ditindas atau memang salah kami? Okay, mungkin kedua-duanya. Barangkali?

Sekarang kes simbah asid. Kaum yang menjadi sasaran juga kaum Hawa. Menurut media, mangsa merupakan wanita yang berjalan berseorangan atau berdua di kawasan yang kurang orang. Ada jugak yang kata wanita cantik menjadi sasaran. Itu aku kurang pasti pulak. Maklumat lanjut, klik SINI.

Aiseh, main simbah asid ni memang cara kasar. Muka tu aset tahu? Cuba cakap mana lelaki yang nak kahwin kalau muka perempuan tu dah melecur kena asid? Pffft, nauzubillah. Jauhkan lah aku dan ahli keluargaku dan rakan-rakanku daripada serangan penyimbah asid.

Satu lagi ni, status kawan kepada kakak aku ;

Girls with cars, please take note. If there's someone knocking your window, asking for your help or anything, don't scroll down your window. The acid splashers got a new way to hurt those innocents out there. Once you scroll down your window, they splash you right away. There are already two cases in OU and KDU. It happened when the victim was waiting for the traffic light turn green. Please take care of yourself.

People, please spread the words.

There, bahaya kan? Macam macam taktik kotor nak kenakan orang. Mereka ni mungkin pernah ditinggalkan perempuan cantik, sebab tu berdendam. Mungkin, siapa sangka kan? Atau mungkin mereka ni kurang kerja, nak cari hobi baru. Pendek cerita.

Ini satu lagi. Okay, ini mungkin bukan melibatkan kaum Hawa semata-mata. Sebab mereka yang melakukan ini buta hati, buta mata, buta jiwa dan segala jenis buta yang melibatkan manusia yang kurang kerja seperti mereka.

Pagi tadi lepas solat subuh, aku tak tergerak hati untuk tidur semula. Entah, aku tengok katil dengan perasaan kosong dan sifar. Katil tidak berjaya menggoda aku pagi ini, padan muka! Aku kebosanan, lalu menerkam laptop. Semenjak kakak aku pulang, aku sering tidur awal. Malam je dia dah menguasai laptop aku dengan menonton cerita Korea, menyampah je. Alang alang dia tengah tidur, aku pun ambik lah cepat cepat.

Tiba-tiba, suara nyaring Mama terpekik-pekik memanggil Kakak dari ruang tamu bawah. Aku dah pelik. Biasa Mama tak pernah kisah kalau kami nak membuta lepas subuh. Pendekkan cerita, ini yang terjadi.

Tak pecah berkecai sebab tinted, nasib baik.
(takdela nasib baik sangat pun -.-' )

Sekarang

Kereta Kakak yang diparkir di luar rumah pada waktu malam semalam sudah dipecah cerminnya. Smart Tag kena ambil. Nasib baik takde barang berharga apa apa. Haish. Thank God, Hondas parkir di dalam rumah. Kami ingat kereta Kakak je kena. Rupanya, jiran kami pun sama.

Ni lagi kesian, dua dua belah cermin kena pecah.

Tutup dengan kain.

Rupanya malam tadi besar besaran punya kes pecah cermin kereta untuk lorong rumah aku. Rumah lorong belakang dah kena dua minggu lepas. Waaah senang senang je mereka kaya raya kan? Mampus kau mati perut buncit makan duit haram. Haish marah sungguh aku!

So, that's it. Kadang-kadang aku terfikir tempat mana yang takde kes berbahaya, takde kes meragut nyawa atau pun harta. I wanna live there! Impossible.

P/s : Nak pergi pantai, tiba-tiba je.

Thank You


Sometimes is hard to be
Yourself in this crazy world 
Sometimes is hard to breathe 

P/s : Cho cweet awh :'D

Monday, May 23, 2011

VeryBestFriend

Ada quote mengatakan :

" A friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words "

- Wipe out my tears
- Lend me your ears
- Borrow me your shoulder to cry on



Sweet kan bestfriend aku kan?
Pffft

Mungkin aku sangat comel sampai dia bagi aku lagu ni

HAHAHA okaythanksbye.

Friday, May 20, 2011

What's next?

Semenjak kakak aku dah pulang ni, memang harapan aku nak pegang laptop amat tipis. Beliau menggunakan kuasa veto beliau untuk meng-control penggunaan laptop ini. Aku sebagai adik yang mithali, aku mengalah. Biarlah beliau meluangkan masa menonton cerita cerita Korea walaupun beliau sedang menggunakan barang kepunyaan aku. Sabar jelah. Doa aku, cepat cepatlah Papa dapat laptop baru dan memberi laptop lama kepada beliau.

So, result PASUM dah keluar. Permohonan UPU dah buka. Semua orang mesti sibuk dengan pemilihan course yang bakal diambil ketika degree nanti. Memang jam lah website UPU wa cakap lu.

Aku? Ya. Bagaimana dengan aku?

Sejujur aku cakap. Harapan nak sambung BIDANG YANG PAPA SURUH memang takde harapan untuk IPTA. Seperti bermimpi di siang hari. Kadang kadang aku rasa macam takde harapan langsung untuk sambung di mana mana. Okay itu tipu lah. Semua masalah ada jalan penyelesaian. Tolong? Tolong tunjukkan aku jalan penyelesaiannya, Ya Allah.

Ada apa dengan medik? Ada apa dengan pergigian? Ada apa dengan kejuruteraan? Tell me.

Aku hanya ingin buat sesuatu yang aku suka minat cinta impi idamkan. Aku tak kisah jika aku harus mulakan segalanya semula. Aku tak kisah jika aku harus mulakan dari bawah semula. Janji aku yakin aku dapat lakukan, walaupun aku tahu aku sudah selangkah ke belakang.

Time time macam ni, aku memang memerlukan kata kata semangat. Kadang kadang aku rasa macam nak berlari tanpa henti. Dengan harapan segala masalah tertinggal jauh di belakang. Mari mulakan hidup baru, dengan cara aku. Aku taknak orang ganggu, tentukan selok belok hidup aku. Tolong?

Allah Maha Adil. Takkanlah Dia tulis yang macam tu untuk hamba-Nya. InsyaAllah ada lagi rezeki. Rezeki kena cari, bukan tunggu je.
-Fatien A.

Sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Aku pegang kata kata itu. Dengan harapan suatu hari nanti hikmah datang bergolek. Ya Allah, kuatkanlah semangat aku.

P/s : I'm very good in acting. Faking smile, it's me.

19 Mei 2011

Mula mula konon konon macam Farewell Fudhail la sebab dia nak masuk U dah kan. Lepastu aku pun mengada nak lepas rindu dengan kawan kawan lah konon konon kan. So maka dengan itu terjadilah satu perjumpaan yang separa dirancang. Mulanya nak ber-lunch sahaja. Tiba tiba dah jadi movie-ing, shopping dan segalanya.

Pergi Mama hantar. Semenjak ada kes simbah asid ni, memang takkan lah dapat aku naik train sendiri hidup berdikari. Mama hantar sampai depan pintu masuk utara Mid Valley. Kalau boleh masuk, memang Mama masuk melalui pintu kaca automatik itu. So, that's it.

Oh tapi ini bukan girls' day out
Ada boys juga :D

Mula mula nak pergi KLCC. Tapi duit takde, bajet tak cukup. Maka dengan itu ke Mid Valley lah kami. Mid Valley okay apa. Dapat bergambar dengan pelakon Pirates Cirabean. Lepastu ada mamat bangla tangkap gambar kami sekali. Erk

Eleh lelaki tu tinggi topi je

Melayang lah jugak duit aku, beli baju. Apa lagi nak buat dah nama pun perempuan. Oh tak, baju diperlukan di rumah. ELEH. 

Melepak melesek melepek. More pictures here, add lah dia :D Untunglah ada DSLR Mira Bhrain

Pulang? Oh pulang ni yang paling best nak cerita. Siapa lagi kalau bukan Permanent Driver aku yang ambil. Jauh datang dari Batang Kali. Baik kan best friend saya? Dia memang sanggup lakukan apa saja untuk aku :D okaygurauje, Terima kasih daun keladi kawan :) Dapatlah jumpa si Anak Mr Paing sekejap. Enough said. Majulah Bahas Untuk Sains Selangor!

Aku suspicious hubungan Larrypng dan Harishazizan, ops!

He is my bestfriend. Verbestfriend. Forever will, insyaAllah :)

Dengan perbualan yang sangat sekejap dengan Dzul, aku dah buat satu konklusi.

Tak boleh nak salahkan orang sekeliling kata kita ni ada apa apa. Memang gaya kita macam kita ada apa apa pun kan. Jadi, kita terima jelah. Apa apa pun kita tetap kawan okay.

Lepastu Dzul tenung aku lama lama, lepastu kereta tak jalan. lepastu orang semua marah, lepastu jam habis semua. Okaytipu.
Sweet tak aku? Hoyeah.

Thanks kawan, so much.

Dan balik. Yes, result! Bila dah bukak, okay tak yes sangat. Hahaa hmm don't ask. Aku memang ada habit dari zaman sekolah umur setahun jagung dulu dulu lagi tak suka bagitahu result berapa. Sorry kawan kawan.

P/s : You know what, I'm moving on. 

Wednesday, May 18, 2011

Mimpi separa indah

Aku baru terjaga. Sebenar benarnya, aku tak suka betol bila aku bangun bangun tengok laptop aku dah dalam sleep mode. Aku rasa macam aku loner sebab ditinggalkan sorang sorang. Lepastu nanti aku blur blank kosong dan terkapai kapai mencari punat membuka laptop. Oh lupa, memang tiada sesiapa yang sedang tunggu aku di laman web sana. Semua dah pergi kerja, mereka orang berkerjaya.

Satu lagi. Aku sebenar benar benarnya tak suka bila aku bermimpi baik indah mahupun buruk. Siapa suka mimpi buruk? Tapi, siapa tak suka mimpi indah? Soalan bodoh tak perlu jawapan. Tak payah jawab.

Malam tadi aku mimpi separa seronok.

Aku mimpi game Barcelona lawan Manchester United nanti berlangsung di Malaysia. Lepastu aku pergi dengan Buah Hati dan parents aku. Lepastu lagi ada jugak kawan kawan Revival. Nama je pergi dengan Buah Hati tapi satu haram perkataan pun tak berinteraksi. Lepastu aku pergi jamban nak buka saham kecil, dan ada hantu. Aku memang lemah bab bab hantu ni lah, adoi. Akhir sekali, aku dan parents makan bersama Buah Hati. Sekali lagi, satu huruf pun takde keluar bunyi untuk berkomunikasi.

Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar. Geli geleman satu badan. Sakit telinga aku. Oh, big bos bilik aku menumpang dah nak pulang. Kakak kakak kakak! Mimpi sudah tamat, ini realiti. Walaupun aku memang menantikan kepulangan beliau kerana bermacam macam plan yang dirancang, tapi bukan hari ini! Kepulangan mengejut. Bilik bersepah macam sampah. Aku perlu beredar segera. Selamat tinggal.

Satu lagi

Aku nak tahu kesahihan fakta ini
Sila jangan beri harapan palsu

P/s : Ingat pesan Mak, sebelum tidur basuh kaki. Ah, aku dah buat. Itu semua syaitan!

Omegle bukan Oh-Em-Gee.

Sejak kebelakangan ni, kepala aku asyik pening aje. Lepastu rasa loya loya macam nak muntah. Kalau makan rasa nak muntah, kalau tak makan gastrik datang menerjah. Masalah.

* * * * *

Vampire Diaries aku dah selamat habiskan sampai episod terakhir Musim 2. Sekarang proceed kepada Supernatural. Movie movie pendek yang aku ambil daripada rakan-rakan dah selamat aku tengok sedikit demi sedikit. Dulu kan duduk asrama 5 tahun nak outing susah. Lepastu pergi PLKN, duduk ceruk Rembau sana mana ada panggung wayang. Masuk PASUM, Mid Valley sebeleh je tapi kertas tutorial lagi tinggi dari Mid Valley. So, mana mana movie best tak tengok lagi semua aku ambil. Nak simpan lama lama dalap laptop, takut berat pulak laptop ni. End up, delete jela lepas habis tengok. Lepas Supernatural, Grey's Anatomy pulak. Chuck pun ada ni. Belom masuk series Korea yang aku baru ambil. Pffttt.

Kesimpulan satu : Papa, Ya nak kerja. Ya nak duit nak beli hard disk 1 tera nak masukkan movie lagu dan gambar. Takpun Papa belikan, boleh? *dalam mimpi -.-'

Sejak kebelakangan ni aku rasa hidup aku kurang produktif lagi tidak enovatif seperti hidup yang tiada motif. Takde siapa nak jadikan bini kalau macam gini. Maaflah. Bukti-buktinya ;

#Satu, ada satu malam tu aku tidur jam 8 lebih selepas isya' dan bangun semula jam 9 pagi keesokan harinya. MasyaAllah, subuh burn macam tu aje, sungguh sia-sia :/
#Dua, bangun bangun tido je terus bukak laptop kemudian tengah hari baru mandi. Apa nak jadi?
#Tiga, kadang kadang terlelap tapi selalunya aku menghadap laptop setiap masa. Sangat buang masa.
#Empat, nasib baik hujan petang sekarang ni. Maka wifi harus di-off dan pada masa ini aku mula melakukan kerja rumah. Alhamdulillah.
#Lima, duduk depan laptop. Macam sekarang.

Lazy ass, I am.


Kesimpulan dua : Aku perlu kerja. Aku perlu mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang berpaedah. Oh Papa Papa oh, please lah.

* * * * *

Semua website, link, laman web, blog, haaa apa lagi, semua aku bukak. Aku godek godek, aku baca, aku ketawa guling guling, aku menangis sok sek sok sek. Semua dah buat dah. Baru semalam genap sebulan aku habis PASUM, aku sudah dapat rasakan kebosanan mula menggigit diri. Parah! Apa nak buat lagi lebih kurang 3 bulan akan datang? Padah! Dulu nak sangat cuti lama lama. Podah untuk diri sendiri!

Untuk mengisi kebosanan, aku tadi ber-Omegle.
Okay siapa yang taktau Omegle tu apa? Anda boleh google. Sekali lagi aku melanggar kata-kata Mama supaya tidak bercakap dengan strangers.

Terang terang Talk to Strangers.

Soalan yang paling kerap ditanya semestinya 'asl' stands for age-sex-location. Semua orang yang tanya aku macam tu, semua aku disconnect. Aku perlukan kelainan.

#Pertama : Aku cakap 'not specifically, I'm from Asia' Then Stranger tanya aku semula, 'What's the matter telling me about your country'. Lepastu aku cakap 'I'm from Indonesia' dan Stranger berkenaan terus disconnect. So, WHAT'S THE PROBLEM WITH INDONESIA? Pfft!

#Kedua : Tiga kali aku cakap aku 19/f/Malaysia. Dan mereka semua diconnect. Sama ada sebab aku female atau sebab aku dari Malaysia. APA MASALAHNYA?

#Ketiga : Semua yang start conversation dengan asl aku disconnect. Almost five times kalau tak silap. Bosan ah, aku jujur cakap baik baik aku dari Malaysia semua taknak kawan. Tak payah nak tau negara sangatlah, please.

#Keempat : First serious conversations, between me and Ram from India. Dia kata dia dah kerja, sekarang tengah cuti. Umur 30. Dia kata nama Nadia sedap. HAHAHA. That's all.

#Kelima : Second serious. Aku taktau nama dia, taktau jantina dia. Tapi umur dia 30 tahun. Dan dia study semula in Environmental Science di University Ohianto (tak sure) dan dia pesan dekat aku supaya study elok elok jangan jadi macam dia dah umur 30 study balik. HAHA nice one (Y)

Eh, aku bukan desperate nak Omegle sebab nak cari boyfriend ke apa ke ye, aku sekadar bosan taktau nak buat apa. Huehuehue. Aku dah kata, aku perlu kerja. Hmmm..

* * * * *

Pendek cerita, aku pening loya muntah muntah sebab 24 jam menghadap laptop lah. 
Selamat Malam!

Tuesday, May 17, 2011

Untuk para guru?

Post yang klise. Biasalah, kalau ada sambutan sambutan hari ni kan. Aku pun nak buat entry jugak.

So, semalam. Eh, sebenarnya bila?
Straight to the point, entry kali ni pasal Hari Guru.
Sebenarnya Hari Guru bila? Almaklumlah, aku ni dah lima ratus enam puluh tujuh hari meninggalkan zaman sekolah. Kain biru baju putih dah selamat dibungkus simpan di hujung ceruk satu sudut almari. Beg sandang tepi berjenama terkenal buatan pasar malam seperti Body Glove atau Tropicana Life atau Quicksilver sudah selamat dijadikan makanan lipas di dalam almari tepi meja study, apatah lagi beg sandang belakang. Sungguh old fashion. Nerd benar, kononnya. Kasut kulit hitam dah selamat dikitar semula, aku rasa. Hiraukan. Hari ini juga genap sebulan aku meninggalkan bumi PASUM. Apa guru guru ni? HEHEHE

Oh, still ada.

Guru memasak tercinta. Eleh padahal baru ajar satu resepi. I need to go to her house and stay at least a month. Confirm balik aku dah boleh jadi Chef Nadieaeeeeeee! Alah tapi rumah jauh sangat, ceruk Batang Kali sana. Haish dalam mimpi pun Papa takkan benarkan -.-'

Cari yang tersembunyi :D

Semalam, sepanjang perjalanan nak settlekan segala urusan, radio Sinar fm duk sibuk dengan celoteh Abby Fana cakap pasal Hari Guru juga. Tajuk mereka semalam

Nyatakan 10 guru yang paling anda ingati dan sebabnya

Hmmh! Memang banyaklah cikgu favourite aku kan. Banyak sangat. Huehue

First of all, Pn. Zawahir. Sampai sekarang aku takkan lupa cikgu ni. Oh, mungkin cikgu lupa aku kot sebab cikgu dah mengaja ramai budak. Nvm, still aku takkan lupa beliau. Takkan aku lupa aku didenda oleh beliau, berdiri di dalam kelas kerana tidak menyiapkan kerja matematik ketika di Darjah Lima. Masa tu bajet samseng, padahal lupa diri dah berpakaian sekolah warna biru. Sangat malu -.-' And sebab beliau, aku mencintai matematik :) 

Second? Cik Suraya. Pergi Sains Selangor dan tanya para pelajar 'kenal Cikgu Su tak?' Boleh kira dengan jari siapa yang tak kenal beliau. Yeah tak tipu, garang strict. Zaman sekolah dulu, siapa yang tak pernah mengata pasal beliau? Siapa yang tak pernah dengar jerita beliau? Tapi bila habis sekolah cikgu ni yang paling aku rindu taktau apasal :/ ( walaupun cikgu tak suka saya datang banyak kali ke sekolah kan. Sobbs)

Mungkin sebab bila perjumpaan rumah dia cool kot, kan?

Ketiga? Tiada specific name. Otak kosong tak terbayang muka sesiapa :S

So
Selamat Hari Guru!

Cikgu Tadika Megah, Taski Al-Husna, guru SKTC, ustazah Tahfiz Alam Jaya, guru SKBTHO, ustazah SAR An-Nur, guru SMKA Maahad Hamidiah, guru SMSS, para Guru Muda Revival, cikgu IMKEDA, cikgu di PLKN Ulu Pari, cikgu di KMS, lecturer dan tutor PASUM dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Dah macam ucapan salam perantauan kan?

Lepastu letak gambar ni
Ada tak gaya macam kat perantauan?
ELEH

Sekali sekala berangan, takpe :D

Dan terima kasih juga kepada mereka yang pernah jadi history. Sama ada bestfriend atau pun boyfriend atau pun girlfriend. Thanks for making me tougher. Experience is the best teacher. 

Oh, baru teringat. Malam tadi aku mimpi Mazlan Pet Pet jadi Cikgu Biology. Apa kejadah?
Okaybye!

Wednesday, May 11, 2011

Please don't waste my time time time

Okay dekat Hitz tengah mainkan lagu ni, sebab tu aku buat tajuk tu.

Kalau mood nak ber-blogging tu ada, memang semua benda pun nak di-publish. Hari hari update. Kadang-kadang sehari sampai dua tiga post haa ambik kau. Benda kecik pun nak cerita, besar apatah lagi. Tapi cuba kalau takde mood ber-blogging? Contoh macam sekarang. Berabad dah aku tak update blog ni. Idea kering. Kalau ada idea pun, tangan malas nak menaip. Turun naik perasaan aku kat blog ni, kasihan.

Tiba-tiba macam terlintas untuk bercakap pasal ni. Sebab macam dah tersebar jugaklah kan dekat Facebook dan Tumblr. Tetiba rasa nak update kat Blogspot. Alang-alang tengah kering idea ni, huehuehue.

Sweet kan
Cuba Malaysia ada kanak-kanak macam ni
 Eh memang mintak sebat.

Lepastu ini

'Bradley said he was taking Erin away on holiday with him'
Alo alo alo, sweetnyaaaa.
Tell me if you're getting married, goodluck!

Young love, sejauh mana ia akan kekal?

So people, tell me.

Bak kata Cikgu Su warden tercinta pelajar SMSS, cinta zaman sekolah ni semua tak habis. Kita akan jumpa banyak lagi orang dekat luar sana. Rambang mata nanti. Ho yeah? Hmm aku tak pasti itu, mungkin ada yang masih kekal seperti Kak Ilyana dan tunangnya. Tapi untuk aku, dah selamat terkubur :) HEHEH selamat tinggal cinta monyet. Aku dah matang, nanti lah 20+ aku serious bab ni. 2017 aku kahwin YEAY okaymerepeknext.

Aku cakap dekat Mama dan Kak Cik dengan nada separuh serius
Nanti 17.07.2017 Ya nak kahwin lah

Kak Cik kata
Kak Cik rasa Ya kahwin sebelum tu lagi laa

Erk alamak
Tak terpikir pun kahwin awal
-________-'

Mama kata aku tak laku, takde siapa nak jadi boypren aku. Eleh Mama, padahal taktau anak dia hotsetap. HAHA ter-show off. Okaytipuje -.-

Okay aku taktau nak cakap apa sebenarnya. Oh btw, kepada Amirah Bahrain, aku tau kau tak suka aku cerita kat blog pasal kahwin kahwin. Aku nak tinggalkan pesanan. Jangan nak paranoid lelebih. Aku doakan kau dengan Baby Bear Boo kau bahagia selamanya. Forever forever and ever okay. Awhh :') 

Okay aku nak memasak, nanti nak bagi suami makan. Tipu lagi, bye!

Rupanya Nina pun gatai naaa. Tunggu minit 2.14. Haish kindergartenmate :'D


P/s : Alhamdulillah. Another problem is solved :) *sujud syukur

Monday, May 9, 2011

Therapy

Malam tadi aku mimpi serious best aku cakap sama kau orang. Aku mimpi mamat aku crush tu confess. Mak aih, kecewa hati bila Mama kejut bangun subuh. Mimpi je ke? Yela yela, mimpi je. Dan sentiasa hanya mimpi.

Hmm okay then.

Ah life goes on. Niat utama bukan nak cerita pasal tu. Itu hanya sampingan, kebetulan termimpi. Untunglaa mimpi indah.

************

Since Papa takde di Malaysia, Mama melebarkan sayapnya ke sana ke sini. Amboi, taknak kalah. Papa pergi Sabtu malam flight jam 11.50 malam. Esok pagi jam 8 kami dah bergerak dari rumah ke rumah Kak Cik di Damansara dan terus ke rumah Kak Long di Batang Kali.

Girls Day out, I guess? Oh tidak, Zane was there too. And I baby sat him :)

Baru 5 bulan dah ber-jeans bagai
Hello drivers, baby on board.

Part paling best adik beradik perempuan semua adalah time lepas makan, duduk lepak lepak dan bergossip dan mengata dan mengutuk dan membahan dan mengumpat dan seangkatan dengannya. Kalau semua orang rasa aku minah kepoh mulut non stop bercakap, dekat rumah aku jadi seorang pendiam. Simply because, kakak kakak aku punya mulut jauh sangat lebih pot pet daripada aku. Seriously.

Dan tak sampai sehari duduk rumah Kak Long, aku dah belajar satu resipi. Cara buat bubur jagung. Aku hanya perlukan bahan bahan sahaja, dan boleh buat sendiri di rumah. At last, aku belajar resipi baru. Dah boleh jadi bini orang ni! :D

Si Erin makin petah bercakap, macam orang tua. Haih duduk Batang Kali jadi macam orang tua ye? Hmm

Sampai petang dalam pukul 7 kami bergerak pulang. Bye Batang Kali. We'll meet again.

Mama kata, hidung sepungguk.

Dan malam, konon konon nak makan meriah meriah sempena Hari Mama. Tapi tak menjadi sebab semua kekenyangan makan rumah Kak Long. So, makan simple simple jela.

And again. Good aunty, it's me.

and finally
:)

Oh dia bukan anak buah aku btw
But, she's soooo cute!
Click here to watch her videos 

Went back home. Kalau adik tak sekolah, memang kitaorang stay rumah Kak Cik and I don't have to stay awake at night to take care of Mama and Adik since Papa is not here. Okaybye.

Saturday, May 7, 2011

Oh Mama.

Tahun ni Facebook macam turut sama celebrate Hari Ibu. Kan?
Aku terbaca status ni

To all my FB friends, in honor of Mother's Day,
I'm trying to see how many of you are willing to change your profile picture to a picture of your mother and keep it there till 9 May. I did and so have several others. If you will and like this idea, please repost this as your status so everyone gets the word and see how many beautiful mothers we can get on FB

Oh btw, people. Aku tak tukar profile picture aku as gambar Mama sebab aku tiada stok gambar Mama dalam laptop aku. Laptop ni takde banyak gambar sebab masih boleh tahan baru. But, that doesn't mean I don't love Mama <3

So, nak cakap apa?

SELAMAT HARI IBU

Eh, aku panggil Mama so aku tak sambut?
Bak kata Sepah Maharaja Lawak 
HEH

once again
SELAMAT HARI MAMA
Thanks for being such a wonderful Mama for my 19 years alive
<3

Mama yang warna tudung paling menyerlah tu
Btw, ni gambar time aku zaman tingkatan 3, rasanya
Ha cuba compare dengan sekarang
Mana lagi gemuk?
EHEM

Haa jumpa pun gambar time sorang sorang
Ni tahun lepas, kot
Celebrate birthday
Rugart kan Mama? Cardigan shawl bagai tau. Taknak kalah.

Long live Mamaaaa!

P/s : Going to send Papa to the airport tonight. Have a safe journey. And wish you all the best for your presentation there. I know you'll do the very best of you!

Bunch of loves,
EFNADIA FND
Second-last-daughter

Friday, May 6, 2011

Oh Stalkers!


Gambar I-love-followers sumpah melambak kat Tumblr. Tapi seingat aku, satu pun aku tak pernah reblog sebab.. Buat apa nak reblog? Yela, followers aku kat Tumblr tu bukan semua orang yang aku kenal pun. Semua strangers. Ada dari Thailand, Filipina, Negara Omputih, Cina, dan serata dunia. Aku tak kenal diaorang pun. How can I say I love them? I love their pictures, only.

So, Blogspot aku taknak jadikan tempat strangers. Kalau boleh aku nak orang yang aku kenal je aku follow dan mem-follow aku. Aku follow orang yang aku rasa tertarik nak baca kisah hidup mereka sahaja. Dan aku tak mintak orang yang tak kenal aku follow aku balik. Sebab aku pun hanya perlukan mereka yang tertarik nak baca kisah hidup aku. Terima kasih :)

So, dah tukar
I LOVE MY STALKER
Oh, I mean it
You-know-who-You-are
:)

Aku macam bangga sikit bila tiba-tiba ada orang mengaku dia stalk aku. EHEM. Terima kasih.

Yes, I do stalk people. ELEH tipu lah aku takde stalk sesiapa kan. Siapa yang aku stalk? Hanya aku yang tahu. Nanti bangga lah mereka yang dapat tahu bahawasanya mereka di-stalk oleh aku. Aku tidak akan sesekali bagitau.

Tapi, dengan minah ni aku tak dapat berselindung lagi. Tadi kitaorang Skype dan stalk manusia manusia bertuah. Share share link Facebook, Blogspot, Tumblr segala.

nama dia Mira Bahrain
Boyfriend sampingan aku

Aku tak sepakar minah ni dalam bab stalking. She teaches me a lot btw, HAHA. But yeah, aku kadang-kadang aku serious nak tau siapa yang stalk aku. Ada Feedjit pun tak guna.


A visitor from Petaling Jaya. Haah kawan aku memang sorang je kat PJ tu. Bila kata a visitor from Kuala Lumpur lagilah. Pergh, Kuala Lumpur memang kecik tapak tangan aku je. Cubalah specific sikit. Bandar Tun Hussein Onn ke, Bandar Tun Razak ke kan. Kalau Wilayah Persekutuan, ce bagitau Batang Kali ke Serendah ke kan. Haa kalau dari Pahang. Specific la Muadzam ke mana ke kan. Aku tahu lah siapa orang tu nanti :D
Kita curious tau.

Macam mana orang mengaku dia stalk aku pun, aku tetap ego taknak bagitau bahawasanya aku stalk dia juga. Ego aku memang tinggi macam menara KLCC. Maaf lah.

P/s : Come on now. Aliens don't hide in the bushes.
It's probably just a stalker.
So stalker, hellooo! Thanks for stalking me. This post specially made for you. I feel loved, thank you <3

Cerita Hantu

Kalau zaman aku budak hingusan hingus meleleh tak dapat ketagih dulu dulu, aku suka bebenor cerita hantu. Aku pun taktau kenapa. Setiap kali balik kampung je mesti serbu sepupu sepapat yang dah ke alam Universiti. Suruh diaorang cerita hantu. Kalau takde, aku suruh jugak reka apa-apa cerita janji aku puas hati. Setiap kali balik Muar je dah janji dengan sepupu sepapat make sure lepas sahur tak tidur balik sebab nak tengok cerita hantu. Pinjam VCD kat orang rumah sebelah datang rumah mereka pakai basikal. Kan kampung kan rumah jauh jauh, lepastu mana ada DVD lagi. Semua stok VCD.

Dania dan Amni tiada dalam gambar
Ha ini sepupu sepapat aku sebelah Mama cucu atuk generasi terakhir
Beza setahun setahun tu yang kamcing sikit tu
Dania cucu paling muda

Sambung semula.
Aku ingatkan sifat cinta akan hantu dalam movie ni berakhir setelah aku tamat zaman sekolah rendah. Oh, rupanya tidak. Sampai sekarang sifat-cinta-akan-hantu-dalam-movie tak pernah hilang. Buktinya ;

#Satu - Masa kat UM dulu, semua dah stok ada laptop. Nak transfer movie pun senang. Soalan pertama aku tanya kalau nak ambik movie daripada laptop sesiapa ialah "ada cerita hantu tak?"

#Dua - Pergi wayang je mesti nak tengok cerita hantu kalau ada. Tak kisah pukul berapa segala. Sanggup, haih apa lah.

#Tiga - Cuti baru 3 minggu ni je aku dah download berapa banyak movie berunsur seram. Tak kisahlah cerita melayu ke korea ke mat salleh ke kan, janji seram menakutkan. Contoh movie aku dah download Senjakala, Dilarang Masuk, Kum Kum, The Roommate, Scream 4, Mantra, Re Cut, etc.

#Empat - Siap mintak orang ambikkan cerita hantu lagi. Buktinya ;

yang atas tu aku
terpaksa crop yang bawah terus sebab panjang lebar yang atas


Tapi sebenarnya. Aku sebenarnyakan. Bukanlah penakut. Tapi cuma macam. Macam tak berani nak tengok sorang sorang semua cerita hantu tu. So, aku simpan jela cerita yang aku dah download tu semua dalam laptop. Nanti bila bila jumpa cousins, boleh tengok ramai ramai kan. Baru meriah sikit. Kan kan.

Selamat malam kawan kawan! Hantu sedang berkeliaran!
Lepastu sendiri yang takut -.-
Okaybye.

Thursday, May 5, 2011

Oh holiday?

Ini perbualan Mama dan anak kedua terakhirnya yang pendiam lagi pemalu. Jangan percaya, sumpah menipu.

# Pertama

Kata aku dengan nada lemah lembut
Ma, boleh tak nanti kalau Ya nak pergi PD dengan kawan-kawan?

Mama membalas dengan tegasnya
Tak boleh! Sekarang ni banyak orang mati kena tarik air, tahu?

Aku memujuk
Alaa takpe, nanti Ya main dekat tepi tepi je.
Tak masuk dalam dalam.

Mama mengulas
Tak payah la pergi berkelah ni, yang ada air air ni. Bahaya lah Yaaa.

Tiba-tiba berita TV3
Dua Kanak-kanak Mati Lemas Ketika Berkelah Bersama Keluarga

Kau takde masa lain ke nak keluar berita tu?
-__________-

So, Bella Dzul Aina Emeir dan sesiapa lagi yang merancang. Macam tak dapat je nak join. Dalam usaha memujuk lagi okay.

Dalam mimpi jela.
Mimpi lompat masuk air lepastu tilam basah penuh air kencing.
Selamat tinggal, Pantai Laut Sungai


# Kedua

Aku berkata sambil buat muka kasihan
Ma, kalau Ya pergi Genting dengan kawan-kawan boleh tak?

Mama berkerut
Dulu bukan dah pergi ke lepas PLKN tu?

Aku lebih yakin
Dulu pergi sikit orang je, tak sama

Mama bertegas
Tak payah lah Ya. Sekarang ni banyak gempa bumi, tahu?
Banyak bas accident lagi, bahaya naik bukit.

Aku redha
Hmm okay

Sebenarnya dah agak dah
Sebab tu pasrah

Tiba-tiba haritu Kak Long ajak Mama pergi Genting
Naik bas dari mana entah.
Mama kata okay.
-___________-

Takpe, aku tengok video sebegini untuk ubat hati
(Tengok video ni! Kepala hotak dia 90 degrees!)
Lepas tu aku jerit sorang-sorang konon konon aku naik roller coaster
Kesian aku, okaybye.

Wednesday, May 4, 2011

Oh Peshbuk!


Sumber : Blog Serius
Sila click untuk tumbesaran
(habis, rosak bahasa)

#1 Fakta kedua ; 48% manusia yang berumur 18 ke 34 tahun cek Facebook setelah bangun daripada tidur. Okay ini aku. Dah laptop depan mata, tak boleh buat apa lah.

#2 Fakta ketiga ; kira-kira 28% cek Facebook menggunakan smart phone kepunyaan mereka sebelum turun dari tempat katil setelah bangun daripada tidur. Maigod, ni kerja aku kat UM dulu. Wifi free la katakan -.-'

#3 Fakta keenam ; budaya menge-like sudah sampai 1131.9% pada tahun ini. Oh tidak, aku like jika aku maksudkan sahaja. I'm not like-status-addict :D

#4 Fakta kesepuluh ; 57% bercakap dengan lebih banyak orang secara online daripada kehidupan nyata. Oh, I didn't open my Chatbox, so maybe I'm not one of them :D

#5 Fakta kesebelas ; 48% of young Americans said they find out about news through Facebook. Young Americans je? How about Young Malaysian? :/

#Fakta terakhir ; Relationship statuses in 2010 - 43,869,800 manusia single. Oh, me one of them :'D

Oh baru sedar, takde tab Facebook pun yang dibuka. Takdela Facebook-addict sangat aku ni kiranya :D

P/s : Dream comes true, please?

Monday, May 2, 2011

The reason of being single

Oh sebenarnya video ni boleh tahan dah lama aku tengok. Tapi tadi tengok balik bila Si Gabak suruh tengok. So, tiba tiba rasa nak letak dalam blog.



Stage 1. We expect nothing. We don't even know they'll be one of the most important people in our life. Yes, who knew?

Stage 2. Yes, The Chase is the best part. That's the reason why I don't get in any relationship untill now. Boleh tak kalau Stage 2 sampai kahwin? Hmm.. No, cannot.

Stage 3. We can fully express our feelings to each other, like dreams come true. That's the best for this part. But, not all relationships last.

Stage 4 and Stage 5. People changing over time. Time ni air mata bestfriend, trust me.

Stage 6. Breaking Up. It hurts the most.

I learn from experience. So, being single is the best for now.
There is no mistake to be repeated.

Commitment, trust, honesty, responsibility. There are the most important things that every single couple should have. So, are you ready? I know you're not. So, now is not the time.

P/s : Take one step at a time. And to a woman in love, loving too much is not loving enough. Take note.

1 Mei 2011

Hari yang sangat memenatkan. But, who cares? I was happy :)


#SIANG
SMSS10

Konon-konon ada orang tu nak teman aku sampai awal kat sekolah. Konon-konon la, biasa dah janji melayu. Takpe, aku maafkan. HAHA. Aku sampai 12.30 duduk terpacak kat sekolah sorang-sorang. Beberapa minit kemudian, dapat text mesej daripada BADRUL katanya dia dah sampai sekolah. Dia dan member dia, budak ASIS. Di gerai Kuey Teow Botak, kelihatan ARIF CHAPITI dan aweknya dan kawannya, UMMU HANANI dan SHARIFAH UMMU AIDAH. Usai makan, kami ke Grand Stand. NAQI sudah tiba. Kami menunggu ketibaan beberapa lagi rakan yang lain. ASLE tiba, katanya dia datang naik helikopter. Mungkin kampung orang asli dah maju, ada kemudahan kapal terbang kipas. Dia tiba bersama HANAFI dan EMEIR FAEZ. Beberapa ahli Revival yang bermain ragbi seperti DAN HO, IKHWAN. Gerak ke Padang Ragbi, kelihatan jejunior kesayangan Si FATIHAH SAKINAH bersama rakan rakan se-batch dia. Bergossip dan mengata. BEAR tiba, diikuti SYAFIQ MAZLAN dan IKRAM. Bergerak ke belakang kedai kuey teow berborak dan membahan. Muncul beberapa rakan yang lain seperti NASHRIQ Si Water Boy, TULE, ZAHIR, AMIR CHI berambut Bieber. Dan akhirnya, orang paling dinantikan, AMIRAH B dan pemandunya FUDHAIL Dahi.

REVIVALIST, I heart them.


Jejunior
Kiki, Ruhi, Awin
Siot dah sama tinggi
ELEH bila masa aku tinggi


Mira B yang dinanti nanti dan Nad
Cweet ta titew dudokz ataz Gowiii?

Oh well, tidak dilupakan para guru yang banyak berjasa kepada kami. Warden warden yang banyak menjaga kami. Tak borak banyak, tapi boleh la lepas rindu. Erk hmmm. Oh and, Miss Alice :)

Jap. Ce tengok budak ni. Amboi, public eh! Mana warden mana warden? Tak rounding ke halau budak-budak couple? Time kitaorang dulu, bukan main lagi.


Bikin gua panas, hekeleh

Thanks buat aku ketawa tak kering gusi. Thanks buat aku senyum sampai ke telinga. Thanks buat aku angau au au au. Okay dah merepek. Thanks untuk Bad sebab hantar aku balik. The end.


#MALAM
Mama's Day

Satu hari Mama diam sebab kitaorang adik beradik buat buat lupa tak wish pun. Merajuk lattew kengkonon. HAHAHA hey dah plan okay. Kami ada surprise untuk Mama malam tu.

Lokasi : Salah satu gazebo di Restoran Istana Bambu
Masa : Lepas maghrib dari rumah. Papa keng-konon sesat.

Mama bertanya dengan nada badmood
'Nak pergi makan kat mana malam ni?'

Papa dengan slumber
'Makan kat tempat biasa jela, Restoran Pak Ya okay?'

Setelah beberapa minit
'Papa nak pergi mana ni?
Kan patut masuk situ'

Papa konon-konon cari jalan
'Tula, Papa terlepas tadi junction tu'

Dan kami tiba
turut ada kakak kakak dan ipar ipar dan bakal ipar
'SURPRISEEEEEE!'

Apa reaksi Mama?
Macam ni je
..........

Lalu kami
-____________-
dan aku berkata dengan lantang
'Tak best langsung respon Mama'

Cupcake oleh besan Mama



Kek lazat oleh Kak Dik
Raspberry Cheese Secret Recipe


Yang diraikan
Mamaaaaa!

Stay young and beautiful
<3

P/s : You still have next time. No worries okay, just smile.

Sunday, May 1, 2011

Kalerpul

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH
Aku gelak tertonggeng-tonggeng tengok layout blog aku sekarang. Okay aku tak suka sangat sebenarnya tapi entah, aku rasa nak tengok colour colour menarik menghiasi blog aku ni. Asyik asyik colour putih plain je, life needs some changes man.

Yela, korang ketawa lah. Ketawa golek-golek satu rumah. Aku terima. Colourful ni sangatlah bukan aku. Dah, diam.

Bila orang tanya aku, apa warna kegemaran?

Aku akan jawab putih dan coklat. Sebab tu purse aku colour coklat, handbag colour coklat, selipar Roxy buatan Thailand colour coklat. So, dulu blog dah colour putih. Sekarang coklat lah pulak.

Aku akan jawab juga, warna pelangi. Sebab tu aku suka reblog gambar-gambar belon banyak warna di Tumblr. Reblog gambar cat ke, pensil warna ke. Entah, cantik. Aku suka. Sebab tu ada colourful sikit kat blog aku sekarang ni.

Kalau tanya Papa, apa warna kegemaran anak perempuan Pakcik yang kedua ni? Papa mesti jawab biru. Sebab dari kecik sampai aku habis zaman sekolah, aku obses warna biru. Sebab tu baldi warna biru, hanger warna biru, selipar jamban warna biru. Senang cerita, barang barang yang Papa belikan pasti berwarna biru, hingga sekarang. Haish

Tapi cuba bukak almari baju aku. Baru aku sedar, baju baju aku kebanyakannya warna ungu dan merah. Merah mungkin kerana dulu aku rumah sukan merah di sekolah. Ungu? Itu aku kurang pasti.

Kesimpulannya, warna kegemaran bergantung pada kesesuaian sesuatu objek itu. Yela, takkan kalau dah ada rumah nanti aku nak rumah aku cat warna merah, kan? Dah macam tokong cina aku rasa.

Tiba-tiba aku rasa nak perubahan. Sekali sekala bergaya macam girlish girlish apa salahnya.

#Cubaan pertama
Macam dah lawa tapi colour dull oh, tak menarik.
Entah, tak puas hati.

#Cubaan kedua

#Cubaan ketiga
Dah macam gothic pun ada, taknak aku. Kang macam emo pulak, pakai celak tebal tebal sekeliling mata.

Okay sebenarnya aku dah try macam macam, bukan tiga je.

Sekarang aku kena tidur. Esok nak jumpa kawan-kawan tercinta. Nak jumpa dia, awak, mereka, kamu, dan semua. SEMUAAAAAAA! Nak belanja orang char kuey teow, nak dibelanja pizza Dominos, nak pulangkan hard disk, nak mengukur ketinggian, nak mengumpat, nak berkata, nak meng-usha, nak menggatal, nak mengutuk, nak membahan. Please, paling penting nak lepas rindu :')

p/s : The best way to cheer yourself up is to try to cheer somebody else up. So bestfriend, smile a little bit. Please :)